Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan.
“Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.
Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya.
Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”. Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan.
Your comment is awaiting moderation.
Banyak justifikasi yang boleh dilihat daripada penerangan maksud ‘politik’ yang digambarkan oleh minda seorang ‘anak’. Walau simple tetapi mendalam.
1. Sudut Investor :
>> Mencari ruang dan peluang ‘perniagaan’ baru apabila pemerintah ‘lena’ dan ‘tertidur’ akibat ruang keselesaan yang diwujudkan oleh investor. Peluang datang sesekali apabila orang sekeliling leka.
2. Sudut Pemerintah:
>> Mudah leka dan pekak apabila timbul isu yang diluarjangka. Mindanya terarah dan tidak kreatif dalam mengawal selia pergerakan investor. Bayangan dan gambaran yang diberikan tentang perjalanan bisnesnya cukup melelapkan mata pemerintah. Hati-hati wahai pemerintah!!!!
3. Sudut Kelas Pekerja:
>> Menerima apa jua imbalan yang sedang, akan dan bakal diperolehi tanpa menilai baik dan buruk. Selagi mendatangkan penuh poket hasil kerja yang ditawarkan oleh investor cukup lumayan…jadi ajer.. Janji masyukkkkk!
4. Sudut Rakyat:
>> Keperitan dan kepayahan apabila ditimpa musibah sukar diselesaikan sendiri perlu dirujuk kepada pemerintah. Walhal, pemerintah sedang leka dan asyik masyuk lena yang diulit mimpi indah hasil bayangan yang diberikan oleh investor cukup memberangsangkan.. Kepada siapa lagi rakyat hendak megadu nasib? Pemerintah ooo pemerintah… hehehhe
Kesimpulan:
>> Pemerintah harus ada ’super power’ yang cukup padu. Kalau sekadar menempel di sebelah investor untuk mencari kekuatan meneruskan kuasanya, pastinya akan leka dibuai mimpi indah tanpa memikirkan kebajikan rakyat. Maklumlah, pemerintah yang selesa! Oleh itu JATI DIRI dan pembentukan halatuju amat penting…
Hehehehhe… ada komen lain? Pemerintah..ooo..pemerintah!
Gabungan setiakawan, jujur, amanah, bertanggungjawab, memahami, alert dan telus amat dalam memainkan peranan amat-amat penting...
APA KATA ANDA?
3 Coretan Lain:
Salam...
hehehehehe...copy jak...(dah copied kan..)
riani tak kisah laa...sebab sharing is caring...lagi best kalau org2 yg terlibat dgn politik ni baca...simple example dengan makna yg mendalam..
thankssss daklan :D
keh keh keh...
mmg 'lena' sesajer....
Jika pemerintah, investor dan kelas pekerja hidup tanpa garis panduan iman, memang itulah yg terjadi. Tapi segalanya mampu dipulihkan jika kalam Allah kita jadikan sebagai suluhan laluan.
Post a Comment