Dalam perjalanan pulang aku dari bengkel, aku terkejut kerana jalan jem panjang di laluan Renggam - Kluang. Aku dah agak, tentunya ada xcident!. Maklum le, laluan ni jarang berlaku jem walaupun musim perayaan. Bila aku sampai di tempat kejadian, aku berhentikan kereta untuk melihat kejadian setelah ramai orang yang membantu. Ingatan pada aku dan pengunjung blog ini...sesamalah kita BERHATI-HATI DI JALAN RAYA! Khususnya di musim perayaan ini....
Pemandu Honda SR4 yang parah, kedua2 tangannya patah
Kejadian ini melibatkan 3 buah kereta. Honda SR4, Waja 2 buah. Aku agak mungkin kerana memotong di double line.! Alamak, aku pun kekadang buat camtu gak...setelah gerak hati mengatakan, ok! Jika berasa x yakin, maka aku akan follow je kenderaan di hadapan...macam mana rakan-rakan semua?
3 Coretan Lain:
:: berhati2 di jalan raya dan pandu cermat jiwa selamat... dah tak ummph lagi... orang dah lali... sebaik2nya kata2 itu ditukar menjadi... ikutlah hati supaya cepat mati... atau ikutkan hati bakal mengundang mati... bunyinya kasar... tapi dalam hal kemalangan ni... semua pihak kena bekerjasama... perlu ada tolak ansur... sedapat mungkin... patuhilah peraturan jalan raya... walaupun ajal maut itu bukan kita yang menentukannya...
Azlan,
Baca entri u ni memang menginsafkan. Dulu saya selalu juga memandu laju. Putra beb. power. Asyik nak overtake je. Pantang dicabar. Tapi sekarang tak leh buat macam tu lagi...hehehe
Biasanya menginsafkan hanya sementara waktu khususnya babru2 melihat accident..tapi bila kepala biol dah datang, pecut semula beb!
Betulkan?
Post a Comment