Feb 27, 2010

Jaring labah-labah

Aku plan nak berehat kejap untuk dunia blog. Aku nak perhatikan sarang labah-labah macam gambar di bawah. Berapa lama nak berehat pun aku belum tahu lagi. Ini kerana mengikut keadaan semasa. Berapa lama aku boleh berehat daripada dunia blog? Jeng..jeng..jeng..



Jom kita betulkan sarang labah-labah. Jaringnya sudah koyak. Lagi lama dibiarkan, akan bertambah koyak. Betulkan pelan-pelan. Mem besor selalu kata, pelan-pelan kayuh... bila nak sampai?

Sarang labah-labah membawa pelbagai konotasi. Konotasinya mengikut situasi individu. Hayat 'sarang labah-labah' aku hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Hayat maksimumnya ialah Disember 2010. Oleh itu, aku kena perhati dan betulkan sarang labah-labah ini sebaik mungkin. Jom betulkan sarang labah-labah.

Continue Reading...

Feb 25, 2010

Dare To Change

DARE TO CHANGE : Itulah motto PPD Batang Padang untuk 2010 ini. Berani untuk berubah!. Walau tiga perkataan cuma, ianya membawa konotasi yang cukup besar impaknya. Pembaharuan yang cuba dibawa oleh PPD dan diterjemahkan oleh guru-guru di dalam daerah Batang Padang.

Laman web PPD Batang Padang yang memaparkan 'Dare To Change'

Kita sedia maklum, apabila berurusan dengan manusia. Manusia bukanlah robot yang boleh diprogramkan seiring dengan perubahan tuntutan semasa. Manusia ada pelbagai karenah dan personaliti masing-masing. Ada yang mampu untuk berubah dan ada yang selesa dengan situasi semasa. Hakikatnya cepat atau lambat perubahan mentaliti seseorang bergantung pada tahap kesediaan seseorang untuk berubah. Tahap kesediaan ini pula bergantung pada pengalaman dan pengetahuan sedia ada dalam hal yang perlu berubah.

Cuba kita perhatikan keadaan sekeliling. Berapa ramai yang sanggup untuk berubah bertepatan dengan tuntutan semasa. Berapa ramai pula yang membicarakan perubahan yang dilakukan dari sudut negatif. Itulah dinamakan watak dan perwatakan seiring dengan personaliti masing-masing. Itulah dikatakan Warna-warni Kehidupan.

Namun demikian, hasil Program Pembangunan Komuniti yang dilaksanakan untuk fasa 1 dan fasa 2, mampu memberikan gambaran situasi watak dan perwatakan di sekeliling kita. Ada yang mahu berubah tetapi tidak sanggup meninggalkan situasi selesa yang dialaminya, ada yang mampu berubah mengikut tuntutan semasa dan ada yang tidak mahu berubah dan keluar dariapda kepompong keselesaan yang diciptakannya sendiri.

Hasil penelitian dan pengamatan, SU PIBG yang dilantik oleh pihak sekolah juga adalah insan yang bernama manusia. Tahap kesediaan mereka juga berbeza. Ada yang tertinggal dan ada terkehadapan. Perbezaan inilah ada faktor-faktor yang menhalang untuk berubah.

Contoh individu yang sanggup berubah... Melahirkan sesuatu kreativiti yang lebih baik berbanding dengan apa yang diberikan. TAHNIAH atas kesungguhan sdr Zack...

Link Weblog PIBG SKSV ada di sini.

Antara faktor yang menghalang seseorang itu berubah ialah :

1) Ego

Sifat dan sikap ini saya merasakan adalah antara faktor utama yang menghalang seseorang inidividu itu berubah. Jika tiada perasaan ini, sudah pasti mudah seseorang itu berubah. Ego bermakna sukar menerima sesuatu yang baru atau erti kata mudah difahami ialah keras kepala.

2) Tidak sepenuh hati.

Seseorang individu itu mungkin mahu berubah, tetapi keinginan tersebut tidak sepenuhnya. Sekadar berasa ingin berubah tetapi tidak membuat sebarang perubahan pada dirinya.

3) Masih bertangguh

Individu tersebut menginginkan perubahan pada dirinya tetapi masih bertangguh untuk melakukan perubahan yang diidamkan. Mengunggu satu masa tertentu untuk melakukan, tetapi malangnya apabila tiba masa yang sepatutnya berubah, individu tersebut masih belum bersedia dan menangguh lagi kepada masa yang lain. Akhirnya tiada sebarang perubahan yang beliau lakukan.

4) Menanggap perubahan itu sesuatu yang tidak penting.

Sesetengah individu beranggapan bahawa perubahan itu bukan sesuatu perkara yang patut diberi penekanan dan perhatian. Berubah ketika terdesak atau terpaksa dan sebagainya.

