Oct 30, 2009

Kenapa diam?

Oleh Nor Affizar Ibrahim

Pasangan perlu tahu apa masalah belenggu suami termasuk mungkin bosan dengan kerenah isteri

SEORANG wanita yang secara kebetulan bertemu dengan teman lama dan mengetahui rakannya itu sepejabat dengan suami secara spontan bertanya, bagaimanakah sikap suaminya ketika di tempat kerja. Kata wanita itu, di rumah suaminya seorang yang agak pendiam dan sukar diajak berbual. Malah, sepatah ditanya maka sepatah yang lazimnya akan dijawab oleh suami. Wanita itu mengeluh lagi, katanya, keadaan itu membuatkannya berasa bosan dan ada kala tertekan dengan sikap suami. Peliknya ketika bercinta dulu, suami rancak bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala dirinya sendiri tidak berpeluang bercakap.

Bagaimanapun, wanita itu mengakui suaminya seorang lelaki yang baik, dan tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk tanggung jawab terhadap anak. Cuma yang tidak menyenangkan hati, suami terlalu pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri seperti membaca surat khabar, lebih gemar tidur walaupun waktu siang hari atau rajin membasuh kereta selepas berkahwin.

Mendengar segala luahan itu, teman lamanya agak sedikit terkejut. Setahunya, di pejabat suami kepada rakannya itu tidak berhenti bercakap dan ada saja topik yang hendak dibincangkan. Kadangkala, bergurau dan mengusik rakan lain serta rajin juga bergosip sesama teman. Kenapa pula jadi begitu?


Kaunselor berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata senario suami menjadi pendiam dalam rumah tangga dan berubah watak apabila berada di luar memang banyak berlaku. Malah, sepanjang mengendalikan kaunseling perkahwinan, masalah seumpama itu adalah antara isu atau konflik rumah tangga yang kerap diluahkan oleh isteri.

Beliau berkata, ada isteri yang mengadu mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.


“Berdasarkan kajian kes banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu.


“Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Untuk ‘melarikan diri’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, lelaki memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri,” katanya.

Beliau berkata, sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Bagaimanapun, Hushim, berkata tidak semua lelaki bersikap seperti itu sebaliknya, ada yang boleh bersoal jawab dan tidak kisah jika pasangannya bertanya apa saja dilakukannya serta mengetahui segala tindak tanduknya.


Begitu pun, beliau berkata, lazimnya antara lelaki dan wanita, pihak isteri sememangnya paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita menganggap dengan bertanya dan bersoal jawab ia sebagai suatu cara untuk mencari jalan penyelesaian. Malah, ada isteri begitu agresif bertanya itu dan ini sehingga terkeluar kata-kata yang tidak elok didengar.


“Selain kedua-dua faktor itu, suami bertukar menjadi pendiam mungkin juga disebabkan ada orang ketiga dalam rumah tangga. Suami bukan takut dengan isteri tetapi mengambil jalan selesa dengan hanya berdiam diri dan membiarkan isteri saja bercakap atau bertanya.
Suami seperti itu bijak bermain psikologi dan dia tahu, apabila tiba masa isteri akhirnya akan berhenti bertanya apabila soalan diajukan tidak dijawab. Selain itu, ada suami yang bimbang jika dia menjawab maka akan lebih banyak lagi pembohongan yang dibuatnya kepada isteri,” katanya.

Hushim berkata, memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja.

Katanya, suami yang bersikap sedemikian boleh dianggap berada dalam dua dunia berbeza atau bertopeng apabila berada dalam situasi berbeza. Antara alasan diberikan, tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ada juga yang selamba berkata, ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada ‘modal’ lagi untuk dijadikan bahan perbualan.


“Kata-kata seperti itu silap sama sekali. Selepas berkahwin sepatutnya, lebih banyak yang perlu diperbincangkan dan dirunding bersama kerana tanggungjawab semakin bertambah. Ini termasuklah, cara menguruskan kewangan atau hal pelajaran anak.


“Berbanding ketika bercinta, isu yang dibincangkan tentulah lebih banyak mengenai soal kasih sayang, kesetiaan dan perasaan cinta,” katanya.

Beliau berkata, selain berbincang mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi.

Sebagai contoh, apabila suami bercakap mengenai sesuatu hal seperti masalah di pejabat, isteri sepatutnya cuba menyesuaikan topik itu dan perlu memberi sokongan kepada pasangan. Sebagai wanita, tidak rugi jika sekali-sekala mengalah dan mendengar apa yang dicakapkan suami daripada anda bercakap hal lain. Pada masa sama, isteri perlu menjadi pendengar yang baik kepada suami dan cuba elakkan banyak menyampuk supaya suami tidak berasa bosan.

Hakikatnya, kata Hushim, sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga berlaku perceraian.


“Lelaki perlu bersikap terbuka dan membuka ruang untuk berkomunikasi selalu dengan isteri. Sikap suami yang terus membisu boleh memberikan tekanan kepada isteri. Malah, konflik yang timbul boleh memberi kesan kepada anak.

“Paling dikhuatirkan, isteri yang dalam keadaan tertekan akan bertindak melampaui batas sehingga bersikap ‘pindah gantian’ kepada anak dan melakukan perkara negatif seperti yang berlaku dalam beberapa tragedi sedih antara ibu dan anak sebelum ini,” katanya.

********************************
Komen aku:

Hasil kajian ini membuktikan bahawa, terdapat isteri yang mengongkong si suami hinggakan si suami tiada ruang untuk bergerak. Malahan, ada si isteri yang lebih menguasai komunikasi dengan si suami. Apa saja yang cuba diluahkan oleh si suami, dengan cepatnya si isteri akan cuba memberi pandangan dan penyelesaian, sedangkan si suami hanya memerlukan telinga si isteri untuk menjadi pendengar setia.

Kononnya, si isteri tahu segala lubuk penyelesaian untuk setiap masalah yang menimpa si suami. Ada saja jawapan yang diberikan oleh si isteri.Walhal, si suami hanya memerlukan 'telinga' si isteri sahaja untuk si suami meluahkan segala yang membuku terhadap apa yang dirasainya.
Situasi ini membuatkan si suami berasa lega apabila berada di luar. Si suami lebih rela berbual-bual dengan rakan-rakan semeja sekopi. Akan hal ini, si isteri harus menyenangi hati si suami dalam berkomunikasi.

