Dalam pada aku merayau-rayau dan mengunjungi rumah kawan-kawan maya, aku menjumpai hasil idea penulis dan diselitkan dengan pengalamannya sendiri. Boleh jenguk di sini. Aku tak mengedit langsung hasil penulisannya.
Sebenarnya telah lama saya memendam tajuk ini. Ini adalah kerana perkara ini adalah sangat mengganggu perasaan saya. Namun saya menyedari akhirnya, sindrom ini bukan tiada ubatnya. Ubatnya ada dan caranya sama dengan anak ke tiga ke sepuluh atau anak keberapa sekalipun.
Berbalik kepada prinsip yang saya percaya, setiap sesuatu itu ada puncanya. Jika di hujungnya salah, maka lihatlah kepada punca itu. Seterusnya rawatlah punca itu dengan saksama. Bagi saya adalah mustahil atau susah untuk menyelesaikan sesuatu itu tanpa mengetahui puncanya.
Sebenarnya, perkataan ini muncul bila saya tengok Dr Fadhilah Kamsah dalam TV atau majalah saya tak pasti. Tapi dia mengatakan ada perkara ni. Sindrom ini terjadi bila mana satu2 keluarga tu meminggirkan anak kedua lantaran anak pertama tu dia sayanglah sebab yang tu anak pertama. Then bila ada anak ketiga, dia akan rasa terpinggir sebab anak pertama masih tak hilang prioriti dia dan anak ketiga dimanjakan sebab dia yang paling kecik.
Keadaan ini sangat padan dengan orang yang saya perhatikan. Saya rasa betul dia kurang diperhatikan oleh ibubapanya sehingga dia jadi begitu. Namun begitu, anak kedua akan cepat pandai berdikari sekalipun mereka sukar difahami.
Berbalik kepada permasalahan yang selalu timbul dalam hidup mereka, puncanya hanya itu. Mereka kurang mendapat perhatian ibubapa. Setelah itu, mereka terjebak dengan kehidupan yang kurang mendidik di luar rumah. Maka perangai tak elok itu akan trus menjadi sebati dalam kehidupan mereka.
Sekalipun di umur mana mereka, apabila sahaja kita ingin membantu, kaedah bercakap secara lembut saya rasa jarang gagal. Sekalipun gagal, kita telah mencuba untuk mengubah mereka bukan? Mungkin ketika bercakap atau menasihati mereka, adalah lebih baik duduk di sisi mereka dari duduk berhadapan. Kerana apabila kita berhadapan, tidak ada galakan untuk kita menyentuh mereka dan apabila mereka memandang wajah kita, mereka pula akan malu bersuara.
Berbanding duduk di sisi, kita akan mudah untuk memeluk bahu mereka dan mereka akan bercakap dengan kita tanpa rasa malu. Memang dorongan untuk menasihati pada setiapp orang itu adalah pekerjaan yang susah. Sekalipun kita pandai berceramah di khalayak ramai namun bagaimanakah sumbangan kita bila kita hanya berduaan dengan mad'u (iaitu golongan yang didakwah).
Sebenarnya, saya terlalu lama mahu mendekati satu jiwa ini kerana saya sayangkan dia. Tapi adalah susah untuk melakukan ini kerana saya melihat dia terus2an tidak mendapat sokongan ahli keluarganya yang lain. Namun saya cubalah juga melakukan sesuatu yang terbaik dan semoga hati itu berubah.
Apabila melihat Usamah (my 2nd son) saya sering berdoa, semoga sindrom ini tidak menguasai dia. Saya sedar adakala benar saya melayan dia seperti yang saya nyatakan di atas. Namun saya pohon, kebanyakan masa agar saya sedar saya meminggirkan anak dan saya akan memperbaiki keadaan tanpa lengah.