5) Tidak sanggup bekorban

Berbalik kepada analogi di atas, golongan pelajar ini merasa seronok dengan tidak mengulangkaji pelajaran, melepak dan mereka tidak sanggup bekorban keseronokan itu untuk Berjaya. Mereka lebih rela menyesal kemudian daripada melakukan sedikit perubahan pada diri mereka.

6) Tidak menghargai diri sendiri

Golongan yang tidak mahu berubah ini juga saya mengklafikasikan sebagai golongan yang tidak menyanyangi diri sendiri. Ini kerana, mereka sudah mengetahui akibat tindakan mereka tetapi masih belum mahu berubah. Mereka membawa diri mereka kepada keadaan yang kurang selamat, dan mungkin membahayakan. Pelajar yang malas adalah individu yang tidak menghargai diri sendiri dan masa lapangnya.

7) Perasan sempurna

Perasan sempurna bermaksud, individu yang sukar berubah merasakan diri mereka sudah cukup baik dan sempurna dan seharusnya tidak melakukan sebarang perubahan.

8) Matlamat yang tidak jelas

Sukar untuk berubah berkaitan dengan matlamat iaitu sebab mengapa seseorang itu inginkan perubahan pada dirinya. Jika matlamat itu jelas diikuti dengan jalan yang teratur, pasti seseorang individu itu boleh berubah.

9) Tiada semangat dan galakan

Seseorang yang menginkan perubahan tetapi tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan tersebut juga akan mengalami masalah kesukaran untuk berubah. Galakan dari insan terdekat juga amat membantu seseorang itu untuk berubah.

10) Tiada motivasi diri

Ini bermakna seseorang yang inginkan perubahan terhadap dirinya perlulah meningkatkan motivasi diri sejajar dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

Ini hanyalah sekadar pendapat dan penilitian saya yang fakir dalam bidang ini. Kita juga hendaklah sentiasa melihat seseorang itu sedang berusaha melakukan perubahan terhadap dirinya, sebagai salah satu cara untuk berbaik sangka terhadap seseorang.

Semoga insan yang menginginkan perubahan sentiasa bersemangat dan istiqomah dalam melakukan perubahan tersebut. Tetapi perlu diingat perubahan yang dilakukan mestilah perubahan yang mengarah kepada kebaikan bukan kepada keburukan.

Akhir kata jadikanlah hari ini lebih elok dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga berjaya. Jom kita berubah.


Continue Reading...

Feb 24, 2010

Selesailah sudah....

Alhamdulillah, tugasan dan amanah telah diselesaikan semalam. Bermula dengan Fasa 1 dan bersambung dengan Fasa ke-2. Kali ini, kami berkolaborasi dengan PPD Batang Padang untuk Program Pembangunan Komuniti Fasa 2 yang telah berlangsung di PKG Tapah Road.

SU PIBG dapat merealisasikan membina networking sesama komuniti sekitar melalui blog. En DUN Behrang 2020 sebagai penceramah handalan dalam membina blog, sememangnya tidak diragui.

Banyak catatan ada di sini.

Terima kasih semua.
Continue Reading...

Feb 21, 2010

Kembali ke sekolah...

Seminggu bersapau di rumah. Selesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu. Akhirnya, perlu kembali ke sekolah untuk meruskan tuntutan sebagai pelajar. Juga kembali mengikuti rutin di asrama dalam membentuk peribadi yang utuh.

Asrama, salah satu institusi yang aku fikirkan mampu menguji kekuatan jiwa anak-anak. Mampukah mereka mengharungi dunia asrama? Mampukah mereka membawa diri dalam kelompok kawan-kawan? Mampukah mereka melenggokkan diri dalam proses sosialisasi sesama rakan? Di situlah kematangan diri anak-anak akan terbentuk seawal usia mereka.

Baru menerai baju batik asrama yang dijahit oleh mamanya
dari pagi hingga lepas zohor, udah siap.

Daripada cerita Amira, ada juga beberapa orang rakan mereka yang kembali ke rumah. Tidak sanggup mengharungi dunia asrama yang penuh dengan disiplin masa dan menghormati orang yang lebih dewasa. Ada juga yang merasakan mengantuk di sekolah akibat tidur lewat. Ini berpunca mereka tidak tahan dengan proses minggu orientasi di awal kemasukan ke asrama pada bulan lepas.
Lawatan kami sewaktu minggu orientasi bulan Februari lalu. 'Crown' dan 'kakak daerah' adalah identitinya..
Amira juga mengaku bahawa sering mengantuk di sekolah akibat tidur lewat di asrama dan terpaksa bagun awal akibat minggu orientasi. Itu proses biasa sebagai proses salam perkenalan daripada senior kepada junior. Semua proses itu akan mematangkan minda, menguji kekentalan jiwa dan mengharungi proses sosialisasi. Namun, penceritaan Amira kepada aku dan mamanya, telah ditenangkan oleh mamanya berdasarkan pengalaman mamanya yang tinggal di asrama hampir 6 tahun bermula ditingkatan 1 dulu di Sek. Men. Sharifah Rodziah, Melaka.

