Nov 5, 2008

Maktab Perguruan Ipoh Perak (92-94)

Hari ini aku merayau-rayau lagi ke rumah orang. Aku dah selalu nampak rumah seorang mamat ni tetapi aku tak masuk-masuk pun. Maklum le, tuan umahnya tak pernah lintas depan rumah aku. Maka hari ni aku masuk ke rumahnya. Aku meronda-ronda sakan. Aku tinjau dari luar rumah, ke ruang tamu, ke ruang dapur hingga le ke bilik tidurnya. Hehehhehe. Aku selongkar semuanya. Akhirnya, aku terjumpa sesuatu! Sesuatu yang bernilai. Lama sudah aku tidak menjumpainya.

Rumah yang aku selongkar ialah Mamat One Zaba! Pegawai PKG di Cameron Highland. Aku pernah ke Cameron Highland. Beberapa tahun lalu. Aku pernah ke kuarters tempat tinggalnya. Aku singgah di rumah Bad dan rumah Asmadi. Tika itu, aku aku belum ada blog. One Z ni pun belum ada blog. Hehhehehe. Kalu la ni aku ke sana, kompom aku akan jumpa dengannya.

Dalam aku selongkar rumahnya, aku jumpa gambar sahabat aku sezaman dan sekelas di maktab dulu. Maktab Perguruan Ipoh Perak (MPIP - 1992-1994). Badrul Hisham, orang Beruas yang bertugas di Cmaeron juga. Terimakasih One Z.

Bad sekeluarga - terbaru gamaknya!

Akibat menyelongkar itulah, terdetik kat hati aku untuk buat entri khas untuk kawan-kawan lama aku jika mereka search tajuk entri ni. Mana la tau, kalau-kalau dapat bertemu semula. Tak banyak yang aku akan coretkan kerana hanya gambar mampu menceritakan sebahagian warna-warni kehidupan aku di zaman itu.

Geng sekelas : Unit K3 - MPIP


Kenangan : Aku dan JIPANG

Aku menyelaras program Menderma Darah di maktab.


Aku cuma Si Tukang Kopek Bawang


Dalam bayak kumpulan, kami juga yang layak JOHAN

St John Ambulans :JOHAN memasak
(walaupun aku tukang kopek bawang)


Sambutan Birthday utk LIE MID
(dgr cerita dah jd lecturer)


Bad, Din Muda dan Aminuddin
(Unit K3 - buka kedai makan sempena majlis konvo)


Main kompang sambutan VIP di Maktab.

Aku tengah usha-usha Mem Besor
[ hehhehe..kantoi! ]

12 Coretan Lain:

azza_irah on 11/05/2008 3:53 PM said...

suar singkat tergantungg...sume rambut gojeng je..ehehe
rasa macam nak tempek gak la gambo zaman maktab..

Mak Su on 11/05/2008 4:07 PM said...

tak de reunion ker?

echah_syed on 11/05/2008 4:11 PM said...

ulat bulu dah naik daun..pic yg last skali muahaha :p

jodoh ekk.

juleehana on 11/05/2008 4:45 PM said...

Lama tak melawat cikgu..

Gambar lama kenangan terindah!

azlanlin on 11/05/2008 5:05 PM said...

To Azza:

Masa tu saya memang gonjeng!hahahha.
Rasanya skrg pun gonjeng lagi.. It's my type! Yeppy go lucky..

Ada jugak gambor yg lebih brutal, xsanggup pulak nak letak!

azlanlin on 11/05/2008 5:07 PM said...

To MakSu:

Cdg2nya thn dpn kut, bila jika ada rezeki saya mula tak ngajor... dah mula lantik ketua setiap negeri...heheh. Semua tu utk riki kengkawan yg bertebaran.. Doa2 le menjadi..

azlanlin on 11/05/2008 5:07 PM said...

To Combi:

Rasanya, ulat tu yg naik daun berbulu...hahahhaha

azlanlin on 11/05/2008 5:09 PM said...

To Juleehana:

Asyik selisih kat maya jer...picit loceng kat pintu pagar, pintu rumah x dibuka... xde orang le kut... dah pindah ke? hehehheh

Unknown on 11/06/2008 9:33 AM said...

lama tak singgah - tengokkan cerita dan gambar disini.memang amat menarik untuk difikirkan.....saya dapat idea baru untuk kumpul kawan2 selepas ni..

Unknown on 11/06/2008 11:04 AM said...

antara 2 org awek tu... yg sorang lagi tu hanya sebagai prop je la nii!

azlanlin on 11/07/2008 10:54 AM said...

To Jinggo:

seseakli bleh singgah...no hal.. best jugak dpt jumpa kgkawan lama-lama..kan?

azlanlin on 11/07/2008 10:55 AM said...

To Shifu67:

2 org awek tu mmg watak utama.. mamat tu je watak tambahan..heheh. Hero Samseng Kampung Dusun! Wakakaka

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template