Sep 15, 2007

Ambang Puasa

Khamis : 13 Sept 2007

Awal puasa thn ni, aku dan famili jalani puasa di umah mertua aku. Aku meronda dgn mem di siang hari. Maklum le kain baju raya belum dicari, warna belum ditentukan, paten juga dibayangkan.

Maka, jam 10 pagi, aku ngan mem ke Tangkak. Dari satu kedai ke satu kedai aku dan mem menggeledah susunan kain. Ini semua semata-mata ingin mencari warna dan kain yang sesuai. Ini le keje kami, masuk awal puasa baru tercari-cari kain yang sesuai dan menarik hati. Tambahan pula, Amira dan ada 'taste' sendiri utk paten pakaiannya. Layan....Akhirnya, mem aku lemas dalam lautan kain. Wakakaka.



Kami bergerak pula dari Tangkak ke Astana Moda di Melaka. Membelek2 lagi di lautan kain. Di sini, kami mencari kain yang sesuai dengan paten yang diingini oleh Amira. Akhirnya, dapat juga utk anak dara kami. Astana Moda ni baru dibuka di Melaka, cawangan Jakel di Segamat. Boleh tahan juga paten dan warna kain yang dijualnya.



Selepas tu, aku bawa mem ronda-ronda ikut gerak ati je...masuk mana-mana jalan yang belum aku lalui... Hikmahnya aku jumpa kedai aksesori kete. Aku paling menarik utk costum bumper Nissan Sunny 130y aku tu... Masukkan MMC (depan), Waja (belakang), skirting, dan spoiler.... hampir RM1500.00. Muda lagi ke aku? wakakaka.


Kemudian, aku gerak balik ke Felda ikut jalan Durian Tunggal. Sempat kami singgah di gerai ramadhan di pekan Durian Tunggal.. Meriah gak..! Aku cukup tension kalu aku g sesorang ke gerai ramadhan, HAWA PUASA betul.....! Semuanya teringin!

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template