Alhamdulillah, semua proses awal salam pengenalan asrama berjaya diharungi. Malah, disiplinnya tentang masa juga telah berjaya dibentuk. Terima kasih kepada warden dan kakak-kakak senior yang membantunya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang tin ggal di asrama. Terima kasih semua..
Continue Reading...

Feb 19, 2010

Merungkai Waris : Bermulanya di sini.

Tahun Baru Cina, cuti persekolahan yang memberi makna mendalam. Empat hari (13-16 Februari 2010) membawa diri untuk mencari sesuatu yang belum pernah ditemui. Hasilnya adalah di luarjangka. Pencarian berasaskan "Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan" adalah fokus aku ke Kedah. Aku ke sana bersama abang yang banyak menyokong dan niat berserta tujuan yang sama. Itulah asas kekuatan untuk terus meneroka ruang yang kabur dan gelap. Kepastian untuk temui jawapan yang tidak terjawab diawal perjalanan.

Gunung Jerai : Panorama yang mengasyikkan

Sebelum ini, cetusan utama untuk mencari saudara-mara yang belum dikenali pernah digarapkan dalam Warna-warni Kehidupan ini. Catatan tentang itu ada di sini dan juga di sini.


Berpandukan e-book inilah yang membentuk matlamat berfokus walaupun banyak halangan dan dugaan sewaktu penerokaan ruang kabur.

Hasil penerokaan ruang yang kabur yang penuh dengan ketidakpastian menyelubungi perjalanan. Tiga hari terawal masih belum ketemui jawapan. Kesabaran teruji. Matlamat berfokus tetap menjadi panduan. Hari terakhir di Kedah (16.02.10 - Selasa) terungkai sedikit sebanyak tentang persoalan-persoalan yang ingin diketahui. Namun jawapan yang ditemui masih belum mendapat pengesahan muktamad. Namun begitu, sedikit-sebanyak ianya memberi cahaya baru untuk menjawab persoalan.

Hajat untuk bertemu Wan Mohd Nor tidak kesampaian kerana beliau ke Kelantan.
Namun dapat juga bertemu dengan anaknya.

Dapat juga bertemu dengan Wan Mohd Nor, seorang waris Wan Mat Saman di Kpg Pulau Tengah, Pendang. Beliau juga salah seorang waris yang telah disahkan oleh pihak Istana Kedah. Malah, beliau juga pemegang buku salasilah Diraja Istana Kedah dan waris Wan Mat Saman. Selain itu, beliau juga AJK Panel Penilai Waris Kedah yang akan menyelidik dan mengkaji waris-waris istana yang tampil memberi jurai waris untuk pengesahan. Itulah katanya. Bagi aku, selagi belum mendapat kepastian yang hakiki, selagi itulah aku akan terus meneroka dan menyelidik melalui ruang-ruang yang ada.

Penyerahan e-book kepada Wan Mohd Nor untuk tindakan selanjutnya oleh Panel Penilai.

Di akhir pertemuan dengan Wan Mohd Nor, e-book berkaitan jurai Wan Mat Saman telah diserahkan kepadanya. E-book tersebut akan dibawa oleh Wan Mohd Nor ke Istana Kedah dan Muzium Negeri Kedah utnuk mesyuarat dengan panel-panel yang berwibawa. Mereka akan menyelidik dan mengkaji jurai-jurai waris yang diketengahkan. Wallahualam.

Aku dan abang dengan bantuan Makcik Embun di Kpg Lubuk Boi telah berarak ke sana ke mari untuk terus merapatkan hubungan silaturahim sesama sanak saudara di Kedah. Di samping itu, maklumat-maklumat yang ingin diketahui terus dicatat.

Dapat bertemu dengan MakWan, bekas tukang masak istana. Juga berketurunan Wan Mat Saman. Sudah hampir 20 tahun beliau mendiami di pondok untuk mendalami pengajian agama semenjak kematian suaminya. Ketika bergambar, beliau sedang menziarahi anak dan cucunya.Beliau sangat ceria, peramah dan juga suka bergurau. Tak kering gusi dibuatnya. Keloloh, kata orang Kedah dan usikannya mampu membuatkan orang kelilingnya ketawa.. Aku fikir, dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang ketahui.

Dalam tempoh empat hari jugalah, banyak watak dan perwatakan yang ditemui. Segalanya memberi pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih juga kepada abang-abang dan kakak-kakak yang lain kerana terus menyokong akan penerokaan itu bagi mencari jawapan terhadap waris Wan Mat Saman.

