Oct 31, 2006

Sebelum raya...

Ahad (22 Okt 06)
Pagi:
Jam 8.00 pagi dah gerak ke bengkel utk tolong apa yg patut. Maklum le pejon dah balik ke pantai utk beraya. Wan (pomen sangkut) ngan ijan je di bengkel. Dapat le bantu hulur2kan spanar & tampalkan sticker je... Jam 3. petang maktam call, katanya dah masuk highway air itam utk ke melaka. Risau gak, maklum le maktamnya baru dapat lesen. Drive bawa anak2 utk balik beraya di melaka. jam 5.15 dapat call sekali lagi drp maktam. Dah sampai katanya. Siap turun bukit utk ke umah wak paiman lagi.... hebat tu...bukan calang2 orang baru dpt lesen utk nak "turun cerun" tu. hehhe. Yang pernah ke umah wak paiman je yang tau macam mana keadaan cerunnya.
Malam:
Jam10 mlm, ke umah member bekas askar (pelanggan bengkel), orang kedah yang masih bujang wpun umurnya dah 38 tahun. Katanya ada audio system kete yang nak dijual. RM500 gheganya. Maklum le, member tu dah tukar kete naza, jadi audio kete lamanya dah dibukak. Bila pi nengok, terus terpesona, maklum le complate utk sebiji kete. Ada amp, pre amp, speaker box, skrin vcd, radio vcd/mp3 (wpun"cap ayam') dan wiringnya pun ada..... Sambar je terus, bukan senang nak dapat complate set semcam tu. Cadangnya nak bubuh kat kancil maktam...
Tidur d bengkel ngan ijan.
Isnin (23 Okt 06)
Pagi:
Mcm biasa, jam 8.30 pg wan dtg bengkel, dia keluarkan tools dari stor ke ruang operasi di bengkel (kalu tidak, itu pejon punya tugas). Keje mcm biasa, paktam cuma melayan pelanggan daripada diaorang dok perati pomen2 buat keje. hehhe
Malam :
Jam 8 malam, basuh lantai bengkel yang berminyak ngan pomen2 kerana esok nak cuti raya. Setelah siap, jam 10 mlm masukkan duit raya dlm sampul utk serah pd makcik yang dok d umah sebelah tapak bengkel, mak & abah simpang & cucunya. Setelah siap diserahkan duit raya pada yg sepatutnya, jam 12.00 bergerak ke kluang utk amik apa2 yg patut utk dibawa ke melaka. Jam 1.15 pg mula bergerak ke melaka ngan ijan. Singgah kejap kat depan sekolah (tempat keje) kerana ada orang jual lemang. Wajib beli oooooo, maklum le juada pepagi raya org jawa ialah "ketupat nasi impit"... mana masuk. Tiap kali beraya di melaka, memang akan beli lemang. Tekak memang x boleh masuk kalu makan nasi impit krn dah terbiasa dari kecik dok makan ketupat pulut. Jam 3.30 pg baru sampai melaka. Ini le first time balik mlm/pg raya..



Continue Reading...

Lama tak jenguk

Maap... blog ni dah lama x diupdate, pc umah kena virus "brontok". Bila nak on je pc, restart semula..jenuh, baru tadi pi anto ke kedai member... dah pesan, buat backup data, nanti nangis maktam kerana data spss (utk kajiannya) dah tolong buatkan dalam pc umah.... "semak perut" gak...


Continue Reading...

Oct 22, 2006

SELAMAT HARI RAYA 1427H

Raya tahun ni, kami sekeluarga cuma beraya di Felda Bukit Senggeh je. dah ajak ipar duai utk beraya di felda. hehehhe. semuanya beraya di sana... Mungkin ahad @ isnin, rozita bersama anak2 pulang ke felda naik kancil hitamnya. arap2 selesai le baju raya sendiri yg sedang dijahitnya...

Paktam cuma balik malam raya ngan ijan dari simpang renggam. Esok (ahad) paktam start bertugas di bengkel. Pak tam cuma mampu hulur2 kan spanar je leee... & tolong tampalkan stiker pada kete pelanggan. Tu je le yang tau. heheh

Maklum le dekat2 nak raya ni... x terlayan juga kete2 kat bengkel... Pantang ada kete pelanggan yang agak longgar2 @ bunyi2 sikit kat kete....racun je...terus baiki dan tukar barang.... yang penting perjalanan selamat utk diaorang pulang berhari raya...


Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, ampun maaf zahir dan batin. Kalu ada rezeki balik le kami ke Pantai Remis utk jumpa sanak sedara yg ada di sana... tu pun kalu tesis maktam dapat disiapkan sebelum tarikhnya... Di sini kami sertakan kad raya utk tatapan semua....


UTK PAK NGAH :
apa susah kalu nak beraya di pantai, walaupun 7 org, kena sound direct je... mana ada bhs kias2 lagi kalu x nak "patah kaki". Bahasa kias hanya utk org yg paham & memahami jerrr.... tu la kisah di zaman sekarang... semuanya kena direct wpun cara itu bukan jiwa kita..... hahahha..

UTK KAK DAH :
kalu ada kelapangan, gambor2 perkahwinan farah yang dulu, paktam akan bikin semula dalam format VCD menggunakan software yang agak canggih skit....baru real... Untuk mengimbau kenangan lampau...VCD yang dulu tu...sebenarnya baru try and error utk bikin VCD...maklum le first project...Mcm tu je le hasilnya.... maap le.. ketika tu, itu je yg mampu paktam bikinkan.

UTK KAK YAH :
Paktam akan cuba membentuk @ menanamkan jiwa keusahawanan dalam jiwa anak2 penakan khususnya pejon... skrg tengah dok kikis EGOnya... Tambahan pulak kalu fahmi berminat utk welding kete, paktam sedia menerimanya.. tapi dia kena blajo di kedai lain dulu... itu pun kalu dia berminat...

UTK KAK :
Sejuknya hati bila anak2 dah berjaya dgn kerjaya masing2. alhamdulillah. kami di kluang tumpang merasa bangga... Bila kami nak merasa makan nasik minyak utk ilah & akim... Akim boleh ke LANGKAH BENDUL? hehehhe

UTK BANG DAK :
TAHNIAH...Semakin menebal jiwa keusahawanan dalam diri...TERUSKAN... mUsim2 raya ni, dok berniaga kuih raya & kerepek depan BILLION... alhamdulillah, nur semakin terserlah... memenuhkan aktiviti dalam kehidupan mampu mengurangkan aktiviti gejala yang kurang manis.

UTK PAKTEH :
Bagaimana keadaan master di upsi tempohari.... dah abis ke? sampai xde sebarang berita lg? adussss..... mcmana lagi nak dibuat haaa? apa saluran lg yg nak dibuat....fenin...fenin..
Continue Reading...

SIBUK & MENYIBUK..

Seharian...
Perjalanan ari ni agak padat.. Sejak pagi membantu kgkawan menguruskan tempat utk majlis penyampaian sumbangan zakat utk anak2 yatim daerah kluang. Bank Rakyat menyerahkan zakat kepada Pemuda UMNO Kluang. Pemuda cuma menguruskan majlis penyerahan utk ank2 yatim. Lepas asar, majlis bermula... amik alih post Pengacara Majlis... alhamdulillah...majlis berjalan lancar.
Malam : Anto Pejon ke bus stand Kluang utk pulang ke pantai...Dah siapkan baru raya utknya di pertengahn puasa dulu...
Perkembangan Bengkel :
Dalam 2 @ hari ni sbeelum raya, jenuh la kat bengkel. Sorang pomen dah balik kg ... Utk cover keadaan, dah amik sorang budak KOLEJ KOMUNITI kat Tangkak dalam bidang Automotif yang balik bercuti di Kg Sahari gak... lega le sikit... Ini le gambornya... dah siap interview.. mcm ok gak.. cuma skill saja yang belum teruji... Kalau tip-top kejenya, thn depan dia dah abis belajo kat Kolej Komuniti, dah bleh keje trus kat G2 Auto...untung bebudak yg ada kemahiran...x perlu nganggur.... Gambor kat bwh ni le budaknya.... WAN namanya.
19 Okt, masa gi bengkel ngan mem, pomen2 blum berenti keje... bukan senang nak sattlekan problem kete orang.... Pejon pun mcm dah boleh sikit2... ada perkembangan..

