Nov 15, 2006

Kembali Mewarnai....

Rabu : 15-11-2006

A'kum pembaca2 blog ini.

Lama sudah tidak dilakar sebarang warna dalam blog ini. Kekangan tugasan dan aktiviti harian membuatkan blog ini memaparkan warna suram yang tidak bermaya.

Pengalaman di Melaka :

tahniah kepada akim selaku abang sulung dan pewaris utama YCM berjaya memainkan peranan penting dalam membantu merungkai kekusutan adiknya. pastinya dia mendapat pengalaman baru yang tidak dapat dibaca dalam buku. Segalanya ditempuhi dan diharungi demi keputusan yang bernas. Akim berjaya mengawal kekalutan rakan-rakan adiknya yang inginkan kepastian berkaitan isu. Akim juga berjaya mengawal suasana dalam emosi yang terkawal. Ketika umur sebegitu, paktam sendiri belum mampu melaksanakan tugasan segetir itu. TAHNIAH.... paktam sekadar "tukang tambah" jer... hehehe

Perkhabaran dari Nenering:

apa cerita sebenarnya? pastinya keputusan telah dibuat untuk majlis utk aman. paktam berharap, semua pihak cuba meralisasikan impian mak dan abah. Tentunya ada beberapa halangan dan ketegangan yang sedang dan akan ditempuhi oleh pihak2 tertentu.... Selesaikan MASALAH yang dihadapi dengan apa cara sekalipun demi keputusan yang TELAH DIBUAT. Paktam sekeluarga sekadar berdoa agar majlis berlangsung dengan jayanya.

KLUANG : Gambaran kuah tumpah ke nasi..

Ainul Amla, guru yang terpilih mewakili negeri Johor utk berkursus di Terengganu(seminggu- minggu akhir persekolahan). Dengar khabar, along akan menjadi JU peringkat negeri Johor utk memberi ceramah berkaitan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan khususnya untuk bahasa melayu (sastera) kepada guru-guru dalam negeri johor. Tentunya along telah bersedia untuk menmpuh semuanya di tahun hadapan. Nampak ke gayanya, perlu le dia berkereta utk round Johor. Belajor2 le hingga cekap membawa kereta semasa bercuti di sarawak nanti.... ke mana tumpahnya kuah kalu tidak ke nasi....... anak sulung ayah dan mama yang HEBAT. Paktam dan maktam sendiri pun belum sampai ke tahap tu....tahniah sekali lagi kepada along.

1 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 11/18/2006 10:40 AM said...

Hal2 di Melaka semacam dah selesai dgn bantuan dan gandingan mantap Pak Tam dan Akim. Kepintaran, kebijaksanaan, kecerdikan dan pengalaman saling berkait, namun pengalaman paling berperanan untuk mematangkan kita. Semakin banyak masalah dihadapi maka semakin meningkatlah tahap kematangan kita, bilamana kita mampu dan berjaya menyelesaikan masalah2 tersebut. Cuma diharap kita tidak jatuh tersungkur ketika melalui detik2 penuh mencabar dalam usaha menyelesaikan masalah2 tersebut.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template