Feb 11, 2008

Hanya sekaki...

Sekaki...

Penjodoh bilangan yang memiliki analoginya yang tersendiri. Analogi ini bergantung kepada individu yang menafsirnya. Ada antaranya ialah tumpang sekaki, hanya sekaki, meh sekaki dan mcm-mcm kaki lagi..jgn kaki cagu..udah le.

Bagi aku, walaupun hanya sekaki (orang)...itu adalah warga OKU seperti aku. Namun dengan hanya sekaki cendawan...segagah mana ia berdiri teguh di tanah sekalipun tetapi tidak memberi tempias kelebihan dirinya kepada tumbuhan lain...ianya tidak bermakna. Seumpama sekadar membangga diri dengan kelebihan diri tanpa membantu tumbuhan disekelilingnya...hanya lebih untuk dirinya sendiri sahaja..

Bagaimana pula dengan cendawan-cendawan yang dibawah ini. Sanggup memberi peluang kepada cendawan lain tumbuh meliar disekelilingnya tanpa mengira...


"oiiii, itu ruang aku la!..." apabila melihat ada cendawan lain yang mulai tumbuh di sekitarnya.

Amat menarik jika difahami dan dihayati konsep tumbesaran cendawan ini.

"marilah tumbuh bersama dengan cendawan-cendawan lain di tanah subur ini"

Bagaimana pula dengan konsep cendawan yang dibina untuk memayungi ramai manusia lain di bawahnya...

Begitulah analogi tumbesaran cendawan ini yang mampu menjana makna yang amat besar. Fikir-fikirkanlah.

Di manakah kedudukan dan prinsip hidup dalam kehidupan kita?



15 Coretan Lain:

mama ranggie on 2/13/2008 8:59 AM said...

n3 yg menarik...

cuma kekadang kita terleka sebentar!

dan lupa ke mana arah kita...

Aleeya on 2/13/2008 3:49 PM said...

btol tu mama ranggie, mmg menarik, dan penulisan menarik ler blog ni, slm kenal

azlanlin on 2/13/2008 5:51 PM said...

To Mamaranggi:
>> Menagapa kita mudah lupa @ leka hala tuju arah kehidupan kita? Mengapa mama yek? Boleh kita kongsi2kan?

azlanlin on 2/13/2008 5:53 PM said...

To Aleeya:
>> apa yg menariknya dgn blog ini? sekadar kongsi-mengongsi mcm "rumah kongsi" heheheh...
>> jengah2 le selalu yer aleeya..

Aleeya on 2/13/2008 6:29 PM said...

menarik dari gaya penulisan dan entri nyer hehe, saya dari kampar perak, pernah dengar tak?

azlanlin on 2/13/2008 8:37 PM said...

To Aleeya:
>> Terima kasih aleeya. Rasanya, tak kurang hebat juga dengan paparan di blog Aleeya..rasa mcm nak berguru pulak dengan Aleeya...boleh?

Kampar...ada lagi ka kilang tembakau di sana?

TIRAI HIDUP on 2/15/2008 7:52 AM said...

Daklan aku nyampah hang ni suka sangat cendawan..namun aku faham tujuan hang cendawan dan payung ibarat kawan yg akan memayungkan kawan dari panas dan hujan...bukan menambah nanah di luka kawan kan???
Aku tau hang memang ada something spesel dalam berkawan..sebab tu aku tak pernah benci hang dan meluat sebab berdasarkan kajian aku ,hang memang nakal tapi ada sesuatu yg aku sukar nak tulis di sini..hang lain dari yang lain..

azlanlin on 2/15/2008 1:10 PM said...

To Lawa:

Lain dr yang lain?
>> itu sudah semestinya kerana aku seorang OKU yang lain dr yang lain...kan? kuang-kuang-kuang...

arsaili on 2/16/2008 8:41 AM said...

cendawan sedap di makan

azlanlin on 2/16/2008 11:39 AM said...

To Arsaili:

Cendawan sememangnya sedap dimakan tetapi, adakah cendawan wujud semata-mata utk dimakan?

>> boleh juga di buat ubat, sabun, syampoo dn sebagainya...

Pak Ngah: on 2/16/2008 12:17 PM said...

:: salam PakTam@azlanlin: emmmm... cendawan yang memayungi... baik sifatnya, cendawan yang "bercendawan"... bagaimana jadinya ye...?

:: cendawan dikalahkan dik kulat... kerana ketidaktahanannya?

PakTeh on 2/16/2008 6:54 PM said...

cendawan payung mmg sedap. baru ni kutip di lekir, banyak di tanah bawah pokok pelam. buat sup, best. memang Tuhan jadikan cendawan ni tak sia-sia.

azlanlin on 2/16/2008 8:27 PM said...

To PakNgah:

Menarik juga persoalan yang PakNgah utarakan...ttg cendawan yg "bercendawan"...

>> Pesan Nenek saya, cendawan yang bercendawan kena beri tempoh masa utk dibaik pulih...ketahanan cendawan itu sendiri yg diperlukan utk menaikkan antibodinya...kalu susah sangat nak baik pulih..biorkan je ler...

Anonymous said...

Salam...

Di manakah kedudukan dan prinsip hidup dalam kehidupan kita?

Kita adalah manusia yang menjalani kehidupan seperti mana yang telah tercatat di Luth Mahfuz...cuma kita diberi peluang untuk mengubah apa yang telah ditetapkan dengan DOA dan USAHA serta PASRAH!

Menjadi cendawan bukan mudah kerana kerana sekaki nya itu masih berdiri di tanah dan jika tidak disokong dan dijaga oleh mereka yang menumpang, maka akan rosaklah kaki dan reban lah payung cendawan itu...

Persoalannya, watak mana yang kita pilih? Penumpang yang sentiasa menyokong cendawan atau cendawan yang sentiasa menerima penumpang?

azlanlin on 2/17/2008 8:54 AM said...

To Anonymous :

Agak menarik pandangan sdra/i:

Cendawan...dan menyokong cendawan:

>> kedua wataknya amat penting dalam kehidupan sokong dan menyokong untuk menambahkan warna-warni dalam kehidupan apa yang ingin digarapkan

>> Tanpa menyokong usaha cendawan, pastinya tumbang la cendawan itu..maklumlah. hanya sekaki!

>> Kesimpulannya, ada baik juga menyokong usaha murni cendawan-cendawan disekeliling kita. Usahlah mencebik dan menggerutus usaha-usaha yang dilakukan...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template