Kebetulan pulak masa tu, ada jugak kaum dari kg bumihijau, pgkalan bharu yg anto servis kete kat bengkel. Yang berbaju merah tu le org bumi hijau. Alaaaa... anak panglima hitam. Dia keje Warder kat penjara di kluang. Yang berbaju putih plak org panchor, x berapa kenal sbb lapis2 bawah....dan yang lain2 tu org taiping... syok jugak boleh borak loghat utara.. hehheh

Continue Reading...

Oct 18, 2006

35 tahun mengenal kehidupan dan potensi diri

17 Oktober 2006

Tarikh ini adalah tarikh keramat buat aku kerana mula melihat dunia yang yang penuh pancaroba sejak 35 tahun lalu. Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana arwah ayah dan arwah ibu yang banyak memberi didikan secukupnya untuk aku bekalkan dalam meniti putaran hidup ini. Pelbagai kisah suka dan duka telah ditempuh dalam tempoh waktu 35 tahun ini. Pelbagai pengajaran yang diperolehi. Semangat dan iltizam orang tuaku seumpama melekat erat dan sentiasa mengalir dalam jiwa aku untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang tidak diketahui penghujungnya....


Terima kasih yang tak terhingga juga kepada abang2 dan kakak2 aku yang banyak memberi didikan yang amat bermakna untuk aku. Pelbagai cara dan kaedah yang telah mereka pamerkan membuatkan aku terarah seperti ini. alhamdulillah atas didikan, panduan dan pedoman kalian untuk aku selama ini.

Kata orang jawa di kluang ni...."life begin fourty". Betul ke? Entah le... Walau bagaimanapun, kehidupan mesti diteruskan. Bermakna aku ada 5 tahun lagi mulai sekarang (2011) untuk aku terus membentuk diri aku ke arah apa yang diingini dan dihajati. Pembakar semangat yang berada di sekelilingku iaitu isteri dan anak2 tersayang amat memberangsangkan. Mereka seolah2 memahami aspirasiku dalam menuju hala tuju kehidupan aku. Alhamdulillah. takkan aku persiakan pengorbanan kalian semua...... Insyallah.
Continue Reading...

Oct 15, 2006

AMIR : Kindergarten Concert 2006

Ari Sabtu (14.10.06), mem ada kuliah di Kuitho. Nampaknya, mem makin sibuk dan menyibuk dengan tesisnya. Maklum le final year. Semoga berjaya dengan cemerlang. Amir plak ada konsert di tadikanya.... maklum le, sejak2 jadi "bapa tinggal" ni.... kena le layan anak2.
Jam 8.00 pagi aku bawa anak2 ke Tadika Canossian Convent maklum le, si Amir tu ada masuk tarian bola.


Bila dilihat pada persembahan kanak-kanak tadika tu, kagumnya aku pada semangat dan kesungguhan cikgu2 tadika tsbt. Maklum le, kanak2 tu berumur antara 4, 5, 6 tahun. Bagi kelas yang berumur 4 thn, ada yang menangis atas pentas dan ada juga yang over acting bila kena menari.... perggg sabor je le jadi cikgu ni..... tambahan plak kana2 yang baru nak kenal dunia...

Ini le "Tarian Bola" oleh kelas HOPE- 5 tahun, amir dok depan skali..menyengih je dia.


Itu le budak2...pernah gak aku dan mem bertanyakan pada amir tentang persembahannya semasa konsert nanti.. x de plak dia ceritakan.... terkejut jugak bila aku nengokkan persembahannya..maklum le kalu kat umah, si amir tu "menjeng" jeeee...

Continue Reading...

Oct 14, 2006

D'Carbo : Majalah KERETA Oktober'06

Berminat dengan aksesori dan hiasan luaran dan dalaman kereta?... Dapat majalah KERETA khususnya bulan OKTOBER ini. Pelbagai model kereta yang dihiasi dengan pelbagai cara. Pastinya menarik.