Ingatlah bahawa... si suami tetap menjadi 'ketua' anda. Walau 'seteruk' mana sekalipun si suami, isteri tetap harus berada di samping si suami, bukannya mendepani si suami. Oleh itu..fikir-fikirkanlah...
Si isteri dikirakan beruntung jika si suami sememangnya bijak berkomunikasi dan rajin melayan dalam perbualan antara si suami dan si isteri. Sungguh beruntung si isteri itu...

Fikir-fikirkan juga, jika si suami sudah mula tidak mengamalkan komunikasi berkesan dalam rumahtangga dan berbeza sewaktu di awal perkahwinan.
Bagi si isteri, usahlah cepat-cepat melabelkan sikap si suami. Ada baiknya, bertanyakan 'kenapa' dan 'mengapa' dalam situasi yang sesuai. Maklum le, suami yang umurkan makin meningkat...jiwanya lebih sensitif dan ingin bermanja dan dibelai... fikir-fikirkan lah. Jika si isteri bijak membelai dan memanjakan si suami, pastinya kerukunan rumahtangga terbela dan berpanjangan...Insyallah.

Continue Reading...

Oct 17, 2009

Kalau tak hilang, boleh 'cari' lagi?

17 Oktober 2009, Tanjong Malim - 12 tengah hari. : HAPPY DEEPAVALI!!!

Entri aku sebelum ini penuh makna di sebalik apa yang dipaparkan. Itulah indahnya bahasa. Yang kurik itu saga, yang indah itu bahasa. Bukan mudah untuk memahami apa yang disebut dan apa yang tak disebut.

Ramai antara kita yang hanya mendengar apa yang disebut, tetapi tidak memikirkan apa yang tidak disebut. Banyak kiasan, banyak ulasannya. Pemikiran kritis diperlukan dalam hal ini. Penglihatan dengan 'mata hati' juga banyak membantu.

Kehilangan yang lama, berganti yang baru. Yang baru tidak semesti sama dengan yang lama. Yang pastinya, ia mempunyai tujuan sama dengan yang lama.

Berkaitan entri lama yang dipaparkan berkaitan cuai atau pelupa, telah jelas segalanya. Memang aku cuai dan pelupa. Hp cokia telah dijumpai bawah seat kereta. Macam mana boleh terperosok di bawah seat. Berkemungkinan bolos daripada poket seluar, menyelinap ke bawah seat. Entah. Kebetulan, bateri pula dah habis. Call tak dapat-dapat. Jenuh menggagau tangan di bawah seat. Jumpa!!!.

"Alhamdulillah, 'SELAMAT'! Jumpa juga." balas mem besor sewaktu aku menunjukkan hp yang dah dijumpai...

Berkaitan jam Orient yang hilang juga telah bersemadi di tempat hilangnya. Entah ke mana.. Akhirnya telah 'jumpa' semula seolah-olah patah tumbuh hilang berganti!

****************************************************

"Yang, jom ke pekan Tanjong Malim", ajakan mem besor jam 12 tengah hari tadi.

"Nak buat apa?", balas aku dengan muka seposen sewaktu tangan masih menekan keyboard laptop untuk menganalisis data SPSS v18.

"Nak beli barang sikit la," ajakan mem besor semakin manja.. hehehheh

"Jom." Aku mula bergerak ke bekas kunci lalu mencapai kunci 'ChentaHati Oren'.

***************************************************
"Pilih la...suka yang mana?" tanya mem besor.

Aku menyengeh macam 'kerang busuk'. Nafsu besor aku membuak-buak. Aku tak peduli berapa harganya. Yang penting aku suka dan minat. Aku jenis pemilih walaupun sempoi dan tak kisah. Nampak gayanya, walaupun dalam sempoi dan tak kisah, memang aku pemilih! Nafsu besor tu....Hahahha.

ORIENT, Sapphire Crystal (100m) jadi pilihan. Mix colour. Silver dan gold. Kalau silver atau gold saja, memang tak sesuai dengan kulit aku yang 'terlebih' sawo matangnya. Hahahha.

"Baik aku pilih mix colour," bisik nafsu aku. Hehehhe.

Harganya boleh tahan juga. Sah! Tawar-menawar memang urusan aku. Dapat kurang 35% daripada harga asal (RM440) yang dipamerkan.

"Agak kurang lagi tu," bisik nafsu aku.

"Encik, hari manyak panas lorr... Kepala saya manyak sakit la," kata Nyonya, tauke kedai jam tu.

"Ya la tauke, manyak panas. Kalau harga tu jadi...sama-sama kita boleh pergi minum cendol," balas aku.

Aku dan nyonya tu sama-sama gelak. Maklum le harga yang diminta menyakitkan telinganya mendengar.

Yang paling penting, mem besor memilih tarikh dalam bulatan tu..
Thanks..

Patah tumbuh, hilang berganti.

Aku hairan, tetiba je terpacul satu persoalan daripada mulut aku pada mem besor setibanya di rumah dan menerai jam baru..

Kalu tak hilang..boleh "cari" lagi?.....Hahahhah.
Mem besor nyengih sambil tangannya mencubit perut aku yang makin membusung!

Thanks for everything to Mem besor...pahit, manis, masam, kelat, pijor, masin, tawar..semuanya memaparkan indahnya WARNA-WARNI KEHIDUPAN..

**************************************
p/s :

1. Patutla, alhamdulillah..SELAMAT! bila terjumpa hp cokia tu.. kalu idak..hehheheh

2. Terima kasih kepada semua yang berkunjung ke blog Warna-warni Kehidupan.

Umur makin bertambah dengan nilai satu tahun. Menampakkan setapak ke depan lagi aku semakin hampir dengan tanah sendiri keluasan 6 X 4 kaki..yang entah di mana lokasinya.

Bersediakah aku? Cukupkah bekalan aku untuk menemuiNya?

"Udah-udah," ler...bisik NAFSU BAIK pada NAFSU JAHAT...




Continue Reading...

Macam tak percaya...

17 Oktober 2009, Tanjong Malim:

Hari ini aku terima massage di YM secara offline. Ada pesanan untuk aku ke rumahnya. Aku jenguk, aku teliti...sah! Itu untuk aku. Aku copy n paste je kat sini. Thanks my friend...

