Feb 4, 2009

Serangan Mulut

Aku tertarik dengan idea yang dipaparkan oleh Mr Jinggo. KEZALIMAN MULUT. Pastinya entri tersebut berkisar tentang pengalamannnya sendiri sama ada melalui pembacaan atau pemerhatian atau beliau sendiri yang mengharunginya. Hanya tuan diri saja yang mengetahuinya. Hal itu, aku tidak kisah kerana itu adalah luahan ideanya. Penimbulan idea itu, adalah proses dan kaedahnya mendapatkan ideanya sendiri. Aku hanya berminat untuk mengupas idea itu sahaja. Mungkin aku jenis orang yang tidak mementingkan proses tetapi mementingkan hasil. Bagi aku, proses mendapatkan sesuatu adalah bergantung pada kreativiti dan tektikal seseorang. Hasilnya adalah penting!

Untuk isu yang pernah aku sebutkan sebelum ini dan difikirkan berkaitan dengan isu serangan mulut ini ada di sini.

Serangan mulut amat berbisa. Bisanya mampu menusuk kalbu. Kalbu yang terusik pastinya sukar diubati. Ianya sentiasa terngiang-ingiang di telinga dan di minda. Apabila ini berlaku, perasaan menjadi resah, set minda akan terbentuk, perasaan membenci dan 'geram' akan membuak-buak. Isunya ialah kenapa membentuk set minda dan membenci yang membuak-buak?

Gambaran rupa orang dan kata-kata pedih akan berlegar-legar dalam minda. Satu-persatu serangan kata-kata seolah menjadi igauan perit dan menakutkan untuk kita menerimanya. Kenapa kita yang menjadi bahan serangan mulut menjadi menikus dan mendiamkan diri? Kenapa dan mengapa?

Mengapa kita tidak memositifkan keadaan itu? Puncanya ialah serangan kata-kata itu seolah-olah menyerang tentang kelemahan kita. Terkena batang hidung kita. Tepat pada sasarannya. Malangnya, kita menerima serangan mulut itu dengan mendiamkan diri. Tiada satu penampan dalam jiwa dan minda kita. Akibat mendiamkan diri, jiwa kita yang membungkam.

Mari kita lihat satu persatu mengapa kita tidak dapat menerima serangan kata-kata itu.

(Sudut Personaliti Orang itu)

1. Kita merasakan bahawa orang yang membuat serangan itu tidak menerima hakikat bahawa "itulah" diri kita sebenarnya.

2. Orang yang membuat serangan (Dia) adalah berbeza watak dengan kita. Kita merasakan bahawa kita tidak akan menyebut kelemahan-kelemahan orang. Maka kita menghendaki orang itu juga seperti kita.

3. Kita mengandaikan Dia tidak tahu nilai berkawan kerana menyebut perkara-perkara yang tidak sepatutnya disebut atau diusik.

4. Sebutan Dia pada kita adalah suiz-suiz kelemahan kita.

(Sudut Personaliti Diri Kita)

5. Kita sendiri belum mencapai tahap minda terbuka dalam membincangkan apa jua hal.

6. Tahap kekuatan mental dan EQ kita belum ke tahap maksimum.

7. Kita tidak mampu menerima kritikan orang lain terhadap diri kita.

8. Kita tidak mampu meneutralkan keadaan yang dilihat negatif menjadi sesuatu yang positif.

9. Kita masih gagal menjadi TUAN kepada jiwa, minda dan emosi diri kita sendiri.


Cara menangani serangan mulut:

1. Menerima kata-kata itu dengan hati yang terbuka.

2. Tidak meletakkan set minda terhadap seseorang semasa kita menerima serangan mulut.

(bersambung... anak-anak aku dah balik sekolah)

>>> macam ni semenjak jadi house husband...hehhehe <<<

1 Coretan Lain:

echah_syed on 2/05/2009 12:25 AM said...

best tak jadi house husband..??

kezaliman mulut..??

zalimnyer mulut ekk.aku rase ramai org yg zalim mulut kalo dah terlampau terdesak:

1.time marah
2.time baran
3.time bergurau senda pun bole gak tau :p

kalo aku dah lama sgt simpan ketidak puasan hati bole jadi gak zalim mulut.semua akan meletup weii!

siapa berani..?? ekeke :p

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template