Malahan jangan lupa melihat iklan D'Carbo dihelaian akhir. G2 Auto menjadi agen penjualan D'Carbo.

D'Carbo adalah pembersihkan kotoran karbon yang amat berkesan. Pembersihan karbon dapat membantu mengoptimumkan prestasi sesebuah enjin dan mengembalikan keupayaan hampir ke tahap asal. Dengan itu, dapat mengurangkan penggunaan bahan api...

HARGA :

RM 41.00 ( Sem Malaysia)

RM 43.00 ( Sabah/Sarawak dan Brunei)

SERVIS PERCUMA...
Continue Reading...

Oct 10, 2006

STEB (fasa2) : Ujian Psikologi Skim Tabung Ekonomi Beliadi JB

Ari ni jam 7.10 pagi, aku membawa pomen-pomen G2 Auto ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, JB utk duduki peperiksaan ujian psikologi.... ujian saringan untuk STEB. Apabila tiba di sana dalam jam 8.45 pagi masih ramai peserta yang sedang mendaftar diri kat luar dewan. Aku ajak pomen2 bergambar dulu berlatar belakangkan kompleks tersebut...heheh...bergaya sakan depa tuuu...

Semasa depa dok dalam dewan memerah otak, aku amik peluang berbual ngan pegawai belia unit ekonomi yang berasal dr sarawak dan baru sebulan bertugas di jb. Maklum le, orangnya le yang akan rekmenkan kelulusan pinjaman peringkat Jabatan. Namanya En Kaya, friendly orangnya. Banyak perkara juga yang dapat dibualkan. Topik utama yang berjaya dicungkil ialah berkaitan hal STEB fasa 1 yang pernah aku hadiri dan telah berjaya dalam bulan 6 dulu .
Pinjaman dikeluarkan oleh Kem Belia dan Sukan dengan kerjasama Bank Rakyat. Alhamdulillah, interest 4% untuk pinjaman yang dikenakan ialah atas baki terakhir. Cadang2nya nak buat pinjaman sebanyak rm50,000 dan dibayar dalam tempoh 7 tahun. Boleh le tercapainya cita2 nak beli mesin haudralik angkat kete, mesin bukak dan alignment tayar termasuk mesin scanner kerosakan kete.... mesin scanner ni kalu ada memang gempak.... tak perlu pikir2 cari kerosakan...semuanya tertulis pada mesin tu bila kita check kete... heheh...JANGAN KELABU BIJI MATA BILA DAPAT PINJAMAN TU UDAH LEEE.....

Selesai je pomen2 keluar dewan, aku dah deal ngan pegawai tu untuk bergambar bersama2.... insyallah, gambar tu akan dicuci dan diletakkan lambang G2 kemudian diposkan kepada pegawai tersebut untuk kenang-kenangan....maklum le pegawai tu masih belum ramai kawan sejak datang johor.

Selesai semuanya, aku bergerak ke Austin Height di JB untuk riki2 kedai halfcut (kedai potong body kete). Bercadang nak cari enjin TOYOTA LEVIN yang bersesuaian utk kete KE30 yang aku gunakan semasa tempoh belajar PJJ UKM dulu... Baru ngancam bila dijadikan kete contoh bengkel G2 Auto... Berdesup le kat highway...... terlupa plak aku nak amik gambar enjin tu walapun sekdar riki jer... aku ada amik gambar mira L500... best bila tengok serombonng kat bonet depn tu... Maklum le enjinnya turbo











Dah selesai riki-meriki, kami lajak ke kota tinggi. Cadangan awal nak cari kedai halfcut juga kat sana.. tak jumpa pun..last2 jumpa kedai BAZAR RAMADAN. Apa lagi, melayan nafsu mata le kami bertiga.




Tambahan plak pomen2 ngadu nak cari kasut raya...layannnn... minat kami pun sama pulak tu...kedai BUNDLE. Satu pun x masuk ati... cuma melayan hawa mata je leee...















Kasut2 ni murah2 dan berkualiti baik lagi...walaupun gheganya bawah RM80.00 tapi nak buat camne, kalu ati x berkenan...
Continue Reading...