Saudara-mara yang dapat ditemui di sungai Petani, Kedah.

Penerokaan ini adalah sebagai langkah mula dalam menjejaki waris Wan Mat Saman di Pantai Remis dan di Yan Kedah. Gabungan maklumat di Pantai Remis dan di Yan, Kedah akan cuba diungkapkan secara realiti. Kepastian akan terjawab sama ada benar atau tidak kisah lisan yang disampaikan oleh arwak emak (Che Mah) di masa lalu kepada anak-anaknya.

Hakikatnya, penerokaan ini adalah dikelolakan oleh Yayasan Che Mah sebagai misi utama 2010. Beberapa langkah lain akan ditempuhi demi mencari kebenaran yang hakiki. InsyaAllah, dengan sokongan semua pihak dan bermotifkan kepentingan bersama dan diizinkanNya, akan terjawab segala persoalan-persoalan yang ingin diketahui.

Yayasan Che Mah, tunjang penerokaan ini.

Pengkisahan penerokaan selama empat hari di Kedah telah dicatatkan di sini. Penceritaan ini adalah untuk tatapan generasi akan datang. Pastinya saudara-mara di Kedah juga ingin mengetahuinya.
Continue Reading...

Feb 10, 2010

Tahniah kepada semua...

Alhamdulillah, Program Pembangunan Komuniti pada 5-6 Februari 2010 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah di UPSI telah berlangsung dengan jayanya. Kesungguhan dan komitmen rakan-rakan yang mantap dari segi idea dan kebolehan yang pelbagai mampu meralisasikannya.

Namun, kehadiran peserta agak tersasar daripada jangkaan walaupun perancangan dan usaha telah dilakukan hingga ke saat akhir. Setiausaha program telah berusaha menelefon semua sekolah yang dipilih oleh PPD Batang Padang dan Hulu Selangor. Hampir 1/3 daripada 87 buah sekolah yang dipilih tidak dapat bersama dalam program tersebut. Ini pastinya bersebab dan mempunyai alasan yang tersendiri di saat-saat akhir.

Apa-apapun aku kagum dengan semua jawatankuasa yang terlibat sejak awal perancangan hingga berlangsungnya program tersebut. Segala curahan tenaga, idea dan masa dalam merealisasikan program itu benar-benar teruji daya pemikiran dan kepimpinan semua pihak. Terima kasih semua.

Juga terima kasih kepada jurufoto UPSI yang setia berada dalam majlis sejak awal pagi dan hingga berakhirnya majlis. Aku telah mengambil sesalinan vcd rakaman peristiwa perihal program tersebut. Serba sedikit paparan di majlis itu.

Sesi pendaftaran di awal pagi

Sesi taklimat oleh ILEP/IREX kepada peserta kursus
(TAHNIAH...guru di Malaysia yang pernah mengikuti kursus 6 bulan di USA yang membolehkan grant diperolehi)

Sesi ucapan oleh Pengarah Projek, Dekan IPS dan Timbalan Canselor di awal majlis.


Peserta yang sedang khusyuk mengikuti kursus dalam dewan auditorium
di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.

Peserta kursus bergambar di hari kedua di tangga Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI bersama Dato' Zulkifli, Pegawai PPD Batang Padang dan Dekan IPS, UPSI.
Continue Reading...

Feb 9, 2010

Oh, Cik Berry,...'TER'ingat dan 'TER'berkenan


Tetiba teringat dan terberkenan....
.
.
.
.
Oh, Cik Berry...!
.
.
.
.

Itulah naluri dan keinginan seseorang.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
Sungguh lama jasanya
.
.
Amirul (anak kedua) dah menyengih
.
.
.
Akan jadi miliknya
.
.
.
.
.
Tapi, bilakah ianya akan berlaku?
.
.
Sekadar angan-angan, impian dan harapan?
.
.
.
Jom pi KL !!!

Continue Reading...

Feb 7, 2010

Dugaan menempuh usia 40-an...

Pengaruh fasa kematangan bagi lelaki yang memasuki umur 40-an, sangat-sangat mencabar. Lingkungan umur sebegitu akan dilalui oleh kebanyakan lelaki. Namun, masih ada juga lelaki yang tidak melalui sebegitu, sebaliknya cuba menolak akan fasa itu menyebabkan berlaku krisis identiti yang lebih mencabar, sakit dan jenuh di jiwanya. Itulah cabaran di fasa berumur 40-an. Ini kerana bergantung pada personaliti, pengetahuan, kemahiran dan beberapa elemen lain ketika melalui proses itu. Percayalah, ramai lelaki yang melalui kecelaruan identiti untuk membentuk identiti setelah melalui fasa tersebut.