Menyingkap helaian
diari persahabatan
menyinggahi memori tercipta
pena menari
menyusun kata-kata
melabuhkan madah
mengungkapi suara hati
betapa hebatnya dia buatku
yang sering meniup sangkala semangat
pada ubun-ubun jahilku
yang kekadangnya tewas
pada permainan duniawi ini.
Pena ligat menari
menguntum bicara
sebaris kata keramat
TERIMAKASIH
THANK YOU
pada tarikh keramat
DIA.....Azlanlin
17 OKTOBER
HAPPY BIRTHDAY.....

Terima kasih juga dengan attach file untuk kad ini...

Jika yang cantik-cantik belaka mewarnai hidup..agak kurang meriah! Jika ditambah dengan buruk, masam, manis, pahit, kelat dan masyaammm..baru le meriah sikit hidup ni.
Barulah dikatakan
WARNA-WARNI KEHIDUPAN

>> Daripada aku : Thanks untuk semua orang di sekelilingku.. Family first!


Continue Reading...

Oct 13, 2009

Cuai atau pelupa..adehhh!

Penyakit aku ini mula melingkari hidup aku. Pantang aku alpa, ianya akan menyerang. Serangan yang aku terima tak mampu aku tangkis lagi. Adehhhh...

Nak kata tua bebenor, idak le juga sebab masih ramai yang lebih tua daripada aku tapi masih ok. Nak kata muda, juga tidak sebab aksesori silver semakin memenuhi ruang kepala aku. Tapi dengan penyakit baru ini, agak jenuh aku nak atasi. Sungguh, pantang aku alpa!

Beberapa bula lepas, jam tangan orient aku entah ke mana perginya. Entah di mana aku meletakkannya. Jika ianya tidak berada di tempat sepatutnya, memang aku hilang panduan untuk mencari semula! Maknanya, jam tangan aku itu entah ke mana... Tambahan pulak, aku tidak bekerja, jam itu tidak selalu di tangan....abissssssss.....

Petang tadi, setelah pulang aku daripada bertandang rumah rakan sekuliah aku daripada Indonesia.. entah ke mana hp cokia aku! Adehhh.. Malamnya, selepas Maghrib, aku kembali ke rumah sewaan mereka, tak jumpa! Aku sedari apabila aku hendak menggunakan hp. Aku tercari-cari dalam poket seluar, tak ada! Aku geledah dalam kereta, juga tak kutemui... ke mana perginya? Di mana hilangnya? Cuainya aku.. adehhhhh...

Yang peliknya, aku cuba call hp aku menggunakan hp mem besor. Deringan ada daripada hp mem besor, bermakna hp aku mmg berbunyi dan dilihat dalam kereta. Tak nampak dan tak dengar bunyi! Adehhhhh....

Aku akan buat geldah besar-besaran dalam kereta.. tunggu ko hp! Jaga ko main nyorok-nyorok dengan aku ek!!!!

Cuai atau pelupa?

Adehhhh.....
Continue Reading...

Oct 11, 2009

Fikir-fikir..

Nampak gayanya, dah lama aku tak buat entri baru. Aku baru habis kuliah untuk semester ke2. Assigment juga udah mula nampak jalan penyelesaiannya. Maka, kepala udah mula memikirkan entri fikir-fikir di kala dah mula nak cuti...Heheheh



Aku carikkan sehelai tisu putih bersih daripada kotak tisu. Aku bentangkan atas meja tulis. Aku tengah fikir-fikirkan untuk membentuk sekuntum bunga ros putih. Aku sedang mencari penyelesaian untuk memulakan projek bunga putih menggunakan sekeping tisu. Aku mencapai pen dakwat cair berwarna hitam di sebelah tisu itu. Aku mencabut tudung pen dengan sentapan yang agak kuat. Maklum le, pen dakwat itu baru dibeli, masih ketat lagi untuk mencabut tudung daripada badan pen.

Tiba-tiba terpercik setompok dakwat hitam kecil di sudut sebelah kiri tisu itu. "Aduhhhh.."' rungut hatiku. Aku masih tertanya-tanya kenapa aku boleh tersilap teknik membuka tudung pen dakwat itu sehinggakan dakwat boleh terpecik.

"Alamak... kertas putih tisu putih itu sudah ada tompokan dakwat hitam. Udah tak cantik dan bersih tisu itu lagi..." rungut hatiku..

Berdasarkan rentetan peristiwa di atas, apa pandangan pembaca sekalian?

1. Perlukah aku mengambil sehelai tisu baru?
2. Perlukah aku menyalahkan diri aku kerana ada percikan dakwat itu?
3. Tak pedulikan tentang dakwat tu, teruskan dengan projek yang dicadangkan..

Tolongggg....

Continue Reading...

Oct 3, 2009

Raya : Pelbagai dalam satu...

Bagi orang Melayu, bidang perniagaan bukan menjadi budaya dalam kehidupan kita turun-temurun. Bagi generasi baru yang ingin dan baru menapak dalam dunia perniagaan ini menjadi satu amalan yang agak sukar untuk diamalkan. Beberapa amalan yang tidak menjadi budaya dan tabiat, memerlukan kesabaran untuk mengamalkannya.

Kebiasaannya, kita terbiasa dengan mentaliti makan gaji. Malahan budaya sebagai 'pekerja' memang menjadi tabiat kita. Untuk itu, upgrade minda dan cara berfikir harus ditekankan. Penekanan ini memerlukan kesabaran dan ketekalan jiwa. Beberapa pengalaman untuk aku membentuk dan upgrade minda seorang pekerja kepada pengurusan memang menguji kesabaran aku. Dalam pada itu, kesabaran dan kekuatan jiwa kita sangat-sangat teruji. Itulah niat dan impian aku dan mem besor.. Insyallah, akan terlaksana di masa akan datang.


Hari raya ke7 lalu, aku kembali ke Melaka. Kami sekeluarga menginap di Strait Meredian. Aku ambil keputusan untuk membuat refleksi dan melihat perkembangan dan penguncupan yang berlaku dalam urusan perniagaan yang diuruskan. Alhamdulillah, semakin baik perkembangannya. Moga-moga impian aku dan mem besor akan tercapai. Semoga kami berjaya membentuk waris yang kami miliki akan berjaya dalam bidang perniagaan suatu hari nanti. Insyallah.


