Feb 3, 2008

Kota Tinggi..

Hari ni aku ke Kota Tinggi. Malam tadi aku dapat sms jemputan daripada Md Nor sempena majlis makan-makan. Majlis ini dibuat sempena pembukaan bengkel barunya di Kota Tinggi. Mohd Nor ni aku kenal 2 tahun dulu semasa berkursus anjuran Mara di Johor Bharu.

Sebelum ke Kota Tinggi, aku ke bengkel dulu. Tetiba di sana, aku ternampak kete Mr Beans. Aku tersenyum! Aku membodek Cikgu Zamri untuk aku melaram ke Kota Tinggi. Maka, aku ke sana menaiki kereta Mr Beans. Saja nak test drive hingga ke Kota Tinggi. Hujan saja sepanjang perjalanan. Sakit pinggang oiiii bila naik kereta Mr Beans untuk perjalanan yang menjangkau 100km. Perrgghhh!

Wajah-wajah pomen Kota Tinggi dari kiri:
Sham, Md Nor, Wak Jai, Aku dan Enal

Tiba di sana jam 12.00 thari..ngam-ngam je time makan. Ramai juga geng-geng pomen Kota Tinggi termasuk costumer bengkel Md Nor. Bangga aku melihat perkembangan perniagaan rakan-rakan yang aku kenali. Pomen-pomen yang aku kenali di Kota Tinggi ni seumpama sifoo-sifoo aku dalam menguruskan bengkel.

Selepas makan, aku bergegas ke bengkel WakJai pulak di Taman Saujana, Kota Tinggi. Hari minggu, bengkelnya bukak. Hari ni juga aku dapat maklumat mesin scanner utk detect kerosakan pada kereta injuction. Menarik gak menatang tu hasil penerangan WakJai. Berharga RM8,000.00. Insyallah, akan aku usahakan untuk mendapatkan benda tu!

5 Coretan Lain:

izali on 2/04/2008 12:43 AM said...

ish, yg pakcik 5 org tu menyibuk la, nak tgk keter pon x leh...hehe

gambo keter..gambor keter...:p

echah_syed on 2/04/2008 2:11 AM said...

pilih pilih yg maner satu mo.. lelong lelong..1 rupiah 2 rupiah :p

mahal oooo kalo tuka ngn duit kita..

cheQ mo yg nom 4 tu..bole dak???


~ say cheeeese..yg baju kaler yelluoo tu mmg kontrol cungggg..senyum ciket jee :p

~ daklan kim slm kt depa naa.. :)

Cikgu Hakim on 2/06/2008 10:58 AM said...

apa depa komen pasal hasil karya G2 auto tue.. mesti ada yang nak anto keta mini depa untuk upgrade..

Pak Ngah: on 2/13/2008 1:33 AM said...

:: salam paktam... Acik kata kalau kereta tu di depan... baru besttt... baru nampak...

TIRAI HIDUP on 2/17/2008 6:28 AM said...

Daklan katakan pada mereka,mereka adalah hero sebab nampak tampan dan segak!lebih lebih lagi yg nombor 4!Oiiiitt dah ada orang booking ke no 4???so aku booking Pak Asdy la macam ni kuang kuang kuang...heheh sampai salam lawa kat depa juga bila bila mai pomen keta lawa dgn tuan tuan dia sekali sebb tuan dia pun nk kena pomen ni kahkahkah

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template