Feb 26, 2008

Calonnya...

N29 - DUN Mahkota, Kluang"


DUN Mahkota, baru diwujudkan pada pilihanraya 2004 lalu. Kewujudannya apabila dilakukan persempadanan semula. Alhamdulillah, ada juga ruang DUN Melayu untuk menjadi Wakil Rakyat. PRU11 lalu, Ketua Bahagian UMNO, Tn Hj Gapar Gurrohu menjadi YB untuk sepenggal. Bagi PRU 12 ini, YB lama memberi laluan kepada calon muda yang mempunyai karisma kepimpinan dalam menerajui kepimpinan sedia ada. Calon yang dikemukakan juga telah mendapat restu daripada Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan Perdana Menteri.

Calon yang telah berjaya untuk pilihanraya ini ialah Tn Hj Md Jais bin Hj. Sarday. Anak watan Kluang di perkampungan Chamek ini telah meniti tingkat demi tingkat dalam kerjaya politiknya. Kerjaya tertinggi dalam politiknya setakat ini ialah, Ketua Pemuda UMNO Kluang, AJK Pemuda UMNO Negeri Johor, EXCO Pemuda UMNO Malaysia (Ketua Biro Latihan) dan Pegawai Khas Datuk Khaled bin Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kini Sdr Jais sedang giat berkempen dalam daerah Kluang khususnya dalam DUN Mahkota. Masa yang singkat ini dimanfaatkan sepenuhnya.... Setakat ini, hampir 80% penduduk DUN Mahkota sememangnya mengenali dan mesra dengannya.

Semoga beliau mampu menjadi seorang pemimpin yang disenangi dan mampu menjaga kebajikan penduduk di kawasan beliau. Insyallah.

Ketika penamaan calon di Kluang - 24/02/08

KERATAN AKHBAR 1 :

Gapar berundur, beri laluan pemimpin muda

JOHOR BAHRU 2 Feb. -Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Datuk Gapar Gurrohu, 63, berkata, beliau tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-12 untuk memberi peluang kepada muka baru.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang itu berkata, sebanyak lima nama telah dicalonkan untuk menggantikannya mewakili parti dan Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Lima nama itu ialah Timbalannya, Noor Ehsanuddin Harun Alrashid; Naib Ketua, Razali Mohd. Nor; Bendahari, Ariff Kataman; Ketua Pemuda, Jais Sardy dan Ketua Wanita, Senator Sharifah Azizah Syed Zain.

KERATAN AKHBAR 2:

Jais tidak lobi

JOHOR BAHRU 4 Feb. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Jais Sarday tidak akan melobi untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dikosongkan Datuk Gapar Gurrohu pada pilihan raya umum ke-12.

4 Coretan Lain:

aKu said...

teringin lak nak nengok DakLan jadi YB OKU. 2012 kot. hehehe

Anonymous said...

http://tbn0.google.com/images?q=tbn:TRRZxYmWBF6YGM:http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/utama/gambarkhalil/ribumanusia.gif

Idham on 2/26/2008 9:27 PM said...

Kalau hidup biarlah berbudi
kalau mati biarlah dikenangi
Cabai burung

Pak Ngah: on 2/27/2008 7:31 AM said...

:: tolong berkempen nampaknya... biasa le tuuu... harap tiada le yang bermulut celupar mengatakan... " tolong ada makna tuuu "...

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template