Oct 31, 2006

Sebelum raya...

Ahad (22 Okt 06)
Pagi:
Jam 8.00 pagi dah gerak ke bengkel utk tolong apa yg patut. Maklum le pejon dah balik ke pantai utk beraya. Wan (pomen sangkut) ngan ijan je di bengkel. Dapat le bantu hulur2kan spanar & tampalkan sticker je... Jam 3. petang maktam call, katanya dah masuk highway air itam utk ke melaka. Risau gak, maklum le maktamnya baru dapat lesen. Drive bawa anak2 utk balik beraya di melaka. jam 5.15 dapat call sekali lagi drp maktam. Dah sampai katanya. Siap turun bukit utk ke umah wak paiman lagi.... hebat tu...bukan calang2 orang baru dpt lesen utk nak "turun cerun" tu. hehhe. Yang pernah ke umah wak paiman je yang tau macam mana keadaan cerunnya.
Malam:
Jam10 mlm, ke umah member bekas askar (pelanggan bengkel), orang kedah yang masih bujang wpun umurnya dah 38 tahun. Katanya ada audio system kete yang nak dijual. RM500 gheganya. Maklum le, member tu dah tukar kete naza, jadi audio kete lamanya dah dibukak. Bila pi nengok, terus terpesona, maklum le complate utk sebiji kete. Ada amp, pre amp, speaker box, skrin vcd, radio vcd/mp3 (wpun"cap ayam') dan wiringnya pun ada..... Sambar je terus, bukan senang nak dapat complate set semcam tu. Cadangnya nak bubuh kat kancil maktam...
Tidur d bengkel ngan ijan.
Isnin (23 Okt 06)
Pagi:
Mcm biasa, jam 8.30 pg wan dtg bengkel, dia keluarkan tools dari stor ke ruang operasi di bengkel (kalu tidak, itu pejon punya tugas). Keje mcm biasa, paktam cuma melayan pelanggan daripada diaorang dok perati pomen2 buat keje. hehhe
Malam :
Jam 8 malam, basuh lantai bengkel yang berminyak ngan pomen2 kerana esok nak cuti raya. Setelah siap, jam 10 mlm masukkan duit raya dlm sampul utk serah pd makcik yang dok d umah sebelah tapak bengkel, mak & abah simpang & cucunya. Setelah siap diserahkan duit raya pada yg sepatutnya, jam 12.00 bergerak ke kluang utk amik apa2 yg patut utk dibawa ke melaka. Jam 1.15 pg mula bergerak ke melaka ngan ijan. Singgah kejap kat depan sekolah (tempat keje) kerana ada orang jual lemang. Wajib beli oooooo, maklum le juada pepagi raya org jawa ialah "ketupat nasi impit"... mana masuk. Tiap kali beraya di melaka, memang akan beli lemang. Tekak memang x boleh masuk kalu makan nasi impit krn dah terbiasa dari kecik dok makan ketupat pulut. Jam 3.30 pg baru sampai melaka. Ini le first time balik mlm/pg raya..



2 Coretan Lain:

Zuraidah on 11/04/2006 10:00 PM said...

Macam tu le kalo udah jadi bos, tunjukan teladan dan kerja kuat...Anak2 sedara di KK ni kata tak hapening raya di KK, duit raya amat kurang sekali.. ...Kata mereka tahun depan boleh dapat berganda tak..dari toke Gen 2

Gurau je Pak Tam ....dari mulut SiBongsu..

Pak Ngah: on 11/12/2006 8:39 AM said...

PWTC dah mula menerima kunjungan para tetamunya. Bagaimana dgn Pemuda Kluang? Perhimpunan Agung kali ni...dijangka oleh banyak pihak...lesu je.

Kesibukan masing2 menjadikan blog dah bersawang....tidak dijengok dan tidak diperbaharui...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template