Oct 9, 2006

BETUL ATAU KEBETULAN

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24 :
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30:
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29 :
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Tarikh Lahir pada 4, & 13:
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17:
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27:
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31:
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23:
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21:
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19:
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26:
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25:
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan senimanasmara.

Dipetik dari http://www.wira4ce.net
Continue Reading...

Oct 8, 2006

ALAMAT : moga tahun ini penerima kad raya lebar senyuman

ALAMAT : bakal2 penerima kad raya...
08/10/06 - 1.30 pg - Ahad

A'kum...
Inilah kad raya daripada kami sekeluarga di Kluang
untuk semua pengunjung setia blog kami dengan ucapan :
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
AMPUN MAAF DIPINTA
ATAS SEGALA YANG
BERLAKU


Anak sulung :
Azizah bt Lin
127, Felda Nenering,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak.

Anak kedua :
Mohammad b Lin
1296E, Lorong Keranji 6E,
Jln Keranji 6,
93350 Tabuan Jaya,
Kuching, Sarawak.

Anak ketiga:
Azizi b Lin
Politeknik Kota Kinabalu,
Menggatal,
88450 Kota Kinabalu,
Sabah.

Anak keempat:
Rosiah bt Lin
200, Kg. Bumi Hijau,
Pengkalan Bharu,
34900 Pantai Remis,
Perak.

Anak kelima:
Azian b Lin
Lot 2666, Lorong Masjid, Sungai Batu,
34900 Pantai Remis,
Perak.
Anak keenam:
Azman b Lin
E-4, QTRS Guru,
SMK Pantai Remis,
34900 Pantai Remis,
Perak.

Anak ketujuh:
Azlan b Lin
15, Jln Perwira 1/9,
Tmn Titiwangsa,
86000 Kluang,
Johor.

Continue Reading...

Oct 6, 2006

HIKMAH : KetentuanNya di bulan Ramadhan

HIKMAH : di sebalik perangan yang awal yang tak menjadi....
06/10/06 - 11.30 mlm - Jumaat

Di awal perancangan, aku perlu menjemput bang mad yang ada meeting di JB untuk berbuka puasa di Kluang. Oleh kerana ada sedikit "miss communication", segala yang dirancang, tak menjadi... itulah yang dikatakan ada hikmah kerana ada ketentuanNya di bulan Ramadhan.

Jam 1.30 thari, mem besar dpt call dr kg batu putih, batu pahat bahawa ya'i Buang (atuk mem, bapa hj paiman) telah masuk wad di hospital batu pahat mlm tadi. Cepat2 mem hubungi tempat kejenya utk mohon cuti rehat 1 hari. Lepas Jumaat je..bergegas pula kami ke hospital batu pahat...maklum le untuk menjemput bang mad di JB dah kansel.. Kebetulan pulak, semua aktiviti aku pada ari ni dan esok telah di kuiskan ke tepi..... hehehe
Sampai je di sana, mak tom (mak sedara rozita @ adik wak paiman) yang sememangnya menjaga ya'i sejak mlm tadi telah di datangi mak bariah dan wak paiman. Berbual le kejap kami kat sana...

Ketika aku masuk ke wad 8 tu, rozita dok jaga anak2 kat taman permainan di hospital tu.. maklum le budak2 x leh masuk dalam wad... Kalu masuk pun dah jenuh pulak kerana nak jaga sapa... ya'i ke anak2..heheh maklum le anak2 sedang lasak... bukannya reti duduk diam.
Dek kerana kesiankan mak tom yang dah semalaman menjaga ya'i di hospital, tambahan pula mak tom x bawa baju persalinannya, aku pun berbincang ngan wak paiman. Kami amik keputusan bahawa rozita dan aku amik alih kejap jaga ya'i. Maka wak paiman pun bawa mak tom dan anak2 aku pulang ke kampung batu putih untuk mandi dan ambil apa2 yang patut di bawa ke hospital bagi jaga sesi malam plak. Dapat le juga anak2 aku berbuka puasa ngan atuk & nenek diaorang di kg.
Kami menjaga ya'i di waktu petang hingga lepas berbuka. Ketika berbuka tadi rozita berbekalkan air kotak dan roti. Berbuka le dia sorang2 dalam wad. Aku pulak mcm biasa, berbuka di tempat letak kete dengan berbekalkan air kotak dan "rokok"..hehehhe. Fuhhhh...lega..
Jam 9 mlm, mak tom dan wak paiman datang semula ke hospital.. Aku & famili pulang semula ke kluang. Aku dah arrangekan ngan staff nurse kat situ bahawa kalu esok hari ya'i dah boleh keluar hospital, cepat2 le call hp aku. Senang le aku dan sattlekan apa2 yang patut dan hantar ya'i ngan mak tom ke kg batu putih... arap2 apa yang dirancang akan terlaksana...
itu le hikmahnya... asal rancangan nak berbuka ngan bang mad di kluang.. akhirnya aku berbuka dan dpt gak jaga ya'idi hospital....
Continue Reading...