Usamah, kalau umi terlebih garang ke, bukan sebab umi terlebih sayangkan kakak, atau kadang umi tak cubit Uwaiys atas satu kesalahan yang sama bukan sebab umi tak sayangkan Usamah. Umi sayangkan Usamah sama macam Umi sayang kakak, Uwaiys dan Arwa. Cuma Usamah perlu banyak belajar sbb tanggungjawab umi, bagi anak2 umi besar dalam keadaan yang terdidik. Maafkanlah umi ye kalau umi ada terlebih ganas dengan Usamah...
Buat jiwa yang saya ingin dekati itu, jika terbaca ini maka ketahuilah, yang 'Kak sayang sangat pada hang, semoga ALLAH akan memberikan hidayah pada hang sesegera yang mungkin. Umur kita makin pendek. Jangan turutkan sangat layanan orang pada kita kerana ALLAH sentiasa bersama dengan kita.'

5 Coretan Lain:
salam cikgu..
kami 3 bradik..
sy anak sulung..
adik no 2 mmg punya rs rendah diri sikit..kerana adik k3(bongsu) mmg dimanjakan..aank sulung lebih berdikari..
namun sumenya hanya seketika..kini bila kami sume dah dewasa ..moment itu sgt indah utk dikenang..
adik no 2 kini sedang menjalani proses bgmana mndidik 3 anaknya agar tidak terjadi sindrom tidak seimbang..
“ Syafiq ni memang lain…saya kenal dia sebab dah 2 tahun saya mengajar dia… Dulu saya hairan dia tak pernah fokus dalam kelas, tak buat kerja rumah, buku selalu tinggal ..tetapi dia boleh dapat A. Saya pernah cakap dengan murid² lain.. dia tak buat kerja rumah tak pa…tapi mesti dapat A. Saya tahu otak dia bagus…tetapi Syafiq..semakin lama kita belajar..semakin tinggi tingkaran kita, pelajaran semakin susah, banyak maklumat yang perlu kita ingat..awak kena ubah cara belajar..awak mesti lebih rajin…bla..bla…bla….”
Itulah lebih kurang kata2 cikgu kelas anak ke-2 saya setiap tahun....
Saya pernah dipanggil oleh guru kelas kerana masalah Angah. Angah juga pernah di hantar untuk menghadiri kaunseling kerana ” melawan arus” begitu. Saya kenal anak saya dan saya faham apa yang ingin cikgu katakan.
Mungkin dia ada photographic memory. Apa yang telinga dia dengar atau dia nampak, dia ingat sampai bila-bila. Kita kena perhatikan ke mana minat dia menjurus. Jangan kita pula melawan arus.....
Nak kata manja..rasanya kesemua anak2 saya sangat manja...hehehehe
ikut acuan mak dia kot
Menarik!
Rasanya saya juga pernah bercerita tentang anak kedua. Selalunya anak kedua ni sama ada dia benar2 hebat atau benar2 merundum..Kenapa gitu ek?
Rasanya mengetahui bahawa dia disayangi dan diperlukan dalam keluarganya sangat penting untuk anak kedua kerana dia perlu tahu dimana dia berada...
Dah penah baca artikel ni dulu, dari blog sitisifir.
Ia mengingatkan saya dgn satu artikel lama yg saya baca. Isinya adalah huraian ringkas ttg anak 1-3. Saya tak ingat semuanya, tapi sebahagiaannya adalah spt berikut;
Anak pertama : manja tapi berdikari, mengalah dan bertanggungjawab
Anak kedua : Sensitif dan memendam rasa. Keras dan tegas.
Anak ketiga : Manja, sensitif dan bergantung.
Mudah utk kaitkan perbandingan sikap saya dgn kakak2 sbb kami 3 beradik.
Aduhai... Saya ni anak ke 3... huhu...
ermm sy ditakdirkan anak yg kedua dlm family..
tp masalahnye yg sulung dah arwah sebelum saya lahir..
maka adakah saya dikira anak pertama?
kerana mak manjakan saya juga.. apa2 pon mak mesti dulukan saya..
kerana adik lelaki di bawah saya agak keras orangnye..kesian pulak saya tgok dye..huu~
Post a Comment