Aug 31, 2007
8 petanda - Ikut nafsu, ikut hati atau ikut iman?
Merangsang Keghairahan...
Penerokaan ruang-ruang di sekeliling mereka itu akan memberikan pengalaman yang penuh makna. Dalam tempoh itu, kita seharusnya menyediakan ruang-ruang untuk kanak-kanak melakukan kesilapan dalam dalam proses menerokai. Ruang yang kanak-kanak terokai juga seharusnya yang mampu mengikut tahap keupayaan mereka.
Amira, Amirul dan Amir diberi kepercayaan untuk membasuh kereta kancil mama.
Ayah sentiasa menyediakan ruang tugasan mengikut tahap anak-anak.
Kepuasan tergambar di wajah mereka walaupun kepenatan. Ruang basah lenjun juga diberi kerana keadaan itu masih bersesuai dengan diri kanak-kanak.
Aug 26, 2007
Final & Finish : Projek Khas KSPK-TMK
(makan masa yang lama beb)
Ini pulak closeup bahan-bahan tersebut (paparan yang difikirkan paparan utama):
Aug 23, 2007
Dibogelkan...
Kete aku yg ditinggalkan pomen jika ada kete lain yg berkunjung ke bengkel. Bila nak siap?
Pomen dok "keghunaih" halfcut Nissan
Enjin Nissan 1.3 dah dibogelkan
Seksinya, abis enjin dan wiring dah dibogelkan!
Aug 22, 2007
Kisah Malam Pertama!
Berbaris untuk menaiki bas.
Aug 19, 2007
Musim bertemu pusat?
Mem aku yang amik gambar nih
Amirul juga nak tunjukkan skillnya
Tak kurang juga dengan Amir nak pamerkan skillnya amik gambar
Pagi yang menarik!
SINOPSIS:
Hati lelaki seperti besi.Betul kuncinya, terbukalah hati dan nampaklah segala isi. Kuncinya ada di sini. Di dalam buku ini.
Melembutkan hati lelaki adalah seperti melembutkan warna-warna garang kepada warna-warna harmoni yang mendamaikan hidup kepada pasangan. Apakah tip-tip melembutkan hati lelaki? Kebanyakan pasangan yangditemui, mempunyai pendekatan-pendekatan praktikal bagi melembutkan hati pasangan mereka yang tersendiri.
Siapa menyangka segelas air suam mampu mempertahankan perkahwinan melebihi 30 tahun. Ini perkara hebat bagi wanita mengetahui rahsia di sebalik segelas air yang mampu melembutkan hati lelaki yang dikasihi.
Aug 18, 2007
Pucuk Mati?
KOTA BHARU 16 Ogos – Sebanyak 35 peratus lelaki berumur 40 tahun ke atas di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menghadapi masalah mati pucuk.
Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr. Peter Ng Eng Pin berkata, rumusan itu dibuat berdasarkan satu kajian yang dilakukan tahun lalu di tiga negeri terbabit.
Katanya, kajian juga menunjukkan jumlah lelaki penghidap mati pucuk di negara ini hampir sama dengan keseluruhan rakyat Amerika Syarikat yang menghadapi masalah serupa.
Beliau yang menyifatkan peratusan itu begitu tinggi berkata, masalah tersebut berlaku disebabkan kebanyakan lelaki malu untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Katanya, lebih memburukkan keadaan apabila mereka cuba mengubatinya secara bersendirian dengan mendapatkan bahan ubat-ubatan atau kaedah rawatan yang tidak diperakui pihak berkuasa.
“Punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan amalan cara hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras di samping peningkatan penghidap diabetes dan sakit jantung yang amat terdedah dengan masalah mati pucuk.
“Ia menjadi bertambah teruk apabila lelaki malu untuk bertemu dengan doktor disebabkan ego mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Kesihatan Seksual anjuran Persatuan Kesihatan Keluarga Univesiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.
Persidangan kali pertama itu dihadiri kira-kira 200 doktor dan pengamal perubatan Alternatif.
Dr. Peter berkata, kebanyakan lelaki juga percaya masalah seksual termasuk mati pucuk boleh diubati dengan rawatan alternatif.