Saja discuss2 apa-apa yang patut untuk pengurusan 2010. Alhamdulillah, minda semakin terbuka.... Moga-moga kedua waris kami akan memiliki perniagaan sendiri.

Continue Reading...

Sep 28, 2009

Di sini : Segalanya bermula...


Sebelum ini, aku ada mengisahkan rakan lama 21 tahun yang takde kabar berita. Itulah nama diberi. Kini, memang benar, dia berada di Tapah. Tak jauh dari Tanjong Malim. Kira-kira 45 minit perjalanan kereta.

Baru kutahu, beliau juga 'sekerja' dengan aku. Sama profesion. Sama juga dengan hubbynya. Dulu-dulu aku cuma dapat ketahui bahawa hubbynya sahaja yang cikgu. Rupa-rupanya, dia juga sebegitu. Idarah telah memperolehi no telefon aku. Petang tadi, aku dihubungi melalui sms.

Seronok rasanya, pabila dapat jumpa rakan lama. Melalui sms, kini aku ketahui bahawa mereka ada menjalankan sedikit bisness untuk memenuhkan ruang masa. Aku yakin, mereka akan berjaya. Moga-moga sebegitu dan insyaAllah.

Inilah website yang mereka bangunkan untuk mempromosi bisness mereka. Kagum aku dan TAHNIAH daripada aku sekeluarga. Bisness mereka melibatkan kerongsang dan aksesori wanita. Jika nak ketahui perkembangan dan butiran selanjutnya, bolehlah anda KLIK DI SINI.

Di sini juga aku bertemu dengan adik angkat aku yang terputus hubungan sejak aku meninggalkan SM Raja Shahriman, Beruas dulu. Dilla namanya. Tetetiba, raya ke empat lalu, aku mendapat sms daripadanya. Gembira tak terkata. Aku teruskan khabar berita ini kepada mem besor. Mem besor tersenyum. Pastinya mem besor sememangnya kenali aku sepenuhnya. Orang yang gemarkan ikatan sesama rakan dan keluarga yang amat rapat!

Kata adik angkat aku itu, diblog inilah dia mendapat no telefon aku setelah nama aku ditaip kat google search. Cuba le rakan-rakan blog taip nama kat google search. Apakah url yang teratas? Alhamdulillah. Dilla juga berada di Tapah. Khabarnya, anaknya baru masuk 6 orang, Alhamdulillah. Syukur, menang dia 3 orang daripada aku. Tahniah..tahniah..

Juga, kat sini juga...rakan lama di Kluang yang telah berpindah ke Putrajaya. Muhliden namanya. Sebelum ini, beliau bekerja di INTAN, Wilayah Selatan. 3 tahun sebelum aku berpindah ke Tanjong Malim, beliau telah berpindah ke Putrajaya. Pasti meriah, jika aku dapat bertemu dengan insan-insan istimewa ini (bagi aku le..) Alhamdulillah, pastinya aku akan bawa famili untuk ketemu dengan mereka ini yang amat istimewa bagi aku...

Syukur sesangat...

p/s: Apa no hp ko din?

Continue Reading...

Sep 17, 2009

Raya : Pakat anak beranak

Cuti sekolah sempena raya sudah bermula. Projek baru dimulakan. Projek ini projek anak beranak. Projek ini sekadar memeriahkan suasana untuk merasai musim raya. Walaupun sempoi, tetap ianya dilaksanakan.

Petang tadi, aku membeli segala keperluan projek. Cornflake, madu dan margerin. Gula dan cup cake dah memang ada stoknya. Lepas berbuka, anak-anak dah mula bersedia dengan tugasan masing-masing.
Bahan-bahan asas

Jam 10.00 malam, projek bermula. Aku membuat sukatan ikut cawan (aku rembat dalam almari. Mem besor tak tahu). Madu, gula dan marjerin di masukkan dalam cawan masing-masing.

Memula, cairkan marjerin dlm kuali. Kendian campurkan gula dan madu. Kacau hingga gula mencair dan sebati. Ambil cornflake, ramas-ramas sikit utk kecilkan saiz, baru dimasukkan dalam kuali. Gaul hingga sebati... siap! Ini tugasan Amira.
Amira si tukang gaul. Amir sedang beraksi!

Ketika itu, Amirul membentang surat khabar atas lantai. Amir kena susun cup cake yang kosong atas surat khabar. Amira dan Amirul kena masukkan conflake yang manis dan berkilat ke dalam cupcake. Amir pula taburkan chocolate rice atas conflake dalam cupcake. Pandai-pandai le korang. Aku kena peratikan kerja diaorang. Maklum le, siap 2 cupcake, 1 hasil dlm cupcake masuk mulut depa! Cepatnya siap... Sempoi ja, tak dimasukkan daam oven langsung. Apa yang ada jer!. Hehehhe.
Projek pakat adik-beradik

Mem besor jadi pemerhati dari jauh. Ada tugasan tersendiri. Baju raya tukang jahit memang akan siap last-last minute. Sekarang dok ngadap mesin jahit je. Baju tema warna oren untuk tahun ini. Tahun depan warna apa pulak ek?

Oren : warna tema sekeluarga!

Weiiii...bila nak balik kampung ni? hehehhehe.


Bila dah sejuk
Continue Reading...

Sep 15, 2009

Idarah Nafisah : Mencanai Memori 21 tahun lalu

Tidak disangka..itu ungkapan yang boleh disebut. Situasi di luar jangka. Jambatan terbina utk mengenali sahabat yang baru dan terus mencari sahabat lama. Blog inilah sebagai jambatannya.

Itulah hakikat kehidupan. Datang dan pergi silih berganti umpama roda. Pusingannya akan kembali. Tidak sentiasa di atas meskipun di bawah. Putaran akan terus berlaku. Itulah hidup kita.

Kini, hampir 21 tahun..kenangan kembali menjelma. IDARAH NAFISAH nama diberi. Tiba-tiba nama itu terpacul di chatbox. Usai membacanya, nama itu muncul semula sepantas kilat, setelah terpendam lama dalam kotak memori jangka panjang. Itu kerana nama itu aku belum jumpa di mana-mana, hanya dia yang milikinya. Itulah kekuatannya. Iras wajah, gelak-ketawa, gurau-senda, kutuk-mengutuk, umpat-mengumpat; semuanya menjelma kembali.



