Entri aku kali ini agak syhdu, kerana semalaman aku terasa amat sensitif. Kenapa aku jadi begini?
Inilah yang aku terkeliru seketika. Adakah aku terasa bahawa aku adalah seorang dalam ramai? Maklum le sejak2 melalui bulan Ramadhan kat hostel mengingatkan aku pada keseluruhan famili aku. Dah lama aku tak balik beraya di Pantai Remis. Terbuka pula blog Akim berkaitan suasana raya di semasa entrinya thn lepas, alamak syahdunya aku...
Rentetan peristiwa semalaman amat menyahdukan kalbu aku! Cit, sensitifnya aku!
PERISTIWA 1:
Ini bermula dengan sms yang aku terima mlm tadi dr BangDak.
"Lan...aku hntar along (Afifah) pi sekolah hang dulu, shahriman, bruas".
Ayatnya simple tetapi amat menusuk kalbu aku kerana aku teringatkan sesuatu peristiwa yang membuka sejarah baru dalam hidup aku. Aku terus capai hp dan menefon bangdak. Bersembang-sembang tentang keperluan Afifah ke SM Raja Shahriman, Bruas. Fahamlah aku kenapa Afifah ditukarkan ke sekolah tersebut. Soalan-soalan aku mudah je. Adakah Afifah yang mahu ke sekolah itu atas kemahuannya sendiri atau mengikut kemahuan ayah dan ibunya? Keadaan ini amat penting kerana tak mahu situasi ini menjejaki jejak MakTam semasa zaman persekolahannya dulu. Maka aku faham le kenapa dan mengapa Afifah dihantar ke SMK Raja Shahriman.
Atas isu sekolah itulah, aku juga berterima kasih kepada Bangdak dan BangMansor pada tahun 1987 dulu ketika aku berumur 16 tahun. Setelah pemergian arwah TokWan Lin pada tahun 1986, ada ditinggalnya amanat pada Bangdak tentang aku. Arwah mahu aku dimasukkan ke sekolah berasrama kerana kemerosotan aku dalam akademik. Bangdak memainkan peranan besar dalam keadaan ini. Dia berusaha hingga aku masuk ke SMK Raja Shahriman, Bruas kerana keputusan SRP aku mencecah 31 agrigat yang hampir ke pangkat B. Aku tahu kenapa aku menerima begitu teruk sekali keputusannya.
Bangdak terpaksa mengadap Pengetua sekolah tersebut untuk membuat rayuan agar aku dimasukkan ke asrama. Dari kehidupan aku tinggal di asrama membuatkan aku lebih kental dalam mengatur hidup. Maklum le hidup sebagai anak bongsu dalam keluarga. Alpa! Terima kasih BangDak dan BangMansor! Aku akan kenang hingga akhir hayat!
Juga dalam perbualan telefon, aku mula mencatur suasana raya tahun ni di kampung, BangDak setuju kalu raya tahun ni dapat berkumpul dan disambut di umah Batu 51.
"Ok, bangDak, apa kata tahun ni, raya pertama kita beraya di umah mertua masing-masing. Raya kedua atau ketiga kita berkumpul di umah Batu 51", kata aku kat BangDak malam tadi.
"Aku, jadi ajer!", balasnya.
Alahai....syahdunya aku!
PERISTIWA 2:
Sementara menantikan Subuh, aku membaca blog Akim tentang suasana beraya di Batu 51. Aku tersedar bahawa sudah beberapa tahun aku tidak menyambut hariraya bersama sanak saudara di Pantai. Akukah yang terlalu mementingkan diri sehinggakan aku tidak memikirkan suasana itu. Aku hanya akan balik ke Pantai apabila cuti panjang. Kenapa? Dengan cuti yang pendek (cuti Hari Raya) aku tidak boleh pulang ke Pantai Remis?. Atau mengapa aku tidak ada perasaan untuk merasai suasana berhari raya bersama sanak saudara? Ini berlaku setelah pemergian Arwah Mak. Alahai....syahdunya aku!
Kemungkinan demi kemungkinan aku berfikir. Adakah semasa adanya Arwah Mak, membuatkan rasa terpanggil untuk aku sentiasa ingat untuk pulang ke kampung? Maka setelah ketiadaannya aku rasa "kosong" untuk aku pulang ke kampung? Mulalah timbulnya, untuk apa aku pulang? Mengapakah "kosong" itu perlu aku isikan? dan kenapa "kosong" itu tidak diisi oleh orang lain (saudaramaraku) agar aku sentiasa ingin berasa pulang ke kampung? Adakah aku ini "manja" untuk dibelai dan dihargai ketika aku pulang ke kampung sebagai mana aku lalui semasa adanya hayat Arwah Mak dulu? Maklum le anak bongsu. Terfikir juga aku, kan aku dah besar panjang, beranak-pinak, perlukah lagi aku suasana seperti itu? Persoalan demi persoalan bermain di kepalaku. Alahai....syahdunya aku!