“Kajian saintifik menunjukkan hanya Viagra dan ginseng merah Korea sahaja mampu menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun pengambilan akar kayu atau kemaluan harimau tidak memberikan sebarang kesan,” jelasnya.
Harimau atau
hari-hari mau?
Menurutnya, persepsi masyarakat perlu diubah bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.
“Seks merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincang oleh masyarakat di negara ini tetapi kebanyakan KITA LUPA bahawa ia memberikan kesan kepada emosi dan tingkah laku kita,” katanya. (Kenapa kita menjadi sensitif? Adakah kerana pembentukan budaya dan adat ketimuran yang membuatkan malu-malu kucing? - pandangan penulis -)
Tambah beliau, kajian menunjukkan seramai 113 juta penduduk Asia dijangka menghadapi masalah mati pucuk pada tahun 2025.
Aug 17, 2007
Novel untuk Along
FRAGMEN NOVEL :
SEINDAH MEMORI MALAM baru berlalu. Ayam jantan belum habis berkokok memanggil penghuni desa untuk bangun menikmati keindahan awal subuh. Embun masih menitis. Kedinginan subuh memaut segenap sendi bagi sesiapa yang menggamit kehadirannya. Malam tadi hujan turun mencurah-curah bagai nak runtuh langit dibuatnya. BACA LAGI
Perjalanan ke lubuk!
Aku bergerak pulang ke Kluang melalui highway ke Muar. Teragak2 aku untuk melalui jalan lama atau menaiki higway untuk ke Kluang. Di pertengahn jalan, aku terpandang signboard highway Merlimau. Aku mula kompius. Akhirnya aku nekad terus membelok kereta menuju ikut arah higway. Aku pun belum pernah cuba melalui jalan itu. Jenuh juga gayanya.
"Mira, ayah ada belikan hadiah untuk Mira tau!".
Aku masih teringat lagi ayat itu. Sebab itulah semalamnya aku bergegas ke Mahkota Prade untuk carikan novel untuk anak sulung aku. Nampak gayanya, watak keanak-anakannya sudah mulai berubah. Aku pernah terpandang dia membaca novel yang dipinjamkan daripada kawannya. Tajuknya macam menarik. Aku kena terima hakikat bahawa anak aku sudah mulai meningkat tahap pemikirannya.
Untuk membaca novel2 ni rasanya aku dah tinggalkan tabiat ni kerana minat aku lebih cenderung kepada psikologi dan komunikasi. Maka pembacaan aku lebih menjurus kepada minat aku. Lantaran itu, aku dan mem aku juga perlu menanamkan sikap dan minat membaca dalam diri anak2. Dengan pembacaanlah, sikap dan sifat kematangan kita akan timbul. Insyallah.
Jam 5.50 petang aku saja keluar tol Simpang Renggam. Maklum la, rindu kat bengkel beb! Lama dah tak dijengah!. Sebenarnya, aku rindu nak tengok enjin Nissan 1.6 tu...hahahahha. Ada jugak la aku belek2kan kete2 yang sedang direpaire. Semuanya "turun" enjin!(overhaul). Ada Kia Carnivall, Honda Ferio, Iswara. Waduh...arap2 pomen2 aku tabah untuk masa depan diaorang jugak. Insyallah!.
Semasa aku nak lajak balik ke Kluang, Ijan minta aku belikan compressor aircond untuk Honda Civic yang sedang di repaire kat bengkel tu. Ok je aku sebab, esok aku akan bawa barang2 sparepart utk stok raya nanti!.
Malam:
Kami sekeluarga ke KFC Taman Intan. Saja utk birthday Mira (along) pada 15/8/07 lalu.
Aug 15, 2007
Ajar menghasilkan blog!
Ari ni, aku ngan sifoo Zuri ngajorkan buat blog. Kami cadangkan kepada penyelaras makmal untuk uploadkan gambar2 aktiviti sekolah utk paparan umum mengikut panitia masing2. Dia bersemangat sungguh apabila dimaklumkan mudah. Jika nak buat website, maklum le jika cikgu2 tidak berkesempatan untuk menghasilkannya. Siapa yang sanggup nak kebas2 punggung untuk menghasilkan website.Hahahaha.