Yang paling aku ingati raut wajahnya sememangnya 'cute' sewaktu di alam persekolahan. Aku mula kenalinya setelah aku memasuki asrama di Beruas sewaktu tingkatan 4. Ketika umur itulah, aku mula kenali konsep 'survive'. Juga mula mengenali dunia luar. Jika tidak, sememangnya bersekolah di kampung sahaja. Walhal, asrama di Beruas juga sememangnya kampung. Itulah dinamakan HIJRAH.

Pernah sekali aku diketawakan dek Idarah Nafisah kerana aku menyatakan yang aku tak tahu cara naik bas utk pulang ke kampung aku. Hahahahha. Bertuah ko! Itulah pengalaman aku berusaha sendiri dalam menguruskan diri. Ketika itu jugalah aku mula nampak hala tuju kehidupan. Jika tidak, rasanya..entahlah.

Tentunya, Idarah Nafisah akan ingat semula dengan nama-nama ini. Karim Dendang (kini Cikgu di Kedah), Zul Ayam (tak tau di mana), Zuraida Ariffin (anak posmen Beruas - taktau di mana), BadrulHisham (PPD di Cameron Higland), Rosniah (Cikgu di Teluk Intan - Changkat Lada)...ermm..sapa lagi ek? Tak ingat dah.

Rasanya, untuk entri ini, aku tidak menyingkap memori 21 tahun lalu melalui perkataan. Biarlah ianya menjadi gaulan kenangan dalam minda sahaja. Tentu ada sebab dan musababnya.

Aku pasti, Idarah Nafisah akan kembali menjenguk blog ini. Aku canaikan entri khas untuk Idarah Nafisah. Hubungi aku melalui telefon atau email. Dah berapa orang anak sekarang ini. Entahlah. Dah pakai baju saiz apa sekarang? Hahahahha. Soalan menyengat!

Maka, jika mana-mana rakan yang mengenali aku bolehlah hubungi aku di telefon atau email. Juga aku sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan lama.......
Continue Reading...

Sep 12, 2009

Musim Raya : Aneka Tunjuk

Di musim raya sebegini, fenomena tunjuk memang popular sama ada di Bazar Ramadhan atau alam maya (laman web : blog, wordpress dsb). Tambahan pula saat akhir sebegini, sememangnya tsunami tunjuk memberikan kesan yang sangat mendalam kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidilfitri.

Rata-rata, kita boleh melihat pelbagai ragam kesan tunjuk. Yang penting matlamatnya ialah satu - penuhkan balang kuih raya di musim raya. Khususnya di blog dan wordpress, paparan fenomena tunjuk sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada smeua pembaca. Marilah kita teliti kategori tunjuk.
Gambar hiasan : Internet

Tunjuk 1:

Ada sesetengah rakan maya telah tunjuk jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Adakalanya, menu, ramuan dan cara membuatnya disertakan sekali bersama dengan gambar hasil kuih tersebut. Hasil tunjuk sebegini mampu membuka minda pembaca lain untuk mencuba menu tersebut. Hasil tunjuk ini, berjaya memenuhkan balang kuih raya di minggu pertama musim raya.

Gambar hiasan : Internet
Tunjuk 2:

Ada juga rakan maya yang tunjukkan jenis-jenis kuih yang dihasilkan. Pelbagai hiasan yang berwarna-warni untuk membuka nafsu rakan-rakan lain. Maka, pelbagai jenis kuih raya itu boleh diorder secara online. Ada bayaran, ada le jeins-jenis kuih akan sampai di hadapan pintu rumah. Tunjuk 2 ini kaedah moden. Kaedah ini juga membolehkan balang kuih raya akan terisi.

Tunjuk 3:

Ada juga rakan-rakan sekerja yang bijak dan mempunyai masa dalam menyediakan aneka kuih raya. Sempat juga ditunjukkan sampel kuih raya dalam plastik untuk memberi peluang kepada rakan-rakan sekerja membuat tempahan. Kaedah ini amat popular di kalangan yang bekerja dan mempunyai rakan-rakan sekerja. Kaedah tunjuk ini mampu memenuhkan TABUNG duit raya. Heheheh.

Tunjuk 4:

Kategori ini agak tradisional dan menjadi amalan buat keluarga yang tak berkesempatan membuat kuih raya sendiri. Ada sesetengahnya sememangnya tak reti nak membuat langsung. Ada sesetangahnya yang poket tebal sikit untuk memenuhkan balang kuih raya. Kaedah ini sangat mudah. Sesiapa yang merayau di Bazar Ramadhan, aneka kuih raya bertimbun-timbun. TUNJUK aje, tukarkan wang kertas dengan kuih raya. Tiba di rumah, balang kuih raya sudah boleh diisi.

Kaedah ini juga boleh digunakan secara moden atau tradisional. Boleh tunjuk jenis kuih yang dijual secara online atau sampel2 kuih dalam bungkusan plastik untuk dibuat tempahan. Pilihan sangat banyak. Poket yang tebal, boleh jadi kempis untuk memenuhkan balang kuih raya di rumah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada ketegori tunjuk selain daripada 4 kategori ini? Antara 4 kategori tersebut, kategori mana menjadi pilihan anda?

Continue Reading...

Sep 9, 2009

Gambar : Mengungkap kisah

Pengkisahan ini bermula setelah jari udah boleh menguit untuk mengetuk keybord. Gambar di bawah diletakkan lebih awal berbanding ceritanya. Komen2 yang ada juga adalah justifikasi berdasarkan gambar semata-mata. Cerita yang sebenar masih dalam minda!!!


********************************************
Tanggal jam 9.30 malam, 080809 - Amira meluahkan isihatinya. Berbunga-bunga ayatnya. Awalnya, aku langsung tidak mengendahkannya.

"Ayah, masa Along jawab soalan BM UPSR tadi, Along asyik teringat kat coklat Cadbury. Ermm..sedapnya" kata Along untuk menganyat ayahnya. Pabila tidak dipedulikan, Along menganyat mamanya pulak. Bila ayat mengayat dari mem besor udah keluar aku tak berupaya nak menolak. Hehehe.

"Jom, kita ke Billion. Sapa lagi nak ikut?" ajak aku kepada pengekor-pengekor setia.

