Petang :
Aku bergerak pulang ke Kluang melalui highway ke Muar. Teragak2 aku untuk melalui jalan lama atau menaiki higway untuk ke Kluang. Di pertengahn jalan, aku terpandang signboard highway Merlimau. Aku mula kompius. Akhirnya aku nekad terus membelok kereta menuju ikut arah higway. Aku pun belum pernah cuba melalui jalan itu. Jenuh juga gayanya.
"Mira, ayah ada belikan hadiah untuk Mira tau!".
Aku masih teringat lagi ayat itu. Sebab itulah semalamnya aku bergegas ke Mahkota Prade untuk carikan novel untuk anak sulung aku. Nampak gayanya, watak keanak-anakannya sudah mulai berubah. Aku pernah terpandang dia membaca novel yang dipinjamkan daripada kawannya. Tajuknya macam menarik. Aku kena terima hakikat bahawa anak aku sudah mulai meningkat tahap pemikirannya.
Untuk membaca novel2 ni rasanya aku dah tinggalkan tabiat ni kerana minat aku lebih cenderung kepada psikologi dan komunikasi. Maka pembacaan aku lebih menjurus kepada minat aku. Lantaran itu, aku dan mem aku juga perlu menanamkan sikap dan minat membaca dalam diri anak2. Dengan pembacaanlah, sikap dan sifat kematangan kita akan timbul. Insyallah.
Jam 5.50 petang aku saja keluar tol Simpang Renggam. Maklum la, rindu kat bengkel beb! Lama dah tak dijengah!. Sebenarnya, aku rindu nak tengok enjin Nissan 1.6 tu...hahahahha. Ada jugak la aku belek2kan kete2 yang sedang direpaire. Semuanya "turun" enjin!(overhaul). Ada Kia Carnivall, Honda Ferio, Iswara. Waduh...arap2 pomen2 aku tabah untuk masa depan diaorang jugak. Insyallah!.
Semasa aku nak lajak balik ke Kluang, Ijan minta aku belikan compressor aircond untuk Honda Civic yang sedang di repaire kat bengkel tu. Ok je aku sebab, esok aku akan bawa barang2 sparepart utk stok raya nanti!.
Malam:
Kami sekeluarga ke KFC Taman Intan. Saja utk birthday Mira (along) pada 15/8/07 lalu.
Aug 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Coretan Lain:
Betul tu saudara azlanlin. kita dapat kenal orang yang banyak membaca dan tidak membaca. orang yg banyak membaca dapat bercakap dan menulis dgn lebih baik dan penuh dgn isi. bukan cakap kosong.
Post a Comment