Aug 31, 2007

Merangsang Keghairahan...

Setiap individu khususnya kanak-kanak memiliki naluri ingin melakukan sesuatu. Keghairahan ini seharusnya dirangsang oleh kita untuk kanak-kanak terus menerokai. Namun begitu, kita harus mengetahui ruang-ruang tertentu yang boleh dan tidak boleh untuk diterokai. Kita juga seharusnya mampu menjustifikasi dan menjelaskan mengapakah ruang-ruang itu sama ada boleh atau tidak untuk terus diterokai.

Penerokaan ruang-ruang di sekeliling mereka itu akan memberikan pengalaman yang penuh makna. Dalam tempoh itu, kita seharusnya menyediakan ruang-ruang untuk kanak-kanak melakukan kesilapan dalam dalam proses menerokai. Ruang yang kanak-kanak terokai juga seharusnya yang mampu mengikut tahap keupayaan mereka.
Ruang-ruang yang kita sediakan untuk kanak-kanak juga mampu mewujudkan keyakinan diri dan jumlah tenaga yang dikeluarkan dari dalam diri mereka. Tenaga dalaman yang dikeluarkan adalah hasil momentom yang diberikan oleh kita. Kanak-kanak diibaratkan kain putih, hanya kita yang mencorakwarnakan diri mereka dan dengan keizinanNya, Insyallah. Cubalah sesama kita renungi perjalanan sejarah hidup kita sedari kecil, apa dan bagaimana kita melaluinya hasil corak dan pola warna yang digambarkan oleh kedua orang tua kita. Adakah berwarna-warni atau hitam dan putih sahaja?
Hitam dan putih kehidupan adalah hasil pencorakan yang terhad dan berteraskan perkataan 'jangan', 'cukup', 'nanti' dan bermacam-macam perkataan yang menghadkan kreativiti dan inovasi diri. Maka, sempena bulan merdeka ini, sesamalah kita bermuhasabah diri dengan mengeluarkan diri kita dan keluarga kita dari belenggu yang dijajah oleh warna hitam dan putih.

Ini adalah secebis warna-warni kehidupan sempena merdeka dan kepercayaan kepada anak-anak.

Amira, Amirul dan Amir diberi kepercayaan untuk membasuh kereta kancil mama.

Ayah sentiasa menyediakan ruang tugasan mengikut tahap anak-anak.

Anak-anak diberi ruang untuk melakukan ruang kesilapan dalam penerokaan.


Penerokaan juga mampu mewujudkan sikap kerjasama dan keserasian dalam keriuhan.



Basikal masing-masing juga perlu dicuci
Anak-anak diberi pilihan ruang masing-masing (privacy place).



Kepuasan tergambar di wajah mereka walaupun kepenatan. Ruang basah lenjun juga diberi kerana keadaan itu masih bersesuai dengan diri kanak-kanak.

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template