Oct 4, 2006

Halua Minda

4 Oktober 2006
Jam 2.15 pagi

DALE CARNEGIE: Buku ni mungkin telah dimiliki dan dibaca oleh kita. Pengalaman hidup penulis telah diterjemahkan melalui penulisan. Bahasanya mudah dan isinya padat berserta dengan contoh-contoh yang sememangnya kita pernah lalui, cuma kita tidak praktikkan dalam kehidupan kita.... Buku ini telah dibeli pada 04 Julai 2005 di Union Book Store, Kluang. Senantiasa berada di hujung kepala katil dalam bilik tidur. Seronok & sering dibaca dan mudah dipraktikkan. Dalam buku ini memberi gambaran kepada kita untuk cara dan kaedah menurunkan EGO diri dalam berkomunikasi dengan individu lain...... Cubalah kerana macam-macam ramuan ada.....Kesannya amat mujarab, wbmanapun segalanya bergantung pada diri kita juga..... itulah seadanya.

[kulit depan buku]


[kulit belakang]


Arap2 ada le contoh-contoh buku lain yang boleh dipaparkan untuk bacaan dan halua minda kita semua.....Insyallah....
Continue Reading...

Oct 3, 2006

Panggilan Nenering...

MERPATI SEJOLI : panggilan Nenering
alhamdulillah, dpt gak upload gambar kak sefamili. Semasa check data2 dlm pc ni..ada plak gambar famili kak masa raya thn lepas. Gambor2 ni diambil oleh akim semasa sedang try test hp baru yang dibelinya yg ada kamera. Ini le paparannya.......

ILAH : X dak plak gambar personalnya.... mungkin akim eksyen kut...x mau amik gambor kaknya..takut hp dia rosak..hehehhe
persoalan : apa cite ilah skrg?
AKIM : sememangnya smart sejak kecik..baju mesti masuk dalam punya.....memang sesuai jd cikgu
CITE TERBARU : "mgkin" cari ckgi jugak kut....berdasarknangin kus-kus yang bertiup...orang ipoh yang dah ngajor di batu pahat... paktamnya pun blum dapat nengok calonnya.....


AMAN : dengar cerita dah bertunang..ttp jemputan dan berita wpun guna sms pun jauh sekali...maklum le jauh.... Kami cuma dpt tau melalui tiupan angin kus-kus jugaaaaa.... arrrrrggghhh



AIM : dgr cite dok KL la ni...jd cashier di Petronas. Ada call dia baru2 ni utk tanya khabar.... kut2 dpt bantu pktam dlm "SECOND PROJECT" (apa tu haaaaa?)...
- dah pi interview KPLI d cheras..... moga2 jd cikgu gak....
SHUKRI : la ni dok blajar kat UiTM Alor Gajah, Melaka. Baru2 ni, dia ada dtg kluang masa sebelum awal puasa dulu (petang ari jumaat). Dah atas bas ke kluang, baru dia call kata nak ke kluang...hehehhe. Ari sabtu dia ikut kami pulang utk berpuasa d Felda Bukit Senggeh. Isnin pagi, kami anto dia ke Alor Gajah dan kami terus pulang ke kluang...
TARGET :
nampak gayanya... pktam dah x dpt bantu anak2 menakan lain dah... maklum le semua dah ada kerjaya masing2. alhamdulillah....sdg planning amik kgkawan rapat di kluang utk SECOND & THIRD PROJECT... tunggu.....
Continue Reading...

