Sambutan bulan Kecergasan Kebangsaan di jalankan di Stadium Kluang. Aku dapat tahu majlis ni setelah meronda ke sana dengan MakTam. Kami ke sana setelah pulang dari Pasar Besar Kluang. Tak sangka la pulak ada beberapa ekor kuda. Menarik juga nih kalu bawa anak-anak.
Dalam jam 10.00, Ijan telefon aku untuk membeli stok bengkel. Aku bergegas ke kedai sparepart dengan famili. Setakat ini kancel Maktam le jadi transport aku ke hulu dan ke hilir. Aku tinggalkan bengkel jam 2.00 petang dan lajak ke Stadium utk layan anak-anak. Kuda-kuda tu tak berapa menarik minat anak-anak aku. Malahan sport yang dijalankan kat dalam stadium tertutup tu, aku pula yg tak minat. Maka kedengaran bunyi yang bingit. Kami bergegas ke sana.
"Wow, bestnya!" kata Amirul. Aku park kerete kat tepi jalan. Mata anak-anak aku tak berkedip apabila memandang si cilik meliang-liuk badannya utk menggayakan pemanduan yang hebat di celah-celah skitel.
Sempat juga aku berbual berkaitan pemanduan dan pembelian motol cilik tu! Tak sangka juga, rupa-rupanya aku berbuah dengan Penunggang Vateran Malaysia, SharulNizam! Dah otai rupanya dia.
Sep 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Coretan Lain:
chomey nye moto tuh..
:D
amirul n amir ada gaya penunggang hebat. mesti depa suruh paktam beli motor tue sebijik kan..hahha
hahahha..hang mcm tau je akim no....entah2 ayahnya je yang lebih2 plak!. Nak beli tanpa diminta, wakakka
Post a Comment