Aug 19, 2007

Musim bertemu pusat?

Agak menarik tajuk entri aku kali ni (aku rasa le). Sebenarnya, kita semuanya tahu dan memang tahu sangat berkaitan tajuk entri ini. Cuma kita terlalu sukar menyebut secara direct dan masih ingin berkias-mias. Kekadang kias-mias ni boleh membuatkan orang tersalah tafsir. Aku mmg agak suka menyebut sesuatu secara direct! Cara begini boleh membuatkan orang lebih mudah memahami maksud yang disebut.
Kekadang kita terlalu menjaga hati orang sehinggakan kita sukar menyebut sesuatu. Akhirnya, apa yang nak disebut tertelan sendiri kerana tak mampu nak meluahkan. Kita juga yang membungkam dalam hati. Ini semuanya kerana 'nak jaga hati' orang lain kononnya!. Kita sekarang kena berani menyatakan sesuatu apa saja yang tersirat di hati.. Walau bagaimanapun, apa yang nak disebut kena lihat situasi...usahlah main redah jer... hahahha. Eh, melalut pulak aku petang2 ni... Maka pembaca tahu maksud tajuk entri ni?
Sebenarnya, aku nak menceritakan dalam entri kali ni ialah berkaitan "Walimatul urus" di umah biras aku. Just utk mempamerkan diari aku. Biras aku ni sekarang xde di Malaysia kerana ikuti rombongan Jejak Merdeka ATM yang bermula dari negara Afrika. Akan balik ke Malaysia pada 30 Ogos nanti.
Jam 2.00 ptg, aku sefamili naik Kancil aje kerana Nissan aku dah masuk wad ICU utk ditukarkan enjin Nissan 1.6. Biarkan dia je ngan pomen2 aku. Sekarang ni majlis walimatul urus lebih kepada konsep bufeet. Konsep hidang macam di kampung dah sukar nak cari lagi jika majlisnya di rumah perumahan di bandar. Proses urbanisasi agaknya! Walau hujan, majlis berjalan mcm biasa. Ramai juga tetamu yang hadir. Pengantinnya memang secocok dan warna baju yang sedondon.

Selesai menjamu selera, mem bawa anak2 utk lihat persandingan mempelai tersebut. Apalagi melaram le anak-anak aku utk bergambar!. Kamera sentiasa dibawa, kemana saja aku pergi.

Mem aku yang amik gambar nih


Amira yang mula berminat dengan kamera



Amirul juga nak tunjukkan skillnya


Tak kurang juga dengan Amir nak pamerkan skillnya amik gambar


1 Coretan Lain:

PUTRAGABAN on 8/21/2007 12:28 PM said...

salama. singgah sebentar. menarik cerita saudara bertajuk musim bertemu pusat.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template