Oct 2, 2006

Gembira Tak Terkata...


:: KAKDAH DI TAJMAHAL ::

Bermula dgn inisiatif KakDah yang memulakan blog untuk menceritakan detik-detik kehidupannya di sabah, meruntun jiwa aku untuk bersama-sama merapatkan silaturahim yang semakin dijarakkan oleh masa, tugas dan lokasi tempat bertugas. Aku juga menyahut seruannya utnuk sama-sama memeriahkan blog famili kami.....


Disusuli pula oleh bangmad yang berjiwa halus dan indah puitis bahasanya mampu menggoyangkan insan lain untuk turut serta mewarnai blog ini......

Akhirnya muncul jua "insan terpilih" yang sememangnya diketahui kehebatan ictnya sejak dari dulu lagi iaitu HAJI MAN/PAKTEH... maklum le... di zaman aku buta komputer dulu...dia dah ada beli scanner tapi pakai tangan je. bukan macam la ni... zaman tu dah dikira hebat.... ada juga aku cuba2 curi menggunakannnya...kerana bijaknya aji man, dia dpt trace apa yang aku dah buat... kantoiiiii....

awal 90'an



yang terkini





selain tu, komputer pertama yang dibelinya awal 90'an dulu diletakkan di serambi umah batu51, try juga aku godak-godak.... akhirnya aku "terkedu" kerana telah print hasil printshop duluxe secara terbalik tulisannya... aku diketawakan oleh lebai yan plak.... sampai la ni lebai yan dok ingat isu tu... "aku print terbalik". hahahhaha.

FARISH DANIAL
aku masih menantikan hasil blog LEBAI YAN/PAK NDAK. mana beb? Baru tadi kami lepas berbual melalui telefon. Lebai telah semakin hebat berkomunikasi..... maklum le... bisnesman. Lebai telah mula mencungkil bakat semula jadi yang sedia ada dalam dirinya..."bijak berkata-kata". bakat ini telah lama dibiarkan terpendam dan terendam. Sudah ilang rendah dirinya.... mula menampakkan iltizam yang tinggi dalam mengorak langkah mencapai wawasannya....alhamdulillah.. Inilah sebenarnya keberkatan doa seorang ibu... alhamdulillah.


terima kasaih kakdah...atas segalanya, dengan menguitkan jari....mampu menguitkan ikatan silaturahim yang semakin jauh dan dipisahkan oleh jarak tempat kita semua.... terima kasih kakdah...

PANDANGAN : apa kata kita minta aji man membina blog untuk YCM yang akan dimaklumkan username dan password kepada kita semua...ini bertujuan untuk kita masukkan semua data dan maklumat yang boleh kita ketahuinya wpun di mana kita berada.Ini kerana aji man sememangnya hebat dan advance dlm kemahiran ict...ada komen?

htpp://azlanlin.blogspot.com
Continue Reading...

Realisasikan Convert Kete Impian

akum semua...

TUKAR KANCIL MENJADI RAV4

dalam ati masih berkata...bilakan aku mampu dan berjaya meralisasikan aktiviti pengubahsuaian kete impian RAV4 (model toyota- 4WD) dan berada di hadapan pintu pagar rumahku?











BENARKAH ia akan menjadi satu realiti......?













semoga impian menjadi kenyataan....kalu skadar nak convert enjin dan dptkan kelulusan puspakom.... member puspakom di kluang dah ada... hehehhe
UPGRADE KANCIL KE RV4 (MODEL DAIHATSU DI JEPUN)



Ini le kete kancil mem yang cuba di uprade menjadi RV4








SEBENARNYA :
Kalu di jepun, model ni agak limited. Cuma di keluarkan utk kawasan yg sejuk & bersalji je. sbb tu enjinnya 4WD. Sebenarnya, dah nengok sebijik model ni di KL, dalam majalah k-kompak. Perggg....mengancam abis... bygkan model ni pd kancil biasa yg selalu kita nengok..... gerenti cute....
Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template