Sesampainya aku di bengkel utk hantarkan sparepart yg pomen aku order, teruja aku jadinya. Mau idaknya, 2 hari lepas, pomen aku antokan mesej kat aku!
"Wolkswagen dah masuk bengkel, Nissan diabaikan!" Tu yang membuatkan aku terasa sadis!
Keterujaan aku mengatasi segalanya! Terpana seketika memandang keantikan yang mengancam. Puas membelek aku jadinya. Wolswagen ni kepunyaan Cikgu Zamri (anak bapa angkat aku). Dia baru beli lebih kurang 2 minggu lepas. RM20,000 gheganya. Rezekinya bertambah. Bisness dia semakin rancak dan galak. Alhamdulillah!
Keantikan Wolkswagen ni kerana enjinnya di belakang. Manakala bonet isi barang pula di depan! Bunyi enjinnya..perghhh..seketoi, seketoi! Dengan adanya wolkswagen kat bengkel aku ni, semakin tercabar le minda pomen2 aku. Bayangkan, kereta ni jenis "paut stering" nak dijadikan "power stering". Jika dikenangkan, kebiasaannya enjin kereta masa kini berada di bonet hadapan, maka mudah le jika nak masukkan power stering.
Bayangkan le, enjin di belakang juga nak dimasukkan power stering! Sempat juga aku bersembang2 dengan pomen aku, katanya dia akan masukkan power stering Wira 1.6. Tunggu je lerrrr.... Hidup G2!
Sep 8, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Coretan Lain:
Post a Comment