Menariknya isu ini, tidak ramai lelaki mampu untuk ketengahkan isu yang dilalui. Selagi boleh disorok dan disimpan, ianya akan dipendam sedalam-dalamnya di lipatan memori masing-masing. Lelaki akan cuba menjadi lelaki 'syumul' tanpa sbearang cacat-cela dalam idupnya di mata kasar orang sekelilingnya. Ironinya, ia menjadi satu krisis identiti dalam mengharungi fasa usia 40-an. Isu ini sengaja difokuskan kepada lelaki, bagaimana pula dengan wanita? Ini satu tandatanya...kerana aku bukannya wanita dan tidak tahu situasi ini.. hehhehe...

Lihat dan perhatikan kupasan isu ini oleh Perunding Motivasi dan Psikologi, Dr Muhamad Jantan.

************************************************

Sumber : Harian Metro, 07 Feb 2010

KUALA LUMPUR: “Dia merasai keseronokan yang dia belum pernah jumpa. Sebab itu dia terpengaruh dan berterusan melakukannya,” kata perunding motivasi dan psikologi RMJ Holistic Solution Sdn Bhd, Dr Muhamad Jantan.


Menurut Muhamad, apabila seseorang itu mencapai usia 40 tahun, muncul fasa baru dalam kehidupan mereka dan pada masa sama ia turut disertai dengan pelbagai keinginan.

“Walaupun bukan ‘kaki perempuan’, percubaannya (mencari wanita di Internet) mempengaruhinya. Apatah lagi dalam keadaan dia mempunyai ‘nilai’ tambah, iaitu banyak wang.


“Keinginannya mampu dipenuhi dan disebabkan itu dia melakukannya berulang kali,” katanya.

Muhammad berkata, lelaki yang terjebak dalam melakukan perbuatan berkenaan akan kehilangan fokus dan tidak hairan berlaku perubahan dalam apa saja yang dilakukan, terutama pekerjaan atau perniagaan.

“Bagi mengelak berlakunya ‘ancaman’ seperti itu pada usia 40 tahun, kita perlu ada prinsip dan paling penting, pegangan agama yang kukuh.

“Jika pada usia itu kita pilih perbuatan tidak elok, kita akan terjebak melakukan perkara tidak elok. Jika memilih kebaikan, kita akan beroleh kebaikan,” katanya.

Presiden Persatuan Psikiatri dan Kesihatan Mental Asean, Dr Hussain Habil, pula berkata sokongan keluarga dan asas agama menjadi aspek terpenting bagi individu terbabit tidak kembali kepada tabiat lama.

Katanya, dua aspek berkenaan bukan saja berkesan mengatasi masalah berkaitan, malah dilihat sebagai terapi terbaik dan tepat.

“Setiap kitaran hidup manusia sudah diprogram dan tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, pada usia awal 40-an akan berlaku proses kematangan.

“Untuk memastikan individu berkenaan tidak kembali ke tabiat lama, keluarga, terutama isteri dan anak, hendaklah memberi sokongan moral dan jangan sesekali meninggalkan mahupun mengasingkan diri.

“Selain itu, individu terbabit perlu dihantar untuk sesi kaunseling sebagai kekuatan tambahan bagi terus melupakan kejadian hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya,” katanya.

*******************************************

“Untuk memastikan individu berkenaan tidak kembali ke tabiat lama, keluarga, terutama isteri dan anak, hendaklah memberi sokongan moral dan jangan sesekali meninggalkan mahupun mengasingkan diri.

>>> Proses menempuh usia 40-an ini pasti menjadi sukar apabila pasangannya tidak memahami dan mengerti akan proses ini. Kebijaksanaan isteri mengawal suasana akan kekhilafan si suami sangat penting. Malahan akan menjadi lebih kukuh institusi kekeluargaan itu apabila si suami dan si isteri saling memahami dan mengetahui akan proses tersebut. Kekadang, pihak ketiga yang cuba membantu seakan lebih merosakkannya apabila cuba meletakkan silap dan salah tanpa penerangan dan penjelasan yang sewajarnya.

>>> adakah wanita juga melalui proses itu? Jeng..jeng..jeng.. kita lihat respon pihak wanita, jika ada... hehhe
Continue Reading...

Feb 5, 2010

Selamat Datang...

Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah, UPSI, mengalu-alukan kehadiran para guru (S/U PIBG) ke Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI sempena Program Pembangunan Komuniti bertajuk Guru Sebagai Pemimpin di Sekolah dan Komuniti. Program tersebut bertemakan Pemimpin Berkesan, Organisasi Mapan. Insyallah, seramai 87 orang guru daerah Hulu Selangor dan Batang Padang akan berkampung di UPSI untuk menimba ilmu-ilmu kepimpinan dan idea-idea baru dalam membina networking dengan organisasi luar sekolah.