Langkah menghasilkan blog :
1. Register akaun gmail
- ikut je langkah2 yang diarahkan.
2.Register akaun blog :
- ikut je langkah2 yang diarahkan.
Aug 14, 2007
Wajah baru untuk laptop aku!
Sumber : Laman web TWINHEAD Malaysia
Cuma baru2 ni, aku agak jem sikit kerana beberapa software yang aku nak gunakan belum matching dengan Vista.Kiranya Vista tu velum stabil sepenuhnya la. Software2 tu pulak ada kaitan dengan Projek Multimedia aku. Boring la.! Maka aku ambil keputusan untuk uninstall windows vista dan memberi laluan kepada windows XP!. Seumpamanya, kembali ke pangkal jalan. Maka jadilah aku pengguna XP selama sebulan.
Hari ni, sifoo zuri ada perkenalkan satu software untuk tukar paparan XP menjadi Vista. Menarik! Ini contoh paparannya: (blum upload gambar paparannya)
Jika ada sesiapa yang berhajat, letakkan komen anda dan email anda...kita kongsi...
Berminat?...apa lagi...komen le!
Wajarkah dengan kambing hitam?
Apabila kita tercari-cari "orang" untuk dipersalahkan, ketika itulah wujudnya istilah "kambing hitam". Istilah ini adalah simpulan bahasa dalam Bahasa Melayu. Bila disebut simpulan bahasa maka, sesuatu istilah itu diterjemahkan berdasarkan maksud yang "tersimpul" disebalik bahasa itu sendiri. Ini bermakna ada maksud yang tersirat disebalik perkataan itu.
Menurut DBP, kambing hitam bermaksud orang yang dipersalahkan. Seseorang akan dipersalahkan apabila berlaku sesuatu permasalahan semata-mata untuk menanggung segala masalah yang wujud. Haruslah diteliti tentang adakah seseorang itu sekadar pencetus untuk menampakkan sesuatu masalah bergolak sekian lama? Adakah seseorang itu yang mewujudkan masalah tersebut? Adakah seseorang itu perlu menanggung masalah yang sekian lama wujud?
Wajarkah kita apabila sesuatu masalah berlaku, akan ada yang menjadi kambing hitam. Sedangkan pokok permasalahan yang utama tetap tidak diperhalusi dan dileraikan kemelutnya.
Beberapa bacaan tambahan boleh dikembangkan tentang isu ini:
1. Bila digunakan sebagai metafora, kambing hitam adalah orang yang dipilih untuk dituduh sebagai penyebab atas suatu bencana. Pengambinghitaman adalah tindakan yang menyatakan seseorang, sekelompok orang, atau sesuatu itulah yang bertanggung jawab atas sejumlah besar masalah.
Bacaan selanjutnya.
Rujuk : wikipedia
2. Mencari "kambing hitam" atau senantiasa menyalahkan pihak lain merupakan suatu eskapisme yang murah dan tidak produktif. Di dalamnya terdapat kecenderungan menghindar dari kenyataan dengan mencari hiburan dengan situasi rekaan. Fenomena tersebut merupakan salah satu kelemahan sikap budaya.
Bacaan selanjutnya.
Rujuk : Kompas - http://www.kompas.com/kompas-cetak/0605/10/UTAMA/2644084.htm
3. Fitrah manusia sememangnya ingin cepat menghukum, mahu segera mencari kambing hitam dalam berhadapan dengan sesuatu permasalahan. Tetapi teori penyelesaian masalah tidak mengizinkan kita mengambil jalan pintas sedangkan latar belakang permasalahan tidak dianalisis.
Bacaan selanjutnya.
Rujuk : Koleksi Tazkirah (Muslimah) http://members.tripod.com/nuun_qalami79/ctindex_files/tazkirah5.htm
Aug 13, 2007
Kenal dan pastikah masalah kita?
Kebanyakan daripada kita lebih mudah menggunakan pendekatan 'menuduh'. Orang yang suka menggunakan ayat tuduhan adalah orang-orang yang mempunyai sikap tidak mahu bertanggungjawab ke atas masalah yang sedang dihadapi. Kita percaya bahawa kita tidak ada kena-mengena dengan punca masalah tersebut. Kita lebih mudah menuduh orang lain adalah pihak yang mesti bertanggungjawab ke atas masalah itu.
