Feb 25, 2009

73 peratus wanita tak puas di ranjang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Gambar Hiasan

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.

“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.

Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.

Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.

Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.

Sumber : KOSMO Online - 25/2/09

Komen aku:

Hasil kajian di Malaysia:
Lelaki : 62 peratus bagi lelaki kurang kepuasan.
Wanita : 73 peratus bagi wanita kurang kepuasan.

Apa pandangan semua pembaca tentang kajian ini? KENAPA DAN MENGAPA? Bagi para suami, adakah kita hanya memikirkan tentang kepuasan kita semata-mata tanpa mengira kepuasan pasangan anda? Isteri pula, perlu menyebut tentang apa jua cara/aktiviti yang disukai pada suami anda. agar ianya menambah seri.

Usah malu-malu kepada suami tentang apa anda yang diingini. Maka, usahlah kerana tanpa kepuasan seks semata-mata menyebabkan anda berasa kesepian dan kebuntuan. Berbincang dan berfokus dalam menyelesaikan persoalan ini dengan adanya win-win situasion mampu meleraikan segala kekusutan hal ini. Ketepikan ego memasing....

Selain itu, punca situasi ini berlaku ialah kurangnya tanda penghargaan antara kedua pasangan suami isteri setelah selesai aktiviti bersama. Sering juga saling salah-menyalahkan antara kedua-duanya apabila tiada kepuasan seperti yang diingini. Fikir-fikirkanlah demi kesejahteraan rumahtangga yang dibina sekian lama. Fikir-fikirkanlah....

KONSEP MEMBERI DAN MENERIMA harus ada padanannya... Kalau sekadar menjalankan tanggungjawab semata-mata umpama MELEPASKAN BATUK DITANGGA, inilah padahnya. Hargai dan hayati semaksimum mungkin dengan apa yang kita miliki....manfaatkan..

Ada berani komen ka?

8 Coretan Lain:

DUN Behrang 2020 on 2/25/2009 12:50 PM said...

Aiii! Brader aku yg sorang ni sejak masuk balik musim ujan nih...n3 pun semacam je ek? Tanpa malu2...komen aku...kena saling memahami dan "bertolak ansur". Sedangkan lidah lagi digigit...eh...tergigit daaaa!

azlanlin on 2/25/2009 12:57 PM said...

To DUN:

Hehehhe... musim panas ka, musim hujan ka..sama ja!! Hehhehe.

Lidah, memang "panas membara" apabila digigit dan tergigit..hehehe

Bab bertolak ansur kena tambah sikit lagi tu..menarik laju!! baru ada padanannya. hahahhah

Uiii...bagus la, berani ko komen ek..heheh. Aku tunggu lagi, sapa ada berani?

*SiRibenMerah on 2/25/2009 2:03 PM said...

wooooooo..
apekah yg berlaku??
hehehe..

ANUAR ZAIN on 2/25/2009 2:23 PM said...

Tu pasallah saya rasa tak berapa puas manjang jer! Rupanya kajian telah dibuat dan bukan saya sorang yg tak puas, ramai lagi rupanya. Menteri berkaitan hal ni perlu buat sesuatu ni, kalau tidak populasi negara kita akan kian susut! Jiran sebelah OK gamaknya ya!

ONE ZABA on 2/25/2009 3:32 PM said...

sedangkan gigi lagikan boleh terkancing... inikan butang baju. adat manusia tak pernah puas dgn apa yang ada walau anak dah berderet.

Unknown on 2/25/2009 4:56 PM said...

pehh... mujur aku termasuk dlm 38% lelaki yang puas dan 27% lelaki yang dapat memuaskan.... hehehe

GPI on 2/26/2009 5:10 PM said...

Terima kasih.

echah_syed on 2/26/2009 8:42 PM said...

power dah kurang kot..sila-sila check ape yg patut...hiks :p

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template