Bila membaca komen rakan blogger, aku tertarik dengan isu "cakap berlapik" @ "cakap beralas". Isu ini agak berat jika nak dibincangkan, maklumlah budaya merentasi tindakan kita. Hinggakan wujud peribahasa 'biar mati anak, jangan mati adat'!
Budaya berterus-terang di dalam masyarakat kita memang tidak pernah digalakkan dan terlalu asing buat kita. Cakap berlapik yang selalu yang diamalkan oleh masyarakat kita sebenarnya mengizinkan ramai orang mengamalkan sifat pura-pura.
Sampai bila kita terpaksa tunduk kepada ‘kebiasaan’ amalan masyarakat yang terpaksa ‘cakap kena berlapik, ‘jangan terlalu celupar’ atau ‘mulut lepas’ untuk menjaga hati orang lain?
Sensitif sungguh orang Melayu dengan benda2 mcm ni , kecik punya hal je. Banyak lg isu berbangkit yang kita x jengah lagi.
Ye , if this film taint our culture , lets do it more often!
Contoh insiden 1:
(Sumber : M-star)
Budaya berterus-terang di dalam masyarakat kita memang tidak pernah digalakkan dan terlalu asing buat kita. Cakap berlapik yang selalu yang diamalkan oleh masyarakat kita sebenarnya mengizinkan ramai orang mengamalkan sifat pura-pura.
Sampai bila kita terpaksa tunduk kepada ‘kebiasaan’ amalan masyarakat yang terpaksa ‘cakap kena berlapik, ‘jangan terlalu celupar’ atau ‘mulut lepas’ untuk menjaga hati orang lain?
Pengkritik tetap AF4, Adlin Aman Ramlie, pernah menjadi ‘mangsa’ keterbukaan yang sedang dialami oleh Amani kini.
Kejujuran Adlin meluahkan rasa hati dan keprihatinannya terhadap Faizal supaya ‘jangan dekati dadah’ dan kebetulan kenyataannya dibuat sesudah Saleem muncul dipentas telah mengakibatkan pihak Astro dan Adlin terpaksa meminta maaf ketika di udara.
Komen aku:
Jika aku katakan bahawa cakap berlapik biar bertempat, jika semata-mata nak jaga hati kawan... ini membuatkan lebih ramai wujudnya watak "SESUMPAH" dan "penanam tebu" atau "hipokrit". Bermasalah ke jika kita bercakap secara terus terang tetapi berhemah? Berapa ramai sanggup menyatakan pada rakan kita secara terus-terang, apabila ternampak cebisan cili di gigi rakan kita? Ramai yang lebih mampu menunjukkan jari ke arah gigi tetapi tidak berani menyatakan secara lisan... ye ker DakLan?
Selalunya, ramai rakan2 kita tidak boleh menerima teguran yang benar daripada rakan sendiri. Keadaan ini mewujudkan "cakap-cakap belakang"... Ada benarnya, pepatah nenek aku bahawa "orang yang paling menyakitkan hati kita adalah orang yang paling hampir dengan kita!"..
Hakikatnya, orang yang bercakap secara benar dan tepat tanpa beralas amat sukar diterima. Keadaan ini apa yang diungkapkan adalah lahir dari hati yang tulus dan ikhlas! Itu adalah lebih baik drp insan yang bercakap beralas dan berlapik tetapi sekadar nak menenangkan dan menyedapkan hati kita sahaja... ermmm...fikir-fikirkanlah...!
Aku suka perhatikan watak-watak ini....kerana watak-watak inilah yang menambahkan WARNA-WARNI KEHIDUPAN...