Walau bagaimanapun, 'tuduhan' tidak berguna untuk menyelesaikan masalah, mengapakah kita suka menuduh orang apabila menaghadapi masalah? Tabiat buruk ini datang daripada cara berfikir yang salah. Kita selalu menyangka, kalau ada masalah, cara menyelesaikan masalah itu ialah mencari punca itu ialah "orang", lalu kita pun mencari orang yang kita rasa menjadi punca masalah itu. Masalah boleh diselesaikan, tetapi orang tidak boleh diselesaikan. Oleh itu usah cuba menyelesaikan orang apabila ada masalah. Tumpukan fikiran kepada masalah itu, jangan tumpukan fikiran kepada orangnya....!
Wallahualam!
p/s : jika kita telah kenal dan pasti masalah yang dihadapi, maka 75% daripada masalah terebut adalah telah SELESAI... just fikirkan caramana untuk menyelesaikannya!
Nilai Etos?
sumber : Utusan Malaysia
PEKAN 11 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu guru memiliki nilai etos seorang pendidik bagi memastikan anak-anak bangsa mencatat pencapaian cemerlang pada dalam globalisasi sekarang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, guru yang mempunyai nilai-nilai etos boleh mendidik anak-anak bangsa dengan semangat atau roh yang jitu demi melihat anak-anak bangsa berjaya dan menguasai ilmu.
Katanya, nilai etos atau semangat bangsa perlu ada pada setiap guru kerana guru tidak lagi boleh menganggap profesion perguruan hanya mengajar dalam bilik darjah semata-mata.
‘‘Sebaliknya, mereka perlu memastikan anak-anak bangsa juga mendapat pendedahan ilmu dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan terutama di luar bilik darjah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Perayaan Hari Guru Daerah Pekan 2007 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan tidak mahu anak-anak bangsa bersifat pasif dalam bilik darjah dan hanya menimba ilmu yang disampaikan oleh guru semata-mata.
‘‘Anak-anak Melayu boleh menjadi manusia yang berjaya jika diberi pendedahan dan cabaran luar.
‘‘Biarkan mereka ini terbuka minda dan mengetahui sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan yang positif, inilah harapan saya terhadap guru,” katanya.
Komen:
Kepada Guru:
Kerana nilai 'etos'lah, guru-guru sanggup "meluangkan masa" demi anak-anak didik walau sesuakr mana sekali pun. Namun, ada anak2 didik yang masih kukuh dengan sifat dan sikapnya yang 'belum nampak' nilai pembelajaran yang diperolehi sehinggakan guru-guru alami 'stress' sebagimana isu2 yang dipaparkan dalam media! Bayangkan...jika kedapatan guru-guru cuba 'lepas tangan' untuk hadapi kerenah murid yang sehinggakan ibubapa yang datang 'meluahkan emosi berang' dan bukannya berbincang! Harap-harap tidak wujud situasi 'seumpama menabur gandum'...
Kepada Ibubapa:
Diharapkan setiap isu yang dibangkitkan oleh anak-anak, cubalah fahami dan berbincang dengan guru, bukannya menunjukkan emosi tidak puas hati....guru juga manusia biasa...Pastinya setiap tindakan guru kepada anak-anak kita, ada sebabnya...
Renungan:
Setiap isu, pastinya ada masalahnya!. Usah dicari 'orang' untuk dipersalahkan. Tetapi kenali dan kenalpasti masalah dan selesaikannya. Jika cari 'orang' untuk dipersalahkan, sampai bilapun, masalah tidak akan selesai!
Aug 7, 2007
Panorama Melaka
Bas PMCT yang membawa para pelajar SK Peringgit
Pelajar yang seronok naik bas...maklum le, diaorang dah terbiasa naik kereta parent!
Aku amik peluang bergambar depan bas
Aug 6, 2007
BMW dalam kenangan
Aku dah planning, enjin BMW kasi tukar dengan enjin Nissan RB20...power beb! Akhirnya, apo nak dikato.!
Tukar wajah!
