Hari ni, aku dan mem besor demam selsema. Badan udah tua kot... Pagi tadi, mem besor ada kuliah Kaedah Penyelidikan. Aku pulak menumpang di kelas member lain kerana ada belajar key in data untuk SPSS. Aku dah lupa. Hehehhe. Aku cilok je masuk ke kelas tu. Bukannya orang lain perasan sebab ramai student. Untuk kelas aku bagi subjek ni dengan Dr Ong, belum lagi nak belajornya. Cilok, jangan tak cilok..untuk kebaikan, takpa le kut..Heheheh. Amir ke SKTM secara sendirian naik basikal untuk kelas tuisyen BI dengan cikgu kelasnya. Amirul dan Amira buat kerja sekolah di rumah. Anak-anak aku memang kena belajar survive...
Malamnya, kami sefamili meronda kawasan untuk tinjau-tinjau aktiviti anjuran Kolej Harun Aminurashid. Macam-macam ada. Bagus jugak pengalaman untuk student UPSI yang menganjur dan mengikuti program itu. Pengalaman diaorang sangat berharga sebelum masuk ke alam pekerjaan sebenar.
Malamnya, kami sefamili meronda kawasan untuk tinjau-tinjau aktiviti anjuran Kolej Harun Aminurashid. Macam-macam ada. Bagus jugak pengalaman untuk student UPSI yang menganjur dan mengikuti program itu. Pengalaman diaorang sangat berharga sebelum masuk ke alam pekerjaan sebenar.
Aku bawa famili ke sana untuk melapangkan kepala. Merendek sepanjang gerai jualan mengelilingi blok kolej itu. Kami berhenti di satu gerai di sana. Gerai lukisan karikatur. Minta student lukiskan gambar sefamili. Lima beranak cuma RM10.00. Macam jenuh jer mamat tu nak lukis. Aku pesan kat mem besor, bayarkan RM15.00. RM5.00 tu untuk beli jajan dia. Saja untuk dia lebih berminat dengan bakat yang dia ada.
Dalam tempoh mamat tu lukis, aku jumpa eorang urusetia. Memang aku berhajat nak jumpa urusetia kerana ada maklumat yang ingin aku ketahui. Sebenarnya, aku terpandang banner aktiviti tu berhampiran warung Abuya. Ada kursus yang menarik. Kursusnya ialah Fotografi dan Editing Video pada esok hari (080209 - Ahad - 9.30 pagi). Aku dibawa oleh Bendahari Program untuk buat pendaftaran di bilik Urusetia. Ketika ini, mem besor dok melayan anak-anak di gerai karikatur. Nampak gayanya, aku sorang jer wargatua yang ikuti kursus tu. Selainnya ialah student muda-muda. Heheheh. Bayarannya RM10.00. Bayar awal-awal untuk dapatkan tempat. Ada dua kekosongan je lagi. Aku dah ambil satu tempat. Maka, tinggal je satu kekosongan.
Pengisian kursus tu ialah penggunaan kamera DSLR (ye ker ejaannya?) di dalam bilik/dewan. Aku dapat maklumat bahawa, kamera jenis tu ada dibekalkan sebanyak 5 buah. Mungkin satu kumpulan akan dapat sebuah kamera untuk latihan. Then, ada praktikal. Semua peserta kursus akan mengambil gambar di kawasan aktiviti program di luar bangunan. Semua gambar yang diambil akan dinilai dan dikritik. Ini akan memberi ruang kepada peserta mengetahui kemampuan kreativiti masing-masing. Bukanlah setakat syiok sendiri jer.. Sesi ini dikendalikan oleh Staff Jurukamera UPSI. Pastinya, aku akan jadikannya sebagai kawan aku selepas kursus ni. Maklum le, kawan pun tak ramai..
Petangnya pula akan dapat ilmu tentang editing video. Taklimat ini akan diberikan oleh salah seorang pensyarah seni. Bagus juga tu. Boleh juga aku ketahui tentang software yang digunakan. Baru akau tahu level kemahiran dan pengetahuan aku dalam ilmu ni.
Esok, jam 9.00 pagi aku dah kena ke Kolej tu. Mem Besor pulak akan bawa anak-anak ke Sekolah Agama Hulu Bernam. Ada aktiviti mewarna di sana. Crayon dan pensil warna dah dibeli petang tadi. Tengok le nanti macam mana hasilnya. Tungguuuu...
Maklumat umum tentang kamera DSLR ada di sini. Aku saja jenguk-jenguk sebelum ke kursus fotografi esoknya. Hehehhe. Jom kutip ilmu....
8 Coretan Lain:
aku tiap2 bulan beli majalah photography.... sekadar dpt tengok gambar kamera dlm majalah tu pun dah puas... bila pegi shopping complx... mesti singgah buat window shopping... lepas tu duk berangan... bila aku boleh pakai sony alpha 900 ke, nikon d90 ke,pentax k-m ke, olympus E30 ke... emmmm... nnt dpt duit pencen la kot
wah.. siyes nak berphotography eh.. hehe.. bagus ler.. semoga terus sukeses.. untung kat situ ada kursus semurah itu.. kiter pulak tak tau lagi bila nak masuk kursus.. tak pernah jumpa yang available.. jangan adict nanti udah haha!!
seronoknya duduk dekat dengan kampus, bila-bila masa boleh meronda 'tanah jajahan'... macam saya yang tinggal di Puchong ni, kena fikir banyak kali kalau nak ke kampus yang 140km jaraknya, huhu..
baru sedo ko dah tua bro..?? ish ishh ishhh :p
To Shifu:
Ko dah advance bro.. dah boleh berangan2. Aku baru nak jinak-jinak. Hehehehe.
To Andee:
Baru nak jinak2...entah serasi ke idak pun tak tau. Nak tunggu ko lego koleksi kamera ko kat aku je satu andee...bila?
To Marni:
Sebab dekat dan dah taktau nak buat apa-apa, mudah le ronda2 kawasan jajahan tu. hehehhe
To Echah:
Baru aku perasan..cuma jiwa je dok rasa muda lagi...selera besor sis...hehehe
Post a Comment