Aku, Amir dan Amira memakai halmet masing-masing. Kami bergegas ke Billlion menaiki motor Kriss dalam kelajuan 60km/jam. Apabila melepasi Taman Wangsajaya, aku memperlahankan kelajuan dalam 30km/jam dan bersedia untuk membelok ke kanan ke arah rumah kedai yang ada Pasaraya Billion. Tiba-tiba, diselekoh tersebut, aku melintasi tumpahan minyak diesel yang kehitaman atas jalanraya. Apa lagi... jadi superman la.

Tangan kanan terpaksa memaut Amira yang membonceng di belakangku. Amir yang berada di hadapan (dalam bakul depan) diampu menggunakan kaki kanan. Kami terbaring atas jalanraya. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Biar tangan dan kaki terseret agar anak-anak terselamat. Malahan, Amira akan duduki UPSR untuk hari kedua.

Alhamdulillah, jalan lengang. Beberapa kenderaan mula berhenti di kiri dan kanan jalan. Aku bangun, perhatikan anak-anak. Amira selamat tanpa luka. Amir luka di dagu. Aku beri arahan untuk AMira membawa Amir ke tiang lampu di tengah-tengah pembahagi jalan. Aku sukar untuk bernafas. Setiap kali cuba bernafas, terasa dada sesak dan urat belikat kanan disentap-sentap. Fuuuuhhhhh, inilah kali pertama aku jatuh motorsikal yang agak kritikal.

Beberapa orang mula membantu. Aku duduk tertunduk-tunduk sambil menekan dada di birai pembahagi jalan. Cuba bernafas perlahan-lahan. Dua orang muda cuba mengangkat dan menyorong motosikal untuk di parkir di perumahan kedai seberang jalan. Sempat lagi aku memberi arahan untuk kunci handle dan menyerahkan kunci kepada aku walau dalam nada yang tersekat-sekat. Seorang lelaki berkereta Satria hitam, mengajak aku dan anak-anak ke hospital Tanjong Malim. Aku menuruti sahaja. Sempat aku meminta seorang lelaki memasukkan 3 buah halmet ke dalam kereta satria itu.

Tiba di hospital Wad Kecemasan Tanjong Malim, aku menyerahkan kad pengenalan. Jururawat meminta alamat terkini di Tanjong Malim.

"Cik, saya rasa, alamat tu cik biarkan kosong dululah. Saya nak bernafas pun tak berapa nak boleh. Maaf ye cik. Tolong rawat anak-anak saya dulu", itu je yang sempat aku perkatakan pada jururawat tu. Samseng ke aku? Mananya aku larat untuk menjawab banyak perkara dalam kesesakan.

Sewaktu Amir dirawat dan dicucuk ubat tahan sakit di atas katil pesakit, aku menelefon mem besor untuk datang ke Hospital Tanjong malim.

"Ada accident sikit. Jatuh motor. Semuanya OK. Dtg hospital Tanjong malim. Be careful!" itu je ayat-ayat yag sempat aku perkatakan pada mem besor.

Ketika itu, aku dipanggil untuk baring ke katil kedua yang baru dibawa masuk ke Wad kecemasan. Ubat tahan sakit dicucuk ke lengan kanan. Luka dicuci. Mak oiiiii. Pedihnya! Patut le si Amir terjerit-jerit juga. Aku masih cuba bernafas... kali ini agak panjang udara disedut. Alhamdulillah.

"Encik, semalam, ada juga yang jatuh motor di tempat yang sama. Katanya terlanggar minyak diesel atas jalan. Juga masuk wad ini." kata pembantu perubatan sambil menenyeh iodin di tempat luka.

Dalam kepala aku, mungkinkah tumpahan itu disengajakan? Adakah tumpahan kenderaan berdiesel hanya di selekoh itu saja? Wallahualam.

Mem besor tiba dengan Si Amirul. Aku minta mme besor berikan maklumat pada jururawat pendaftaran tadi. Selesai. Aku minta mem besor ucapkan terima kasih pada lelaki Satria Hitam yang masih menunggu di luar. Fikirnya, beliau akan menghantar aku hingga ke rumah. Mem besor sattlekan hal itu. Terima kasih saudara Satria Hitam dan sesiapa yang membantu sewaktu kejadian.

Balik ke rumah, sempat aku mintakan Amirul snap gambor luka seperti di atas sebagai kenangan. Itulah pengalaman jatuh motor. Bayangkan, kalu aku menaiki Vulcan 500cc (ChentaHati) tu, kompom aku dan anak-anak akan lebih teruk. Apabila menaiki Kriss, sempat le juga untuk kawal anak-anak di depan dan belakang.

Aku minta mem besor berunding dengan anak-anak bujang sebelah rumah aku (student Politeknik) untuk mengambil motorsikal aku dan hati-hati dengan selekoh ke Billion. Semoga mereka selamat. Insyallah.

Semalam, aku menerima 2 orang sahabat yang menziarahi aku di sebelah petangnya. Terima kasih sahabat. Ustaz SKSV dan Mr DUN.

Juga ada sms gurauan yang aku terima daripada sahabat Sarawak :
"Itulah u, suka sangat jadi burung hantu. Apapun gambar u seksi. hahahha. Moga cepat sembuh"

Sms lainnya daripada abang aku di Sarawak:
"Kahkahkah. Tak berguru abis le tu.. Spatutnya jalan yang disagat, bukannya bahu & lengan. Apa2pun, selamat berpuasa dan berehat."

Semua ayat2 yang dinyatakan ekoran beberapa sms sebelumnya. Ayat-ayat gurauan setelah aku mula membuka ruang gurauan sms... Idak le nampak parah sangat.

Pagi tadi juga aku menerima panggilan dr sahabat bmaya aku di KL. Terkezut juga aku kerana nombornya berlainan. Terkeluar le suara formal aku di permulaannya sebelum mengetahui sesiapa di talian.

Juga terima kasih kepada sahabat-sahabat maya yang menitipkan di ruangan komen sebagai tanda empathi. Terima kasih semua..

Hari ini aku telah ke Library utk meneruskan urusan-urusan yang tertunggak... Alhamdulillah. Cuma aku hanya menaiki Nissan kerana autogear dan power steering.
Kaki dan tangan kanan bleh relaks. Heheheh.

Continue Reading...

Sep 8, 2009

UPSR : Bukanlah elemen penentu masa depan

Geruh, resah, yakin dan gemuruh saling berganti. Itu proses biasa apabila seseorang pelajar memasuki dewan peperiksaan. Bagi pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2009 pastinya melalui perasaan sebegitu. Itu proses biasa.