Aku bukannya berani sangat nak bawak laju-lagu...cuma sesekali nak layan kepala jer...wakakaka
Langkah Upgrade:
1. Aku tukar seat kete aku.
2. Aku tukar enjin Nissan 1.6 (BlackTop), twincam - dr Jepun.
- Aku dah riki kat halfcut di Melaka (RM4000.00 - siap hantar ke bengkel aku)
3. Nak upgrade audio system.
4. Nak cat body - tak tau lagi!
Layan anak-anak
Aug 3, 2007
Renungan Bersama
Akidah, akhlak baik wujudkan kebahagiaan rumah tangga
Syurga tidak disediakan Allah untuk syaitan, tetapi disediakan untuk orang beriman, yang sentiasa menyucikan dirinya dan membersihkan jiwanya dengan taat kepada Allah.
Pada awal penciptaannya, iblis bapa syaitan tinggal dalam syurga. Disebabakan sikap iblis yang sombong dan bongkak, maka Allah melaknat dan menghalaunya dari syurga berdasarkan firman-Nya bermaksud: “Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka (manusia) mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya.” (Surah al-A'raaf, ayat 18)
Dalam kitab Buyut laa tadkhuluha asy-syayathin (Rumah yang tidak dimasuki syaitan) karangan ulama Asia Barat, Ahmad As-Sayim, menerangkan ada dua kriteria penyebab rumah tidak akan ditembusi syaitan dan tidak akan dirasuk jin iblis.
Kriteria pertama kerana ibadat diamalkan dan aqidah dipegang orang yang berada dalam rumah itu, manakala kedua, kerana akhlak dan perilaku penghuninya. Penghuni rumah itu terdiri daripada orang yang sentiasa menjaga akhlak, kelakuan dan perilaku ketika berinteraksi sesama anggota keluarga, rakan taulan serta jiran tetangga.
Ciri rumah mereka yang menjaga ibadat:
l Penghuni rumah yang sentiasa menyucikan dirinya dan sentiasa ingat kepada Allah, mereka menjaga kesucian badan, membersihkan diri selepas buang air besar atau kecil dengan cara yang betul, tidak membuang air besar di dalam air.
Kebersihan diri menjadi budaya dan sebagai ibadat dalam bentuk mandi kerana hadas besar seperti mandi junub, haid dan nifas, menggosok gigi dengan siwak, memotong kuku, mencukur bulu, merapikan janggut dan lain-lain.
Mereka juga menjaga kebersihan batin. Hatinya suci daripada dendam dan hasad dengki. Lidahnya dijaga supaya tidak menyakiti orang lain serta tidak menuturkan kata kotor dan tidak berfaedah. Fikiran dan lidahnya hanya mengingat dan menyebut Allah sepanjang waktu.
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri?” (Surah al-Baqarah, ayat 222)
l Rumah dipenuhi alunan bacaan al-Quran dan zikrullah. Orang yang sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah perumpamaan mereka seperti digambarkan dalam firman Allah bermaksud: “Mereka itu ialah : Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, serta menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakan orang yang beriman (yang bersifat demikian).” (Surah at-Taubah, ayat 112)
l Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap benar, jujur dan memenuhi janji.
l Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal saja. Makanan halal dari segi penyediaannya menurut syariat, tidak diambil daripada harta anak yatim, bukan hasil rampasan, penganiayaan, penipuan, bukan hasil rasuah dan bukan hasil riba.
l Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim. Rumah yang dipenuhi kecintaan, kasih sayang, kelembutan, tolak ansur, sabar adalah orang yang menjaga silaturahim. Menghubungkan silaturahim wajib mendapat pahala dan memutuskannya haram dan berdosa.
l Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Mereka menyayangi kedua ibu bapanya, tidak derhaka kepada keduanya, menghormati keduanya, mendengar nasihat mereka dan bermesyuarat dalam sebarang keputusan yang akan diambil. Apabila ibu bapa sudah tua, berikan perhatian terhadap diri dan emosi, kesihatan, kewangan dan apa juga keperluan mereka.
l Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang salih dan salihah, saling faham memahami, bekerjasama serta bertolak ansur.
l Rumah yang penghuninya melaksanakan hak dan kewajipannya. Suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak masing masing. Bukan suami curang dan isteri derhaka.
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Wanita JIM dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo.com