Sep 3, 2007

Pak Pandir Merdeka?

Menyingkap kisah ini dalam kehidupan kita...

Hari-hari cerah yang dilaluinya, Pak Pandir hendak pergi memotong getah.

Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan membetis melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir menusuri di tepi jalanraya besar tersebut. Terpana seketika. Ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan laluan masuk ke kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang dengan perasaan hampa dan hiba.

Mak Andeh hairan apabila Pak Pandir pulang semula ke rumah dengan sayu.

"Kenapa Bang?", tanya Mak Andeh.

Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

Mak Andeh hairan dan tertanya-tanya serta mengerutus saja dalam hatinya......

Apabila dalam diri tidak mampu membaca yang tersirat maka adakah lahirnya Pak Pandir?

P/S : Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan renungan untuk para sahabat handai...wallahualam!

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template