Selamat Datang!


Kulit buku program

Continue Reading...

Jan 28, 2010

Kuasa Tarikan : Penampilan

Penampilan dalam berpakaian amat bererti bagi sesetengah orang. Namun, ada juga yang tidak mementingkan penampilan berpakaian. Semuanya bergantung pada personaliti seseorang.

Ada sesetengah orang lelaki, berpakaian adalah mengikut situasi. Ada yang suka berpakaian kemas walaupun simple. Ada yang gemarkan lengkap segala akseori badan dan semestinya berjenama pakaian mereka.

Sesetengah orang, tidak bersetuju bahawa cara kita berpakaian mencerminkan peribadi kita. Mungkin benar dan mungkin tidak benar. Segalanya bergantung pada tujuan, personaliti kita dan kepelbagaian situasi yang dilalui.



Mari kita perhatikan, gambar anak kecil ini. Pakaiannya adalah simple dan melambangkan keperibadian mereka yang setara dengan peringkat umur. Namun jika pemakaian mereka diubahsuai dan meletakkan cara berpakaian mereka mengikut situasi yang dilalui, pastinya memberi impak yang maksimum.




Apabila diperhatikan, aku sendiri macam tak percaya. Betulkah mereka yang aku kenali? Di awal tahun, pastinya mereka memerlukan gambar ukuran paspot untuk kegunaan di sekolah. Apabila diminta oleh pihak sekolah, stok gambar juga telah kehabisan. Maka....terpaksa la memanipulasikan apa yang ada dan dimurnikan penghasilannya.. Akhirnya, cuci saja gambar tersebut utk dijadikan stok gambar anak-anak berukuran paspot. Boleh kut noooo....?
Continue Reading...

Jan 27, 2010

Cuai : Kemusnahan Harapan dan Pengharapan.

PERTAMA
Jangan Percayakan Orang Lain 100% Hatta Sahabat Kita Sendiri.
KEDUA
Jangan Lalai Dan Cuai Hingga Membuka Ruang Untuk Memusnahkan Harapan, Cita-Cita Serta Usaha Diri Sendiri.

KETIGA
Mengingatkan Saya Supaya Jangan Jadi Pemimpin Hasil Menjatuhkan Orang Lain.
"

Sumber : Mohamad Azri Amatan

******************
Pengalaman yang beliau lalui, jelas memberi gambaran tentang konsep harapan dan pengharapan terhadap proses tindakan yang sedang berlangsung. Cerita dan pengalamannya tercatat dalam blog peribadinya selaku medium untuk mewarnai suasana pemilihan perwakilan pelajar UPSI bagi sesi 2010/2011.



Asasnya, akibat kesilapan kecil dan tidak menepati ketetapan yang beliau lakukan dalam borang pencalonan (tidak menulis nama menggunakan huruf besar) menyebabkan pencalonannya telah dibantah oleh pihak lain. Walaupun di peringkat awal proses penyerahan borang pencalonan, beliau telah diberikan jaminan lisan oleh pihak sekretariat pemilihan perwakilan pelajar bahawa borangnya tidak menjadi suatu kesalahan dalam proses pemilihan calon. Hatinya tetap berdetik untuk mengisi semula borang yang baru kerana kesilapan tersebut. Namun, "kata-kata manis" pihak sekretariat menyebabkan beliau terus berada dalam keadaan yang tetap silap. Impaknya, harapannya untuk berbakti dalam barisan kepimpinan perwakilan pelajar telah musnah hasil kesilapannya sendiri.

***************
Mari kita renungkan proses perjalanan seharian dalam kehidupan kita. Berapa ramaikah yang benar-benar teliti dalam melibatkan sesuatu proses tindakan yang diambil. Berapa ramaikah yang membuka ruang-ruang kesilapan walaupun sekecil zarah. Berapa ramaikah yang memberi ruang-ruang kesilapan itu dilakukan. Akibatnya, hasil percayakan kata-kata orang lain hatta yang paling rapat dengan kita sekalipun, mampu memakan diri sendiri.

Juga, ada benar seperti kata-kata Billy Lim dalam bukunya, Dare To Fail (Berani Gagal). Impak kegagalan yang berlaku membuatkan kita lebih berhati-hati di masa akan datang terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan. Malahan, kita dapat belajar 'sesuatu' akan kesilapan itu. Namun, akibat kelalaian sendiri menyebabkan kemusnahan harapan yang menggunung terhadap pengharapan yang ingin digapai.

Sewajarnya, kita harus mengetahui gambaran jelas tentang keseluruhan sesuatu proses tindakan yang bakal diambil. Keseluruhan maklumat perlu diperoleh daripada pembacaan atau orang perseorangan. Namun rumusan keputusan sewajarnya ditimbang-tara oleh diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Keputusan harus dibuat tanpa rasa was-was setelah mengetahui kenapa dan mengapa sesuatu keputusan itu diambil.

