Nov 11, 2008

Tanda-tanda

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sumber: Mayang Sari

8 Coretan Lain:

Tirana on 11/11/2008 8:21 AM said...

Tanda-tanda ini semakin jelas kelihatan.

Brahim Nyior on 11/11/2008 8:59 AM said...

Dunia akhir zaman. Aku selalu berdoa dapat tunaikan fardhu haji, moga-moga Allah beri peluang untuk aku mengerjakannya.

suara on 11/11/2008 9:00 AM said...

Salam cikgu...
Ini tanda-tanda nak kiamat kan?
Tanda-tanda umat akhir zaman.
Dimana umat Islam yg benar-benar mengamalkan ajaran semakin sedikit. Sepertimana diceritakan dlm surah Al-Waqiah.
Ramai yg tahu dan sedar, tapi berapa ramai yg berusaha utk mengambil langkah agar kita tergolong dlm golongan yg sedikit itu!?

Unknown on 11/11/2008 9:10 AM said...

itu dah jadi realiti kita - sebab pepatah barat pernah berkata :

kelaziman akan membentuk budaya akan membentuk tabiat akan membentuk sikap akan membentuk takdir.....

semua yg cgu tulis dah jadi budaya.tabiat.sikap dan seterusnya takdir kita.

kita warga celik ( pendidik ) apa yg boleh kita laku : ruang dan kapasiti kita semakin kecil ( dikecilkan lagi oleh itu dan ini )...akhirnya : LANTAK KAU YANG PENTING TIAP2 BULAN MASYUK !!!!! ( harap2 kita bukan macam tu )

Cikgooden on 11/11/2008 11:18 AM said...

terus aku rasa insaf.....

*SiRibenMerah on 11/11/2008 2:11 PM said...

erk..
insaf da..
huksss~ =P


*nak riben merah ke?? hahaha..
jgn larikkk.... nnt I kejar smp lubang cacing..
bak balik riben kita =P

Mak Su on 11/12/2008 2:38 PM said...

yes, i see, i see

zino on 11/13/2008 12:22 AM said...

dunia akhir zaman..

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template