Mar 20, 2008

Surau At-Taqwa

Ceramah Maulidur Rasul


Malam ini ceramah Maulidur Rasul berlangsung dengan jayanya di Surau At-Taqwa depan rumah aku. Penceramahnya dijemput khas oleh Tn Haji Husaini selaku Biro Pendidikan surau. Penceramahnya ialah Prof Madya Hj Aminuddin, pensyarah UTM, Skudai. Isi ceramahnya disampaikan secara bersantai tetapi penuh makna. Memberikan gambaran jelas tentang masyarakat kita selaku umat Islam khususnya kepada diri kita sendiri yang jauh tersimpang daripada landasan agama yang telah dibawa dan disebarluaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya.

Kupasan tentang teori Dr Fadzilah Kamsah berkaitan umat Islam yang tersasar mendirikan solat.... terdetik juga kat hati aku... menusuk kalbu. Juga kita seharusnya seimbang untuk dunia dan akhirat dalam kehidupan ini.



Berkaitan analogi keseimbangan hidup itu, beliau memberi gambaran mudah tentang kaitan studentnya di UTM. Untuk memiliki segulung ijazah di UTM, student perlu menghabiskan sejumlah 134 kredit. Tidak boleh tidak, setiap subjek yang ditawarkan perlulah mendapatkan kelulusan yang baik. Barulah layak untuk mendapat segulung ijazah! Begitu mudah analoginya untuk kita fahami. Oleh itu, untuk keseimbangan hidup, kita perlu menjalankan ibadah khusus dan umum.

Ibadah khusus (rukun Islam - tanggungjawab sebagai hamba Allah) menjadi keutamaan untuk dilaksanakan. Manakala ibadah umum ialah tanggungjawab kita sebagai manusia dan masyarakat di bumi Allah. Contohnya, jalankan tanggungjawab dengan cemerlang sebagai pekerja, usahawan ketua masyarakat atau ketua keluarga, berjiran dan sebagainya. Keseimbangan ini membuatkan "pakej" sebagai umat Islam menjadi lengkap. Jika berlaku ketidak seimbangan ini, maka pakej menjadi tidak lengkap... Banyak lagi kupasan isi ceramah yang disampaikan... amat menarik dan penuh makna. Alhamdulillah.


2 Coretan Lain:

Jie on 3/21/2008 3:35 PM said...

saya rasa orang macam saya terpaksa sentiasa mengingati diri bahawa, Islam punyai dua dimensi penting – dimensi vertikal (hubungan dengan Tuhan) dan dimensi horizontal (hubungan dengan manusia).

Walaupun kita mungkin “selekeh” dalam aspek beribadah kepada Allah, sekurang-kurangnya kita dapat “cover” keselekehan tersebut dengan cara menggembirakan hati manusia lain.

kita boleh mengambil sikap pasif, yakni tunggu dan lihat tetapi tentu lebih afdal sekiranya kita yang prihatin boleh juga mengambil sikap "bangun membuat."

DakLan ..boleh!

Jie on 3/21/2008 3:37 PM said...

silap post la pula..patut utk entri atas ni..nk pindahkan boleh ke daklan?

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template