Mar 24, 2008

Untuk Bacaan Semua

Bacaan Suami 20an,30an,40an,50an dan 60an

(rujukan : TiraiHidup)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah

===============================================

Walaupun tindakan yang disarankan kelihatan mudah untuk dilaksanakan, rasa-rasanya boleh dihitung dengan jari....berapa ramaikah yang melaksanakannya. Kekadang, kesibukan menghantui kehidupan, maka perkara-perkara kecil seperti itu dilupakan. Itulah kita..mudah alpa...

Juga, adakah saranan di atas hanya disarankan kepada para suami sahaja? Bagaimana pula di pihak isteri? Tentunya menarik jika diselangselikan tindakan itu seumpama saling ingat-mengingat... Yang pastinya, tentu banyak pasangan yang kekok untuk bersituasi sedemikian waima terhadap suami @ isteri masing-masing. Maka, tolaklah "ego" dan "malu" masing-masing...apa salahnya....

APA PULA KATA ANDA?


13 Coretan Lain:

muadzlife on 3/24/2008 1:29 PM said...

oic..:)
mmg elok hubungan suami isteri dipereratkan ..

azlanlin on 3/24/2008 2:44 PM said...

To Muadzlife:
>>memang senang nak dikatakan elok utk dipereratkan...cuma berapa banyak pasangan yg tahu utk mengeratkan sesebuah hubungan.... tu nak kena tambah-tambah ilmu di dada dengan pembacaan dan berkursus.... x gitu muadzlife?

mama ranggie on 3/24/2008 4:28 PM said...

thanks for sharing...

bagus jugak ni...

cendawanintim on 3/24/2008 4:55 PM said...

Tima kasih tuk info...bila memasing sibuk cam saya nih, elok nor refresh mende2 camnih....

azlanlin on 3/24/2008 5:40 PM said...

To mamarangie:

tkasih kembali.. kongsi2 utk kepentingan bersama... apa yg bagusnya mamarangie?

azlanlin on 3/24/2008 5:42 PM said...

To Cendawanintim:

tkasih kembali kerana sudi bertandang.. semua org sekarang merasakan sibuk, cuma kekadang perkara yang mudah kebiasaannya dilupakan kerana kesibukan..betul ke cenggitu cendawanintim?

cendawanintim on 3/24/2008 9:13 PM said...

betul....saya stuju........hikhik

azlanlin on 3/24/2008 10:01 PM said...

To Cendawanintim:

>> jadi bagaimana cara hendak mengubah rutin kebiasaan yang dilakukan tu cendawanintim khususnya berkaitan n3 tersebut? Boleh juga jika para isteri yang memulakannya...pastinya kembang-kempis hidung si suami..cuba lah...

ct on 3/24/2008 10:28 PM said...

Patutlah ctnurani tuuu makin lama makin slimm,,,pulak tu cenderung untuk menghias diri....

Jie on 3/25/2008 6:15 AM said...

panduan suami isteri ke?

ckp lebih² nnt org kata tunjuk pandai, maklum sy tak de degree berjela²mcm pakar² motivasi tu.

Satu saja nk cakap...

What you give you get back- 'kalajengking'

azlanlin on 3/25/2008 9:09 PM said...

To CT:

Agak2nya, CT dah memang slim dan sentiasa menghias diri...kalu lebih lagi drp dulu...nampak gayanya...mcm ada 'sesuatu' yg xleh nak diceritakan di sini jer..kan yek?

azlanlin on 3/25/2008 9:13 PM said...

To Jie:

Boleh juga sbg:

>>Panduan - jika dianggap panduan...
>> Bacaan tambahan - jika mengganggap begitu..

Bagi DakLan, segala yg baik dan buruk semuanya dianggap ilmu utk dijadikan teladan mahupun sempadan...

Kalajengking: kuat menggigit tu.. hik..hik..hik..!

azlanlin on 3/25/2008 9:15 PM said...

To Jie:

WYGYGB .... bukan ke mcm ikut warna keliling ketika mana ia berada?

>> sekadar bertanya pd MasterJie...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template