PROJEK 1:
Kete Mr Bean - Cikgu Zamri punya.
(kete anak bapa angkat angkat aku di Simpang Renggam)
Dia dah jual Wolkswagen warna silver, thn beli yang ni pulak dah.
(ada dlm entri sebelum ni)
(kete anak bapa angkat angkat aku di Simpang Renggam)
Dia dah jual Wolkswagen warna silver, thn beli yang ni pulak dah.
(ada dlm entri sebelum ni)
Kereta Cikgu Zamri yang baru dibelinya. Perlu diubahsuai hiasan dalamannya dan enjin serta beberapa menatang yang lain untuk mencapai kesedapan tahap gaban! Ghega yang dibelinya ialah RM18,000.00 siap tukar nama pada geran! Aku ada mencadangkan untuk tukarkan enjin Mira L200s (turbo). Kini pembaikannya dah hampir mencecah ghega sebiji halfcut Mira L200s. But, coustumer always right! Bayangkan, absorber depan, sebelah aje dah ghega RM300 lebih, siap bleh adjust lagi..sbb dia nak yang baik punya! Absorber asalnya dah kiok!
Hiasan dalamannya sedang dikemaskini...Seat Kancil/Mira TRXX digantikan! panel dashboard disalut dengan kain harimau belang...ngancam beb!
PROJEK 2:
Waaaa.... ini kete MORRIS CLASIC yang baru aku beli di Kota Tinggi! Gheganya cuma RM1,000.00 setelah berbincang semasa tawar menawar dulu. Dalam bab tawar-menawar adalah satu situasi yang paling aku gemari untuk menakluki keadaan dalam keadaan lembut dan mencairkan! Kipas siap tetonggok kat depan!
Pomen aku wiring semula kipas tu untuk dibawa balik kereta Morris ni dari Kota Tinggi ke bengkel aku di Simpang Renggam! hahahahah...Yang menariknya, enjin kereta ni, tuan asalnya dah tukarkan ke C20 (enjin van). Pomen aku cadangkan untuk masukkan enjin Ford 1.8cc yang dah memang ada stok kat store aku! Aku kira jadik jer!
Projek ni, bila nak siap pun aku tak tau kerana, pomen-pomen aku tak menang tangan setakat ni. Alhamdulillah, syukur sesangat...yang penting para pelanggan selesa untuk datang ke bengel aku. Cadangnya, kete MORRIS ni dicatkan semula kepada warna oren Gen2..aku dah siap belikan cat untuk diaorang kerjanya dan membogelkan kete ni.
Harap-harap, dapat le kut siap untuk aku bawa sewaktu KONVO di IPPM, Melaka nanti...baru kerek sikit...Kebanyakan orang lebih berselera dengan kereta baru dan berkuasa tinggi ...tetapi, aku lebih berselera dengan yang klasik! Don't jugde person by the car! wakakakaka...
Pejon- membuat tuning kat kete honda, tauke transpot di Simpang Renggam
Kodok - kat belakang sekali sdg membuat top overhaul wira, manager kilang di Simpang Renggam
Kodok - kat belakang sekali sdg membuat top overhaul wira, manager kilang di Simpang Renggam
Setakat ni, bengkel aku memiliki 6 orang pomen termasuk aku! Eh..aku ni reti pomen ke? Wakakakaka... nak tolong ambil spanar pun asyik tersilap nombor spanar jer... Walaupun aku tersilap ambil spanar, kompom pomen aku tak berani nak ketawakan aku kerana muka aku sememangnya serius selalu time keje! Atau memang muka aku ni jenis orang yang serius? Hanya orang yang mengenali aku je yg tahu bahawa aku ni apa typenya.... Bengkel ni akan menyambut usia yang ke3 pada bulan Mac ini... alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku suka melihat orang-orang muda yang dapat menumpukan pada kerja tanpa membuang masa dengan melepak!
IJAN - lulusan Politeknik Kota Melaka
Pejon - lulusan Politeknik Sult. Ahmad Shah, kuantan
Kodok - lulusan Kolej Komuniti Tangkak
Mie - lulusan Giat Mara Benut
Man - lulusan Kolej Teknologi Johor
Aku - hanya reti tengok & menyuruh pomen buat keje & melayan pelanggan berborak! Itu je le keje aku! wakakakakaka...
12 Coretan Lain:
JITU AUTO SERVICE CENTRE
Saya tertarik dengan nama bengkel ini.
Jie2.
http://kujie2.blogspot.com
Kereta lebih berselera yang klasik,,kalau orang tak pulak!!!
salam PakTam. Selamat Tahun Baru. Wah, boleh la bergaya dengan kereta baru tahun 1429H ni. Siap bersayap belakang mcm kereta Batman. Selamat berpomen.
Insan berkelulusan tinggi tak semestinya menjadi pemerhati sahaja. Cuba le buat apa yang orang lain buat. Menghayati dan menikmati apa yang tak biasa kita buat, umpamanya menjadi "Tukang Cat", nelayan atau lain2 kerja yang tak pernah kita lakukan. Apa pandangan DakLan. Mak oii sedihnya aku ...
try your best jd pemerhati nbr 1...
lalala...
To Jie:
Nampak gayanya, kita ni mcm ada persamaan dari sudut yang diluarjangka. Menarik tu.... ngeh...ngeh..ngeh..
To Jiwanurani:
Seronok juga melihat komentar jiwanurani bab minatnya barangan klasik khususnya kereta. Errrmmm...sapa kata DakLan tak sukakan orang klasik? Sapa kata...sapa kata...
:: Kan ke yang klasik tu, ada nilai estetika tertentu yang jarang-jarang dipandang orang....negh..ngeh..ngeh..
To PakTeh:
Selamat thn baru PakTeh... bab kereta batman...eeeiii, takutnya.. kena badi kluangman plak nanti! Ilang le nanti identitinya, tak gitu pakteh?
To Raszana:
Mmg benar, apa yang raszana ckp tu. Orang berkelulusan tinggi yang berasal dari bandar maupun kampung jarang yang banyak pengalaman kerja-kerja bawahan dilakukan. Tapi, kena juga terima hakikat bahawa, ada juga orang yang berkelulusan tinggi telah 'menikmati' perit dan jerih sebagai pekerjaan yang raszana sebutkan tu. Keadaan itulah yang membuatkan orang yang berkelulusan tinggi tu lebih menghargai apa yang diperolehinya dan memahami keadaan yang dialami oleh pekerja yang melakukan kerja yang raszana sebutkan tu!
:: Ibarat kata Dr Fadzly (penyanyi dan usahawan tu), dia benar-benar memahami perasaan seorang pencuci tandas kerana dia sendiri pernah melakukan kerja tu di oversea semasa dia belajar dia sana!
::Ermm..menarikkan dengan pengalaman-pengalaman yg mcm tu kerana ia akan mewarna-warnikan kehidupan kita...sekurang-kurangnya membuatkan kita mampu mengawal ego kita! x gitu raszana?
To mamaranggi:
::Sememangnya menarik untuk menjadi pemerhati no "walid" ni.. ttp lebih menarik apabila kita menyertai dalam apa yang kita sedang perhatikan..bolehkan mama?
::Join le kedua-dua kaki...
hehehhe bes ar jadik mandur ek...
tapi mandur bukan sebarang mandur...
Beshhh ke Muadz? Mana tau besh? Dah rasa ke? heheehhe... yang melihat mudah berkata-kata daripada yang merasainya...ngeh..ngeh..ngeh.. nak cuba rasa ke?
Post a Comment