Dalam perjalanan hidup kita, pastinya terbiasa dengan kata-kata; tak apalah, bolehlah, it's ok, jadilah, dan akibatnya ia berakhir dengan kegagalan. Bukan salah untuk mengalami kegagalan dan kesilapan, namun ruang-ruang kegagalan dan kesilapan itu seharusnya diteliti dan diperhalusi agar ianya menjanjikan hasil seperti yang diingini.

Persoalannya di sini, adakah wajar ruang-ruang kesilapan senantiasa melingkari hidup kita? Dimanakah konsep penelitian dalam diri terhadap sesuatu proses tindakan yang dilakukan? Sanggupkah kita senantiasa bergantungan dengan dengan kata-kata dan harapan yang diberikan oleh orang lain? Ketuk kepala, tanya minda... di manakah kedudukan kita...!!!

Belajar, belajar dan terus belajar dengan kesilapan yang dilakukan agar ianya mampu membina karektor yang berkualiti. Moga-moga, bukanlah kesilapan yang sama akan berulang yang mengakibatkan harapan musnah di kaki pengharapan. Wallahualam.

Continue Reading...

Jan 24, 2010

Pemimpin Berkesan, Organisasi Mapan


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Pepatah itu sangat mendalam maknanya. Kekentalan dan ketabahan jiwa amat diperlukan. Pastinya sesiapa saja pernah melaluinya dalam merealisasikan impian agar terlaksana dengan jayanya. Pendekatan fleksibel berdasarkan situasi, redha dengan ketentuanNya, cabaran demi cabaran yang harus ditempuhi... Semuanya akan mematangkan kita dalam menghadapi cabaran di sekeliling.

Banner yang sudah dinaikkan di laluan utama dalam kawasan UPSI

Asasnya, perancangan yang dirancang sebelum ini terpaksa diganjakkan tarikhnya atas sebab-sebab di luarjangka. Hakikat ini harus diterima apabila terdapat perubahan daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Pertambahan kos dan tenaga perlu diseimbangkan. Penggemblengan tenaga kerja harus disatukan. Perancangan harus dipinda, minda harus kental menghadapinya. Maka, kekentalan jiwa dan minda harus disatukan agar ianya terlaksana dengan jayanya. Tambahan pula kesatuan tenaga kerja dengan konsep 'setiakawan' akan menghasilkan sesuatu yang diluarjangka. Insyallah.



Contoh nametag yang bakal digunapakai sewaktu program berlangsung.

Sasaran program ini ialah untuk Setiausaha PIBG sekolah rendah dan menengah daerah Batang Padang dan Hulu Selangor. Pengisian program menjurus kepada membentuk karisma seseorang pemimpin dan tatacara membina networking dengan organisasi di luar sekolah. Garapan khusus program ini untuk ke arah membantu meningkatkan tahap akademik di sekolah seiring dengan NKRA gagasan baru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelbagai hikmah ditempuhi dalam membina kekentalan jiwa setiap jawatankuasa yang terlibat untuk menjayakan program ini. Terima kasih, saya kagum dengan sifat futuristik, dinamik dan karisma anda sekalian!!! Semoga ianya terlaksana dengan jayanya.

p/s : Aku dapat sms drp setiausaha program. "Rambut makin beruban la. Citarasa pengarah tinggiiii..ramai yang gayat!"

... Semua yang kita lalui adalah untuk membina daya pecutan dalam diri untuk mencapai matlamat gagasan kita! Insyallah, setiap orang akan peroleh pengalaman yang cukup bermakna. Terima kasih pada semua.
Continue Reading...

Mee Kari : Dah jumpa, dah rasa.

Sikap berkeinginan yang tinggi mampu menggerakkan kita ke arah yang dingini mengikut
citarasa sendiri. Sikap begini sangat penting sebagai booster dalaman untuk menggerakkan diri kita ke arah tindakan yang sepatutnya. Tindakan tersebut pula harus menepati kewajaran dan keperluan semasa.

Jika dilihat cerita di sini, ianya memerlukan tindakan yang memerlukan kekuatan dalaman untuk terus tercapai matlamat. Misalnya, tanpa keinginan yang kuat, pastinya sukar untuk bergerak merasai apa yang diingini. Ketika itu harus menepikan hal-hal lain untuk mendapat apa yang diingini.

Ahad, jam 9.00 pagi, anak-anak mula berbasikal ke sekolah untuk ikuti latihan silat. MemBesor sedang khusyuk menjahit baju sekolah berwarna kuning air, khusus untuk kelas RK Amira. MemBesor diajak untuk ke Bidor, beberapa ngomelan kecil pasti terkeluar kerana sedang khusyuk menjahit.

