Aug 13, 2007

Nilai Etos?

Guru mesti ada nilai etos - Najib
sumber : Utusan Malaysia

PEKAN 11 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu guru memiliki nilai etos seorang pendidik bagi memastikan anak-anak bangsa mencatat pencapaian cemerlang pada dalam globalisasi sekarang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru yang mempunyai nilai-nilai etos boleh mendidik anak-anak bangsa dengan semangat atau roh yang jitu demi melihat anak-anak bangsa berjaya dan menguasai ilmu.

Katanya, nilai etos atau semangat bangsa perlu ada pada setiap guru kerana guru tidak lagi boleh menganggap profesion perguruan hanya mengajar dalam bilik darjah semata-mata.

‘‘Sebaliknya, mereka perlu memastikan anak-anak bangsa juga mendapat pendedahan ilmu dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan terutama di luar bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Perayaan Hari Guru Daerah Pekan 2007 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu anak-anak bangsa bersifat pasif dalam bilik darjah dan hanya menimba ilmu yang disampaikan oleh guru semata-mata.

‘‘Anak-anak Melayu boleh menjadi manusia yang berjaya jika diberi pendedahan dan cabaran luar.

‘‘Biarkan mereka ini terbuka minda dan mengetahui sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan yang positif, inilah harapan saya terhadap guru,” katanya.

Komen:

Kepada Guru:
Kerana nilai 'etos'lah, guru-guru sanggup "meluangkan masa" demi anak-anak didik walau sesuakr mana sekali pun. Namun, ada anak2 didik yang masih kukuh dengan sifat dan sikapnya yang 'belum nampak' nilai pembelajaran yang diperolehi sehinggakan guru-guru alami 'stress' sebagimana isu2 yang dipaparkan dalam media! Bayangkan...jika kedapatan guru-guru cuba 'lepas tangan' untuk hadapi kerenah murid yang sehinggakan ibubapa yang datang 'meluahkan emosi berang' dan bukannya berbincang! Harap-harap tidak wujud situasi 'seumpama menabur gandum'...

Kepada Ibubapa:
Diharapkan setiap isu yang dibangkitkan oleh anak-anak, cubalah fahami dan berbincang dengan guru, bukannya menunjukkan emosi tidak puas hati....guru juga manusia biasa...Pastinya setiap tindakan guru kepada anak-anak kita, ada sebabnya...

Renungan:
Setiap isu, pastinya ada masalahnya!. Usah dicari 'orang' untuk dipersalahkan. Tetapi kenali dan kenalpasti masalah dan selesaikannya. Jika cari 'orang' untuk dipersalahkan, sampai bilapun, masalah tidak akan selesai!

5 Coretan Lain:

cdeansly on 8/13/2007 3:51 PM said...

lan tak kiralah etos ke mitos ke yang jenama kereta etos memang ada. aku nak minta tolong ajarle cara nak buat markah guna excel tu downloadle kat ku

arsaili on 8/13/2007 9:51 PM said...

Setiap pihak ada peranan, ibubapa jgn serahkan bulat2 kepada guru, guru plak jangan sambil lewa...masyarakat pula kena buka mata, peka telinga...setiap tindakan kena rasional...sekadar pandangan

azlanlin on 8/14/2007 1:04 AM said...

ARSAILI : Pandangan u ada kewajarannya. Memainkan peranan masing2 amat bertepatan permasalahan ini. Ini menampakkan u berfikiran terbuka!. Jika dilihat berapakah peratusan individu yang memainkan peranan masing2 dalam banyak hal?

azlanlin on 8/14/2007 1:13 AM said...

CDEANSLY: i udah anto kat email u bro....harap2 nota tu dapat dimanfaatkan utk guru2 di sekolah u dan rakan2 sekomputer dgn u. Thanks alot! Sebar2kan ilmu yang ada, jangan jenis "makan sendiri" kerana ilmu tu akan luput jika tidak disebarkan dan dipraktikkan. Semoga nota tak tinggal sebagi nota. Thanks bro!

Pak Ngah: on 9/08/2007 6:24 PM said...

:: bila murid/pelajar berfikiran terbuka dan kritikal... banyak pihak melihat bahawa mereka perlu "dibasuh" dengan kadar segera.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template