"Kosong"...adakah kekosongan itu perlu dipenuhkan "sesuatu" oleh orang lain? Adakah orang lain perlu mewujudkan suasana agar menjadi penuh? Adakah aku yang perlu mewujudkan suasana "penuh" agar orang lain yang merasai keselesaan itu wujud dan tidak "kosong"?. Adakah aku sendiri yang kena memulakan untuk mewujudkan suasana itu menjadi penuh? Atau aku sendiri yang mengada-ngada. Kosong lah, penuhlah, - macam... entah apa-apa!
Bagi aku, sesuatu suasana yang ingin kita wujudkan sama ada selesa, muram, runsing...adalah kerjasama semua pihak. Adakalanya kita memikirkan sesuatu untuk diri sendiri dan adakalanya kita memikirkan untuk orang lain juga. Bagaimana pula dengan suasana yang hanya memikirkan keselesaan diri sendiri sahaja...tanpa melibatkan orang lain. Penting diri sangatkah sebegitu rupa? TAHUN INI AKU NAK BERAYA DI KAMPUNG!!!! Alahai...syahdunya aku!
PERISTIWA 2:
Semalaman aku terkenangkan sanak saudara, anak-anak menakan, ipar duai aku. Semuanya aku anto sms kepada mereka! Terfikir juga aku, kenapa mesti aku yang memulakan dulu, baru aku akan dapat balasan? Dan dapatkah balasan daripada apa yang aku hantarkan? Kenapa tidak, mereka juga merasai apa yang aku rasai? Kenapa tidak mereka pula yang memulakan, dan aku hanya membalasnya sahaja?
Aku terfikir, sebelum ini aku agak kerap hubungi dan menghantar sms kepada orang sekeliling aku. Sering bertanyakan khabar, perkembangan berita dan sebagainya!. Gembira tak terkata apabila mendapat balasan berkaitan perkembangan diri mereka! Bangga sungguh aku rasai. Kekadang ada juga yang kita tak perolehi seperti mana yang kita hajati. Maklum le duduk berjauhan demi sebuah ikatan hubungan silaturrahim...
Terfikir juga aku, pelikkah aku? Adakah aku jenis orang yang membuat sesuatu secara tidak ikhlas? Terlalu inginkan balasan terhadap apa yang kita lakukan. Adakah aku jenis orang yang suka mengharapkan balasan? Alahai...syahdunya aku!
Ada betulnya apa yang BangMad perkatakan sewaktu kami berjumpa dan berbincang di Seremban dulu. Kebetulan BangMad ada meeting di Seremban dan aku di Melaka. Ambil peluang le aku berjumpa dan berborak.
"Lan...jadi le diri kita sendiri. Knapa kita mesti jadi semacam orang lain? "Jiwa kita" akan sakit jika kita nak jadi seperti orang lain juga!. Jangan harapkan orang lain pun macam diri kita. ITULAH INDAHNYA DUNIA INI! Pelbagai ragam dan karenah manusia, membuatkan hidup sentiasa ceria, otak menjadi ligat, fikiran sentiasa bergerak.", ujar bangMad sambil mencelup sate dalam mangkuk kuahnya!
Alahai..syahdunya aku!
PERISTIWA 3:
Sebelum Subuh tadi, aku telefon KakYah, dapat jugak berborak dengan kakak aku yang amat sensitif. Dia "perasa" orangnya. Mudah tersentuh hatinya, kerana tiap kali berhubung, tentunya air matanya mengalir laju. Aku pun taktau kenapa jadi begitu! Akupun turut "terasa". Aku maklumkan bahawa, aku nekad...aku teringin nak beraya di kampung, di umah Batu 51, umah pusaka kami adik beradik. Suka sungguh dia! Aku maklumkan bahawa dan bertahun-tahun aku tak beraya di kampung...maklum le cuti pendek. (Macam le jauh sangat aku nih). Aku maklumkan, mungkin di hari raya kedua atau ketiga, kita cuba berkumpul di umah pusaka! Aku nak rasa semula suasana macam sbelum ni.... Alahai...syahdunya aku!
PERISTIWA 4:
Selepas, aku berborak dengan KakYah, aku call Kak Azizah pulak yang berada di Nenering. Kak sulung aku ni, dah mula rasa lenguh-lenguh badan. Katanya, sebelum ini ada juga dia dan kawannya jalan-jalan di sekeliling tempat tinggal mereka untuk keluarkan peluh! Sayangnya, kawannya dah tak dapat untuk buatkan aktiviti seperti tu lagi kerana suamai kawannya sakit! Maka untuk kak aku nak jalan-jalan sorang diri, ermmm...boring la! Itu la kakak sulung aku....