Kekadang, sebagai ibu bapa terlebih risau berbanding anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini. Guru-guru juga tidak ketinggalan yang resah gelisah memikirkan anak didik mereka yang sedang menjawab kertas peperiksaan hari ini. Ini kerana anak-anak dan anak murid yang menduduki peperiksaan hari ini seperti menduduki ujian-ujian biasa sahaja. Ada juga anak-anak didik yang seumpama ceria tanpa ada terdetik perasaan gemuruh di pagi hari untuk menduduki peperiksaan. Itu semua asam garam demam peperiksaan.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR hari ini semoga anda perlu tenang demi menenangkan anak-anak anda.

Ibu bapa, perlu ketahui bahawa UPSR bukanlah elemen penentu kejayaan anak-anak di masa akan datang. UPSR hanyalah sebagai langkah mula untuk memasuki ke alam yang lebih pancaroba. Waima tersungkur untuk UPSR, masih ada ruang dan peluang untuk bangkit semula dalam mengatur langkah. Namun, apabila UPSR mencatatkan keputusan yang cemerlang, itu hanyalah langkah mula yang lebih teratur dan tersusun untuk amsa depan mereka.

Selamat Menjawab Dengan Tenang

Siap buat tanda peace sebelum ke sekolah pagi tadi. Jawab le sebaik mungkin... Nampak gayanya, soalan untuk hari ini agak mudah. Mudah-mudahan Along dapat buat yang terbaik! Esok tak tau lagi....

p/s : Baru dok explore utk editing gambor warna berlatar belakangkan hitam putih... semunya ada dalam internet

Continue Reading...

Sep 7, 2009

Semut Hitam : Antara perlambangan dan petua

Kebiasaannya tak kira waktu musim panas atau hujan, semut hitam akan berjajaran dalam barisannya bergerak dalam kumpulan. Barisan itu sentiasa tersusun dan mengikut langkah yang di hadapan. Tidak pernah memotong, tidak pernah menindas/memotong orang hadapan atau belakangnya. Cubalah kita perhatikan pergerakan mereka.

Pada pemerhatian aku, sama ada di rumah kampung atau rumah teres, barisan semut hitam ini akan jelas kelihatan waima rumah kita yang sentiasa bersih dan terhindar daripada bertaburan sisa makan di lantai. Apatah lagi jika sememangnya berselerakan sisa makanan atau jajan yang dimakan oleh anak-anak kita bertaburan di atas lantai. Pastinya makhluk ini akan meriah memungut sisa itu sebagai stok makanan mereka untuk di abwa ke sarangnya semula. Manakala, jika rumah flat atau kondominium yang agak tinggi kedudukannya, tak tahu la pulak sebab aku belum pernah ada pengalaman menetap di rumah seperti itu.

Sumber : Internet

Kebiasaannya, sikap dan tingkahlaku manusia seringkali dikaitkan dengan sikap dan sifat semut hitam. Tak kira sewaktu segerombolan semut hitam yang menjalar di dinding atau di lantai atau menjunjung makanan. Sikap semut hitam yang rajin, kuat berusaha, bekerjasama, tak kenal penat-lelah siang dan malam adalah sikap dan tingkahlaku yang sering menjadi perlambangan untuk manusia. Sikap-sikap ini menjadi inspirasi untuk manusia dalam menyatakan perlakuan inisiatif ketika menjalani kehidupan seharian.

Namun demikian, ketahuikah kita bahawa semut hitam adalah alat pengesan banjir yang tepat tanpa sebarang kos diperlukan. Malahan pergerakan semut hitam ini mampu menjadi petanda akan berlaku banjir besar khususnya di musim tengkujuh. Dikatakan pergerakan semut hitam yang bergerak ke suatu tempat yang lebih tinggi misalnya dari dalam rumah, semut-semut hitam ini bergerak ke luar rumah dan memanjat pokok-pokok yang lebih tinggi. Pergerakan mereka dalam barisan yang teratur secara beramai-ramai berserta menjunjung stok makan mereka.

Pendapat dan petua ini adalah berdasarkan pengalaman kendiri seorang penulis yang telah tersiarnya artikel berkaitan hal ini di dalam Berita Minggu( Ahad - 1975). Kini, tulisan berkaitan pengalaman beliau telah disemadikan di alam maya untuk dikongsi dengan semua pembaca. Penulis telah mengukuhkan hal ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri sewaktu kejadian banjir besar tahun 1970 dan awal 1971. Selepas kejadian itu, pergerakan semut-semut hitam ini menjadi petanda bagi mengesahkan petua ini untuk tahun 1972, 1973 dan 1974 untuk fenomena banjir. Sejauhmanakah kebenaran petua ini?

Aku sendiri belum pernah melihat kejadian ini untuk dikaitkan semut hitam sebagai alat pengesan banjir. Bagaimana dengan rakyat Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu?. Kedua-dua negeri ini amat sinonim dengan kejadian banjir setiap tahun apabila tibanya musim tengkujuh. Pernahkah anda melihatnya?

Atau ada pembaca lain yang mengetahui petua-petua lain berkaitan dengan semut hitam ini? Sama-samalah kita kongsi bersama untuk kita.


Continue Reading...

Sep 6, 2009

OKU - Blue Ocean Strategy

Malam tadi, aku membuka laptop setelah pulang dari Majlis Solat Hajat dan Penyampaian Saguhati untuk anak-anak yatim di SK Tanjong Malim. Majlis ini digabungkan sempena UPSR 2009 akan berlangsung minggu hadapan. Setelah on kan laptop, tiba-tiba terpacul sebuah offline messages di yahoo messengger daripada kawan aku. Tiada kata-kata yang ditinggalkan. Cuma diberikan link untuk bacaan aku di sini. Aku membaca beberapa perkara/isu utama dalam link tersebut. Agak menarik, peluang jarang datang berkali-kali. Aku mencari maklumat tambahan untuk mengesahkan maklumat tersebut. Ya, memang benar maklumat itu. Maklumat sebenar ada di sini. Nampak gayanya, aku tertinggal berkaitan maklumat itu. Terima kasih kawanku.

Aku fikir, belum terlewat untuk aku memanfaatkan ruang dan peluang yang ada. Peluang begini bukannya ada untuk semua orang. Ia hanya wujud untuk golongan yang seperti aku saja. Itulah aku bersama kelompok itu. Adakah ini dikatakan Blue Ocean Strategy?