Akhirnya, jam 9.30 pagi kami berdua ke Bidor sebab beberapa bait istilah pendekatan 'mengayat' digunapakai. 30 minit perjalanan melalui highway mengikut panduan arah Sahabat dan Rosni MN, memang mudah untuk kenali gerai tersebut. Terima kasih atas maklumat. Rupa-rupanya, itulah laluan kami apabila pulang ke Pantai Remis. Hahaha. Aku dan Mem Besor ketawa besor.



Akhirnya, tercapai juga hasrat untuk ke sana. Sempat berbual dengan 'orang kuat' di kedai itu. Pemiliknya adalah berketurunan cina. Maka, hasil masakannya adalah ala-ala masakan Cina. Mee kuning yang digunapakai bukanlah mee kuning yang selalu kita beli di kedai runcit @ pasar. Mee kuningnya agak spesial. Tidak menggunakan ubat 'tahan lama'. Maka mee itu tidak berbau seperti yang biasa terdapat di pasaran. Mee tersebut perlu diorder di kilangnya. Maklumat lain dapat disimpan. Teringat aku akan mee kari di kantin SMK Dato' Idris dua puluh tahun lalu sewaktu aku di tingkatan 1 -3. Mee Kari nyonya yang dijual di kantin sekolah! Heheheh


Gerainya dibuka seawal jam 6 pagi untuk pemandu-pemandu lori, kata pemilik gerai itu. Lebih kurang jam 11 pagi, banyak ramuan menu makanannya telah habis.

Continue Reading...

Jan 23, 2010

Tafsiran : Mata vs Minda


Pemerosesan maklumat di minda kita bergantung pada apa yang dilihat dan personaliti kita. Kebiasaannya, kita akan membuat tafsiran sepintas lalu berdasarkan pemerhatian mata kita. Jika direnungkan, kita mudah ditipu oleh mata yang menghantar maklumat untuk ditafsirkan di minda. Itulah dinamakan persepsi.

Impak penafsiran sebegini, membuatkan orang yang berkepentingan seperti jurujual, ahli politik, pembuat iklan dan sesiapa saja yang cuba mengaut sesuatu benefit/keuntungan daripada tafsiran mata. Oleh itu berhati-hatilah dengan tafsiran mata.

Atas dasar inilah, kita sebagai penerima maklumat, tidak seharusnya terus membuat tafsiran semata-mata berdasarkan maklumat mata/telinga. Sebaik-baiknya, minda kita perlu memproses semula maklumat dengan membuat analisis daripada pelbagai sudut sebelum digunapakai maklumat yang diterima. Untuk tahap proses maklumat sebegini, tidak ramai yang gemarkannya. Ini kerana ianya memerlukan kita berfikir sebelum meluahkan apa yang ditafsirkan. Sebab itulah, orang tua-tua selalu berpesan. 'Fikir dahulu sebelum berkata-kata'.

Sumber : facebook Cikgu Murni

Untuk menjelaskan berkaitan tafsiran mata dan minda, gambar di atas mampu menerangkannya lebih lanjut. Gambar buah tersebut agak berlainan dengan buah yang spesis dengannya. Kelainannya itu menjadi isu penafsiran.

Begitu jugalah kelainan-kelainan perwatakan dalam kehidupan sekeliling kita. Kelainan terbentuk akibat penyuburan personaliti sejak kecil, perbezaan budaya, corak berfikir, perbezaan pengalaman yang ditempuhi telah menyebabkan setiap orang adalah berbeza. Hasil perbezaan inilah membuatkan terdapatnya kelompok-kelompok dalam masyarakat. Perbezaan kelompokan inilah menjelaskan penafsiran yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara.

Maka, apakah tafsiran anda terhadap gambar dia atas?
Continue Reading...

Jan 15, 2010

MAI CEK MAI: Mee Kari Ramli Bidor


Bila aku tengokkan cara sajian mee kari di Bidor ni, memang aku terliur. Nak menjejes rasanya. Ada sesapa yang tau lokasinya?



Itulah penangan promotion dilakukan oleh Sahabat lama daripada Melaka. Aku terbayang bahawa, rakyat pemaustatin Melaka juga mampu singgah di Kedai Mee Kari Ramli Bidor, sedangkan aku yang tidak le jauh sangat daripada Bidor pun belum menjamahnya...uiii teringin bebenor teman rasa..


Ada sesapa yang boleh bagi plan untuk ke sana? Apa kata Mr Dun, Mr Malek,Mr GPI atau kawan-kawan yang sewaktu dengannya... Ataupun, jom kita berempat ke sana satu kereta. Joommm..

Maka, tolong ler.. terliur teman ni.. Macam ngidam le pulak... Adehhhhh... Tolongggg...
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template