Aug 31, 2007

8 petanda - Ikut nafsu, ikut hati atau ikut iman?

8 petanda?.... Nampak mudah tetapi payah.. Bagaimanakah anda?
Dalam merayau-rayau merdeka di alam maya ini, aku terjumpa artikel yang agak menarik dan masih berkongsi info bersama pengunjung blog aku nih.
Nak dapat 1 pun susah, inikan 8... tepuk dada tanya selera, jangan tanya nafsu, sebab ikut nafsu, nanti lesu........ Pilih jangan tak pilih, kalau tak pilih takut nanti terpilih yang hampas, tapi kalau terlebih pilih, takut pula terpilih yang hampeh... carilah yang sedang-sedang saje bak lagu Iwan yang fofular sikit masa dulu. Dari pertanyaan serta kajian juga sikit pengalaman yang ada inilah hasilnya.. Selamat berbahagia pada yg masih mencari..........
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1 :
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Pdgn Penulis: Konsep bekerjasama harus diterapkan dalam perhubungan anda. Bagi pasangan yang bekerja, maka konsep ini amat bermakna! Malukah suami membasuh kain baju dan menjemur kain di ampaian? Malukah suami mencedok nasi dari periuk untuk hidangan keluarga sedang isteri bertungkus lumus menyediakan makanan......
Petanda 2:
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Pdgn Penulis: Jika ada pasangan yang hipokrit dan mengada-adakan sifat dan sikap yang diingini pasangan maka, cubalah baiki sikap anda. Lakukan tindakan yang anda lakukan dengan bersahaja dan bukannya berlebih-lebihan.
Petanda 3:
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Pdgn Penulis : Deria batiniah adalah tahap yang agak sukar untuk dicapai tetapi masih boleh dibaiki dengan kaedah menambahkan ilmu "empati" dalam diri anda. Empati yang tinggi terhadap pasangan mampu mengubat dukalara...(ye ke bahasa ni...)
Petanda 4:
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Pdgn Penulis: Perasaan ini akan wujud secara spontan apabila anda saling lengkap melengkapi dari sudut fizikal, emosi dan spiritual. Kewujudannya akan melahirkan ketenangan dalam jiwa anda. (Kata orang kampung aku : tengok bumbung rumahnya pun jadi le....ehhheheh).
Petanda 5:
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang- surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali.Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Pdgn Penulis: Susah dan senang sama-sama menempuhnya. Segala kesukaran yang ditempuh, akhirnya kebahagiaan yang dituai. Namun, ada sesetengah pasangan yang mendominasi akan cuba mengaut kesenangan dan apabila susah akan cuba melarikan diri. Melarikan diri pula harus dilihat dari tidak mahu menyusahkan diri.
Petanda 6:
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya.
Pdgn Penulis : Ada sejarah silam yang hitam yang harus disimpan jika ia memudaratkan. Namun, ada baiknya kisah keluarga pasangan adalah dijadikan kisah keluarga anda juga. Sama-sama berkongsi maklumat dan idea.
Petanda 7:
Setiap orang! pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Pdgn Penulis : Kekurangan harus dilihat dari sudut positif! Kekurangan sifat dan sikap yang boleh dibaiki SEHARUSNYA dibaiki agar ia menambahbaik hubungan kasih sayang sesama pasangan.
Petanda 8:
Bila merasa rahsia, kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
Pdgn Penulis : RAHSIA, isu yang amat penting untuk disimpan oleh pasangan anda. Ada baiknya, rahsia tetap menjadi rahsia dan bukannya rahsia itu diceritakan kepada orang lain....
Kepada pembaca blog, jika anda memiliki pandangan tersendiri berkaitan isu ini, sila komen dan pastinya akan dimasukkan dalam entri ini untuk tatapan pembaca lain. Terima kasih.
sumber : Kerepek

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template