Aug 22, 2007

Kisah Malam Pertama!

Tajuk entri ini juga agak menarik! Aku agak gemar menimbulkan persepsi dan spekulasi orang sekeliling aku. Apa yang di minda mereka dapat dibaca dan ungkai. Ini kerana kebanyakan kita mudah menafsir apa yang tersurat (nilai yang bernilai 90%) dan jarang kita memikirkan yang tersirat! (nilai yang bernilai 10%).

Sejak dua malam lepas lagi, barang-barang keperluan telah disiapkan. Semua keperluan mengikut senarai pada kertas telah dimasukkan ke dalam beg pakaian. Persiapan perlu segera untuk tidak dalam keadaan kelam kabut. Aku kagum sikap ini! Inilah sikap anak kedua aku. Amirul terlalu teruja untk mengikuti rombongan sekolah agamanya ke Kuala Lumpur. Sebelum ini berkali-kali menelefon aku walaupun aku berada di Melaka untuk meminta kebenaran mengikuti rombongan sekolahnya.

Alhamdulillah, komitmen guru-gurunya amat aku kagumi kerana masih memiliki minat yang tinggi untuk memberi pengalaman langsung dalam diri kanak-kanak yang akan diperlolehi semasa rombongan tersebut.

Jam 11.00 malam, aku keluar sefamili ke Taman Intan untuk ngeteh dan mengisi perut. awal-awal lagi, Amirul dah hilang selera makan, maklum le dah teruja sesangat! Aku dapat sms drp Guru Besar Sekolah Agama Seri Intan (kawan aku) mengatakan bas akan tiba jam 12 lebih... ok la tu.



Hampir jam 12.00 mlm kami sefamili tiba di perkarangan sekolah, ramai ibu bapa yang menemani anak-anak, termasuk juga aku. Inilah pengalaman malam pertama Amirul untuk belajar berdikari tanpa keluarga. Semoga perjalanan mereka selamat tiba dan kembali ke Kluang, Insyallah!





Berbaris untuk menaiki bas.


0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template