Nov 24, 2008

Buat seorang sahabat

Pepagi lagi, hp aku berbunyi lagi... ada sms bertandang. Ada note bersama dengan sajak yang ringkas dan padat. Daripada seorang SAHABAT.

(Terciptanya sajak ini adalah atas rasa kekaguman dan dan hormat yang wujud setelah aku semakin tahu kebenaran tentang siapa dirimu)

Mengenalimu
Adalah suatu kebetulan
Adalah anugerah daripada Allah
Semakin mengenalimu
Membuat aku kian leka
Di laman waktumu
Menyingkap setiap helaian
Watak dan perwatakanmu

Namun
Semakin mengenalimu jua
Membuat aku semkain takut
Akan satu KEHILANGAN..


5 Coretan Lain:

Rashid on 11/24/2008 3:19 PM said...

sesungguhnya hati mudah tersentuh apabila bersama seorang yang bergelar sahabat..

Tirana on 11/24/2008 4:30 PM said...

Mengenalimu satu ketentuan
yang telah ditakdirkan
berbunga harapan
yang kian kembang..

Usah takut pada kehilangan
kehilangan pada jasad
tidak bermakna kehilangan pada hati
di situ bersemadinya ingatan
untuk selamanya...

Kujie on 11/24/2008 5:34 PM said...

kita tidak akan kehilangan apa yg kita tidak miliki, kalau takut kehilangan jangan berani untuk memiliki.

Brahimnyior on 11/24/2008 5:47 PM said...

Persahabatan yang hakiki sukar dicari. Hari ini, manusia suka hipokrit dalam hubungan sesama insan. Mungkin aku pun ada sikap itu, tapi aku masih berharap dapat kumpul ramai kawan, dan kurang bermusuh dengan orang..

JINGGO on 11/24/2008 6:26 PM said...

cgu azlan - seronok hidup ada kawan yg tahu meletakkan kita ditempat yg betul....dan apa sikap kita kalau ada kawan yg tak tahu meletakkan kita di tempat yg betul......

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template