Aku bukak juga isu raya tahun ni. Dia belum ada congakan di mana nak beraya! Aku terus maklumkan untuk mengajak berkumpul adik beradik beraya di umah pusaka!. Mungkin raya kedua atau ketiga. Yang bestnya, kakak aku ni, idea dalam kepalanya boleh tahan juga!
"Lan, kita dah lama tak buat pun kenduri tahlil untuk arwah mak dan ayah. Bagus juga kalau kita buat sewaktu kita berkumpul nanti," kata kakak aku sambil terbatuk-batuk.
"Waaaa.....bagusnya idea kak ni. Ok kak, Lan akan pastikan kita buat majlis tahlil ni, Aji Man boleh bawak tahlil, Lebai Yan boleh jemputkan orang sekeliling umah nanti", balas aku.
Ermmm...aku juga dapat rasakan bahawa kakak aku juga ingin berkumpul adik beradik. Cuma siapa yang nak mulakan untuk mencetus suasana! Apa salahnya aku juga yang mencetuskan sebagaimana aku nak ianya terjadi! Jangan diharapkan orang lain paham dalam kepala kita. Yang penting, kita paham apa yang orang lain fikirkan!. Kwang-kwang-kwang!
PERISTIWA 5:
Aku terima sms daripada orang keliling aku! Seronoknya aku, setelah aku dapat balasannya. Salahkah aku terus memulakannya? Ermmm...Alahai, syahdunya aku!
Ilah: 05.38 am
T kasih atas ingatan...Sekilas kngan di fikiran sudah cukup utk mrpatkn kembali slturahim wpun skdr mscall...hehe. Baru slesai sahur ni.
Teh: 06.56am
Kami soq sempoi saja ari ni. Pasai 20 minit saja sblm imsak. Kena spare masa jugak utk rokok 2 btg putuih brubung sambil langgah ayag. Hehe. Dan pi surau utk subuh.
KakDah: 05:01am
Tk. Dah masuk subuh kat KK ni.
BangMad: 05.02am
Dh lps bersahor. Ahmad dan Anwar dh ready nk smbung tdo smula. XM ok?
BangMad: 05.08am
Snsitif ttg apa tu? Klau tak rahsia, crita sikit... atau msukkn dlm blog je.
:: Kerana sms Bmad yang terakhir itulah, aku memasukkan entri ini dalam blog aku hari ni!
Alahai...syahdunya aku!
Hakikatnya: jiwa aku mudah tersentuh bila melibatkan famili. Aku suka dan seronok apabila semuanya dalam satu hati, ceria, bahagia dan mudah berbincang! Terima kasih semua! Sayonara!
P/S : Ingatan kepada diri aku dan pembaca-pembaca blog.
:: Ingatlah kita semua, ikatan silaturrahim perlu dieratkan, dikukuhkan, diikat dengan ikatan kasih sayang walau di mana jua berada! Terapkanlah sifat dan sikap ini di mana jua kita berada! Ikatan ini amat TERASA apabila kedua orang tua kita meninggalkan kita. Dalam sesebuah keluarga, perlu ada yang memainkan peranan utk menyatukan semula setelah ketiadaan orang tua kita! Kenapa diharapkan orang lain yang memulakannya dan kenapa tidak diri kita sendiri yang memulakannya? Tepuk dada tanya selera, ketuk kepala tanya minda!
Alahai...syahdunya aku!
Sep 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Coretan Lain:
:: hehehe... entri kali ni lain sedikit... ada sentuhan hati dan perasaan... berbanding entri sebelum2 ini...
Terimakasih krn sentiasa mengunjung. Itu le dinamakan manusia yang menjalani kehidupan yang berwarna-warni. Emosi, salah satu keperluan manusia dan kekadang juga perlu dibelai, disirami dan dibajai agar ia sentiasa segar dan positif?
Ada komen tuan?
Salam,
Kak Dah tengah mamai mase 2...keletihan..tidur lewat kmdn bangun sahur...2 beranak, Bang Chik ke Putrajaya...hal keje..
Elokle kalau dpt berkumpul pd hari raya...ramai2 , tak macam kami udah 2 tahun berturut2 beraya di KK ni....kali ni tak ramai disini sbb poly bercuti 2 minggu...rasenye adele dlm 50 org je...lg le syahdu dan sayu nye......
Syahdu mengajar kita untuk menganalisa.....
KakDah.
dah ada gathering macam nie, terasa plak nak balik...
Susun,kasi gempak dan meriah, alang-alang PakTam dah balik....Walaupun penat tetapi ramai yang terasa puas, itu lebih bermakna. Akim tentunya dah kenai PakTam dia kot!..Wakakakkaka
Post a Comment