Mar 8, 2008

Kita memilih @ Memilih Kita?

Hari ini amat penting bagi rakyat Malaysia tidak kira tua, muda, kecil besar, kurus, gempal, perawan atau peria....semuanya turun ke pusat mengundi. Rata-rata kumpulan tertentu udah menyemak daftar masing-masing di internet dengan kemudahan yang disediakan oleh SPR. Yang tiada kemudahan internet, ada yang menyemak pendaftaran menggunakan sms. Namun ada juga yang masih menyemak tempat dan laluan yang perlu diikuti di tempat mengundi.

Teringat juga DakLan semasa tahun 1999 lalu, DakLan kena mengundi di Kelantan...hahahahha.. jiwa kacau sungguh, entah kenapa nama DakLan udah beralih ke Kelantan la pulak... Gitu le aturan-aturan yang tidak mengikut aturan agar teratur sesungguhnya.

Pada tahun 2004 lalu, tempat penyemakan daftar mengundi agak kelam kabut di Kluang. Ramai orang bersesak-sesak, laluan/lorong mengundi tak banyak dibuka dan disediakan di sesebuah tempat mengundi. Untuk tahun ni, agak mudah, tersusun dan tak kelam-kabut.

Jam 11.30 pagi, barulah DakLan dan Mem Besar menghala ke tempat mengundi. DakLan mengundi untuk DUN Mengkibol bertempat di SM Teknik, Kluang. Selesa sungguh kerana orangnya dah tak ramai...mungkin diaorang dah keluar awal atau laluan mengundi dah banyak dibuka....

Satu undi untuk DUN Mengkibol dan Parlimen Kluang

Kemudian, kami bergerak ke DUN Mahkota pula untuk Mem Besar mengundi di Dewan Raya Kg Melayu. Juga tempatnya amat luas dan selesa. Pegawai SPR juga boleh jalan-jalan...hheheheh.

Satu undi untuk DUN Mahkota dan Parlimen Kluang


Semasa dok ambil gambar Mem Besar, sempat juga DakLan berborak ngan Pegawai Polis yang bertugas di pintu masuk laluan mengundi. Katanya, terpaksa impot pegawai polis lain yang berkursus di Johor untuk menjaga pusat mengundi di Kluang... Bagus tu..

Tempat semakan SPR yang agak lengang

Semoga kita memilih ikut gerak hati dan bukannya ikut perasaan. Ini kerana, apa yang kita pilih, bakal masa depan untuk anak-cucu kita.... berhati-hati menggunakan hati dan minda!

6 Coretan Lain:

bangchik on 3/08/2008 8:29 PM said...

ada gambo mengundi?.. interesting. Kami mengundi jugak ditempat lama. tapi macam tidak ada Q saja... Nampak gaya macam pusat mengundi dibanyakkan...

Peraih undi pun tak galak..macam dua pilihanraya lepas. Sunyi dan senyap. Yang jadi calon, dua-duanya (yang belah tu dan belah ni)Bang Chik kenal dan rapat... haha.

Akhirnya kami dapat ziarah kawan2 lama.... dengan minyak/tol berbayar.

Aleeya on 3/08/2008 8:30 PM said...

pilih ikot hati..mati
pilih ikot rasa..binasa..
hmmm....

eedany on 3/08/2008 11:04 PM said...

kita first time ngundi tadi.

debar2 juga tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...

bestnya pengalaman pertama itu :)

cikscarlet on 3/13/2008 12:54 AM said...

sy kene jaga saluran 1..so pengundi berumur 60 hingga 100 umurnya...dah tau tua sgt yg dtg mengundi..majoriti pengundi berbangsa cina..

Jie on 3/13/2008 11:00 AM said...

Sy bertugas di saluran 2, mengundi di saluran 1 dan hanya satu itulah salurannya..hehehehe

NORLELA ZUBIR on 3/13/2008 1:49 PM said...

Assalamualaikum.
En. Azlan,

Saya suka panggilan 'Mem Besar' buat isteri tuan itu! Saya pun dipanggil 'Mem Besar' oleh suami saya.

Ketika hendak menunjuk ke arah rumah kami dari jalan besar kepada sesiapa yang datang berziarah, suami saya berkata : Itulah rumah Mem Besar!

Saya rasa gelihati tetapi selesa betul dipanggil begitu... Hehehe!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template