Mana-mana pembaca yang ada ahli keluarga atau diri sendiri, boleh le cuba-cuba memohon biasiswa bagi yang sedang menyambung pengajian sepenuh masa di IPTA dan termasuk dalam kategori ini. Hal ini bukannya mengambil peluang tetapi manfaatkan peluang yang ada. Jika peluang datang berkali-kali, kira bonus. Kan?

Banner yang menarik dan Hiasan Meja Makan

Kini, barulah aku masukkan beberapa rakaman peristiwa berkaitan majlis yang aku hadiri bulan lepas. Baru ada peluang masukkan gambar-gambar ini setelah ada isu yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Peristiwa itu ada di sini dan di sini.


Menarik Gambar Jaguh yang beroda tiga.
Juga ucapan yang disusuli dengan bahasa isyarat.

Biasanya, apabila situasi ini dibualkan sesama rakan-rakan, pastinya ada soalan-soalan rutin yang biasa aku terima. Ye ke? Kat mana? Biasanya hanya keluar jawapan-jawapan standard daripada mulut aku sambil tersenyum untuk menjawab soalan-soalan itu. Kebiasaannya, ramai antara kita telah sedia ada mindset yang rigid apabila menganalisa berkaitan OKU ini. Kebiasaannya membicarakan dari sudut fikizal. Itulah kita antara kita. Itu adalah proses biasa.... kata kawan aku!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Butiran maklumat di laman web KPT, aku pastekan di sini.

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

  • Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;
  • Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar keistimewaan / kekurangannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaan / kekurangannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
  • Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.
.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:

  1. Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
  2. Diploma - 3 tahun
  3. Sarjana Muda - 4 tahun
  4. Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun
  5. Sarjana - 2 tahun
  6. Ph.D - 4 tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

Syarat-syarat kelayakan elaun khas ini adalah seperti berikut:-

  • Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar keistimewaan / kekurangannya semasa melanjutkan pengajiannya, tidak layak menerima elaun ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elaun ini.
  • Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima elaun ini.

BAYARAN ELAUN KHAS PELAJAR OKU

  • Kadar bayaran elaun khas pelajar OKU adalah sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester berdasarkan kepada dokumen tuntutan lengkap yang diterima (Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan bulan dalam semester).
  • Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.
  • Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau CIMB Bank sahaja.

PERMOHONAN / TUNTUTAN

Senarai tuntutan elaun pelajar OKU beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pusat pengajian pelajar-pelajar pemohon

Dokumen-dokumen hendaklah mengandungi perkara berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  2. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  3. Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
  4. Salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) atau CIMB Bank sahaja;
  5. Salinan surat tawaran pengajian;
  6. Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM (untuk tuntutan kali pertama);
  7. Borang tuntutan bayaran pelajar OKU (menggunakan format yang disediakan di laman web Kementerian Pengajian Tinggi);
  8. Status pengesahan terkini pelajar (slip pendaftaran setiap semester);
  9. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada).

* Nota:

  • Item (a) – (f) adalah untuk permohonan kali pertama sahaja. Tuntutan pelajar sedia ada atau berikutnya bagi setiap pelajar OKU memadai dengan item (g) – (i) sahaja.
  • Bagi pelajar ijazah lanjutan dalam mod penyelidikan, keputusan peperiksaan boleh digantikan dengan surat pengesahan pengajian dari universiti pada setiap semester.

Download : Borang tuntutan bayaran elaun khas pelajar OKU

Download : Borang Pendaftaran Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) / Program Pendidikan Khas (PPK) KPTM

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Pelajar-pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti yang mempunyai syarat-syarat di atas boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;

UNIT PINJAMAN DAN BANTUAN KEWANGAN
BAHAGIAN BIASISWA,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA

Telefon : 03-8884 4600 / 4606 / 4697
Fax : 03-8884 4701

Emel : unitpinjaman@mohe.gov.my

atau berhubung terus dengan pegawai yang terlibat;

NAMA NO TELEFON E-MAIL
EN. WAN AHMAD HILMAN BIN WAN ADAM
03-8884 4606 hilman@mohe.gov.my
CIK NOORHALYZA BINTI MOHAMMADDIN
03-8884 4697 halyza@mohe.gov.my
EN. MUHAMMAD B. MOHD YUSOF
03-8884 4626 mamatkpt@mohe.gov.my



Continue Reading...

Aug 30, 2009

GERBANG MALAM : Riuh dalam sunyi

Malam tadi, cuaca agak dingin. Amirul masih demam, Mem besor pulak udah kebah badannya. Dok umah pulak memang agak lemau. SMS adik ipar di KL, mereka sekeluarga sudah pulang ke Melaka. Waduuuuhhh..

Asalnya, plan malam ni nak ke KL. Boleh juga bersahur di rumah adik ipar. Maka, plan berubah.

"Jom kita ke Ipoh ja.." ajak aku untuk anak-anak.

Mereka semua jadi ajer. Bergerak ke Ipoh membelah dingin. Saja nak jalan-jalan ambil angin. Semenjak cuti belajar hampir setahun ni, badan dan kepala otak aku jadi lemau. Boring jugak. Aku telefon kawan lama yang berada di Ipoh.

"Mana tempat yang best di Ipoh malam-malam ni?" tanya aku.

"Gerbang Malam" katanya ringkas.

Kat mana pulak tempat tu. Dalam tahun 90an dulu mana ada sewaktu 2 setengah tahun aku berada di Hulu Kinta. Waduhhh.. yang pasti ia berada di tengah-tengah bandar Ipoh.

Nampak gayanya, highway Ipoh Selatan sudah siap dan sudah adanya signboard. Mudah la jugak. Malangnya, exit tol Ipoh Selatan terasa macam baru. Aku dah tak cam! Nak ke bandar Ipoh pun aku dah tak tau. Terpaksa bertanyakan orang yang sedang membaiki jalan lebih kurang jam 11 malam.

Merayau-rayau aku di tegah bandar Ipoh. Akhirnya jumpa juga. Tu dia...

Panorama Gerbang Malam : Riuh dalam sunyi

GERBANG MALAM. Aku tak bawa kamera. Gambar-gambar ni just cilok dari internet dan tempek ka sini.. hehhehe


Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template