Aug 13, 2007

Kenal dan pastikah masalah kita?

Semua orang menghadapi masalah! Hanyalah membezakan bagaimana cara kita menangani masalah tersebut.

Kebanyakan daripada kita lebih mudah menggunakan pendekatan 'menuduh'. Orang yang suka menggunakan ayat tuduhan adalah orang-orang yang mempunyai sikap tidak mahu bertanggungjawab ke atas masalah yang sedang dihadapi. Kita percaya bahawa kita tidak ada kena-mengena dengan punca masalah tersebut. Kita lebih mudah menuduh orang lain adalah pihak yang mesti bertanggungjawab ke atas masalah itu.



Walau bagaimanapun, 'tuduhan' tidak berguna untuk menyelesaikan masalah, mengapakah kita suka menuduh orang apabila menaghadapi masalah? Tabiat buruk ini datang daripada cara berfikir yang salah. Kita selalu menyangka, kalau ada masalah, cara menyelesaikan masalah itu ialah mencari punca itu ialah "orang", lalu kita pun mencari orang yang kita rasa menjadi punca masalah itu. Masalah boleh diselesaikan, tetapi orang tidak boleh diselesaikan. Oleh itu usah cuba menyelesaikan orang apabila ada masalah. Tumpukan fikiran kepada masalah itu, jangan tumpukan fikiran kepada orangnya....!



Wallahualam!

p/s : jika kita telah kenal dan pasti masalah yang dihadapi, maka 75% daripada masalah terebut adalah telah SELESAI... just fikirkan caramana untuk menyelesaikannya!

2 Coretan Lain:

TokNabe on 8/13/2007 5:44 PM said...

Nak tinggalkan komen pun kena block...ni dah pastikan masalahnya. Habis macam mana nak buat. Macam mana...nak update blog sdiri pun kena block. Nak salahkan sapa? Sapa harus dipersalahkan...Salahkan diri sendiri sebab sapa suruh buat blog dan sapa suruh update. Habis cerita.....

azlanlin on 8/14/2007 12:56 AM said...

PDGN : ada benar pdgn bro tu... cuma kaeda itu boleh selesai utk jangka masa pendek. Ttp dlm jiwa tetap "merengkam".cuba kita fikirkan tunjang masalah yang sebenar dan cari pndekatan utk cara atasi...

1. Cuba gunakan saluran utk berbincang dgn GITN, ttg masalah yg dihadapi.

2. Salahkan diri sendiri juga kurang relevan krn masalah tersebut tak akan selesai. Just utk kepuasan jgka pendek! Tetapi jiwa tetap merasai pedihnya.

3. Permulaannya kita melihat masalah dengan pendekatan 4 sudut (kiri, kanan, depan dan belakang).. setelah itu, kita analisa masalah tersebut degan cara melihat permasalahan itu dari sudut atas untuk membolehkan kita MEMBUAT KEPUTUSAN dengan saksama dan lebih relevan. Silap2 lebih kreatif pendekatan kita utk menangani masalah tersebut!

3. Kebiasaannya masyarakat meLAYU kita suka ambil pendekatan mendiamkan diri utk atasi masalah kerana mengharapkan ada 'orang lain' yg akan selesai masalah tersebut. "Kita" lebih suka menerima kesusahan orang lain untuk menyelesaikan masalah tanpa "kita" mengalami kesusahan tersebut.
- ini sikap dan sifat masyarakat meLAYU kita!...

harap2 respon ini bukanlah bermain isu, just pandangan penulis sahaja!
- harap maklum!

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template