Mar 20, 2008

Kepimpinan..Pemimpin..Memimpin..Dipimpin

Selesai sesi ceramah dan solat Isyak, jamuan disediakan kepada jemaah yang hadir di surau. Aku dan beberapa orang rakan membantu untuk menyediakan makanan dalam dulang. Sambil mencedok, Wak Tukijan yang sedang mencedok nasi Beriani Gam daging sempat juga dia mencuit aku.

"Cikgu, amacam kalau kita tubuhkan cawangan di taman kita ni? Cikgu jadi pengerusi boleh?" kata Wak Tukijan yang memang terkenal sifat tanggungjawab sosialnya di surau mahupun dengan masyarakat.

"Eh, cawangan apa pulak ni wak?" tanya semula.

"Alaaa cikgu ni, sayang la kalau taman kita takde cawangan UMNO" balas Wak Tukijan lagi.

Aku memahami minat Wak Tukijan dengan kerja-kerja sosial ni. Minat sungguh dia. Sesuai sungguh dia kerana dia memang terkenal di keliling taman perumahan aku ni. Maklum le, dia ni pemandu bas sekolah. Ramai yang kenal dia dan dia juga kenal ramai orang. Maklum le, dah lama dia menetap di Kluang semenjak sebelum pencen askar lagi.

Aku ingat lagi pada pertengahan tahun 2006 (sebelum aku ke IPPM 2007) sewaktu aku dan jk belia 4B Cawangan Gerbang Bersatu menganjurkan pertandingan Futsal untuk 4 kategori. Wak Tukijan seponsor makanan kepada JK Belia 4B. Bagus wak ni...

"Bagi saya, saya sokong untuk tubuhkan cawangan dan saya boleh bantu. Tetapi bab nak jadi pengerusi tu wak fikir-fikir le dulu kerana di Taman Titiwangsa ni bukan calang-calang orang....ramai yang lebih berumur daripada saya wak. Lagi pun ramai ca ya nun alif. Macam mana pulak dengan di Taman Muhibbah, kat sana ramai penduduk Melayu. Lebih mudah untuk nak dekati diaorang, wak." balas aku.

"Bagi saya, itu satu tanggungjawab sosial untuk masyarakat wak. Hal-hal sosial di bandar ni, bukannya semua orang minat wak. Boleh juga saya carikan maklumat untuk menubuhkan cawangan. Boleh tunggu wak?" sambung aku lagi.

"OK cikgu, saya tunggu...", kata Wak Tukijan sambil tangannya mencedok nasi ke dulang.

Gambar hiasan
"Pian, mai sini kejap", Kebetulan aku ternampak Supiyan (jiran selang 2 buah rumah dari rumah aku) yang sedang melayan anaknya.

"Awak masih Bendahari Pemuda Mersing?", tanya aku.

"A'a cikgu, tahun ni last le kut", kata Pian, sambil menuang air ke cawan anaknya.

"Amacam, Wak Tukijan berhajat sungguh nak tubuh cawangan di taman ni. Boleh kita bantu?", tanya aku lagi.

"Bagus tu cikgu..bagus..bagus", Pian nampaknya setuju.

===========================

Analogi aku mudah, dalam melaksanakan sesuatu perkara/kerja/tugasan, bukanlah susah sangat. Sebenarnya, ramai yang berhajat dan berminat. Sayangnya, masayarakat kita lebih suka menunggu daripada bergerak atau menggerakkan sesuatu. Oleh itu, sesiapa di kalangan kita yang mampu sebagai "pencetus @ penggerak", teruskanlah dengan sifat pencetus anda. Usahlah yang bersifat pencetus, teringin dan berhajat pulak menjadi pengikut dan pelaksana.

Wallahualam


9 Coretan Lain:

echah_syed on 3/21/2008 12:52 AM said...

caiyok laaa daklan..hang mmg hebatz !

bapa mithali,huby penyayang,adik kesayangan,jiran perihatin..kalo ade anugerah mmg utk hang laa.. :)

dapat anugerah cemerlang ekk??? tahniah yaa!

Aleeya on 3/21/2008 1:00 PM said...

demokrasi terpimpin hehehe

congratssss

Sharifah Hassan on 3/21/2008 5:35 PM said...

Salam,

Menjadi pencetus biasanya perlu ada hala tuju berbanding pelaksana yang hanya menanti di arah kan tujuannya...manakala si pengikut yang hanya akan menyokong padu apa jua yang mendatangkan keuntungan bagi pihaknya sendiri...berapa ramai yang sanggup berdiri di barisan hadapan?

Anonymous said...

hi everybody


great forum lots of lovely people just what i need


hopefully this is just what im looking for, looks like i have a lot to read.

azlanlin on 8/15/2010 3:05 AM said...

Pengalaman orang takkan sama dengan pengalaman sendiri. Pengalaman sendiri lebih mengajar kita untuk lebih berpijak di bumi yang nyata..

Anonymous said...

Hi Folks!

I'm looking to learn [url=http://www.maxkravmaga.com][b]Krav Maga[/b][/url]. I have some MMA experience and I'm wondering if Krav Maga is right for me. I'm looking for a mix of [url=http://www.MaxKravMaga.com][b]Self Defense[/b] and a [url=http://www.MaxKravMaga.com][b]Krav Maga Workout[/b][/url]

any input would really help me

regards

Lee

Anonymous said...

pretty cool stuff here thank you!!!!!!!

Anonymous said...

Super Webtip:
[url=http://www.singlesucht.com]anna und die liebe darsteller
[/url]

Next Webtip:
[url=http://www.kamagrapharma.com] i dont know but good[/url] www.kamagrapharma.com

Anonymous said...

HI, I just joined this community. I m from romania. I like this forum.......hope to learn lot of things here ;-)





------------------------------------------------------------------------
My Poker review blog Best Online Poker For Poker details

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template