Tanggal 17 Okt 1971, lahirlah seorang bayi lelaki bagi pasangan Lin b Che Rus dan CheMah binti Mat Isa, berkulit sawomatang, tangisannya kuat sekali! Kacaubilau orang sekeliling dibuatnya. Mak bidan mengelap kesan darah yang masih melekat di badan. Tali pusat terus dipotong. Beberapa jam selepas bayi itu dilahirkan, uri bayi itu ditanam oleh ayahnya di perenggan tanah.
Bayi itu anak ke-9 dalam keluarganya. Itu sekadar angkanya, hakikatnya pula, 2 orang telah meninggal dunia. Pasangan itu menadah tangan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Cukup sifat, cukup lengkap cuma tidak seperti anak-anak mereka yang lainnya.
"Ayahnya, apa kita nak letak nama dia?" tanya si ibu kepada suaminya.
"Kita gunakan pangkal 'A' juga seperti anak-anak yang lain" balas si suami dengan nada yang lembut.
"Bagaimana pulak dengan anak-anak kita yang ada pangkal M dan R?", tanya sibu lagi.
"Tak pa aiiihhh.... apa ada pada nama jika makna nama tak menentu", balas si suami.
"Apa kata jika kita letakkan 'AZLAN', pangkal 'A' juga kan?", bisik si isteri untuk meminta pendapat suaminya. Suaminya tersenyum dan mengangguk kepala tanda setuju.
Bayi itu dijaga, dibelai, ditatang seumpama menatang minyak yang penuh. Genap 7 hari kelahirannya, arwah Lin mengayuh basikal tua ke Balai Polis untuk didaftarkan surat beranak untuk anak mereka. Azlan diberi nama.
Si ibu sentiasa memberikan susu ibu apabila anak itu menangis tanda kelaparan. Semasa disusukan, kepala bayi itu akan dilurut-lurutkan kepalanya. Walaupun rambut anaknya jarang-jarang sekali, tetap disisir rapi. Hati ibu tetap berdetik apabila memandang kaki kanan anaknya itu.
"Mak takkan biarkan hang berkeadaan seperti ini hingga besar", bisik ibu ke telinga anaknya. Mata bulat bayinya itu seolah-olah memahami kata-kata itu dengan memandang tepat wajah ibunya. Tangan kanan ibu sentiasa mengurut-mengurut kaki kanan anak bongsunya.
Azman, sangat menyayangi adiknya, Penantiannya selama ini dimakbulkan Tuhan. Sesekali Azman akan menggesek kakinya ke kaki kanan Azlan dengan asyik sekali. Kebiasaanya, Azman akan bangun seawal pagi untuk mengesek-gesek kaki kanan adiknya, mungkin itu sebagai tanda kasih sayang seorang abang.
Suatu petang, sewaktu si ibu sedang menungku perutnya sambil ditemani si suami di serambi rumah, si ibu perkuatkan semangat untuk berbincang dengan suaminya.
"Ayahnya, esok kita pergi ke Hospital Taiping ye?", rintih si isteri kepada suaminya.
"Kenapa? Sakit ke si Azlan tu?" tanya si suami sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
"Takkan kita nak biarkan dia membesar semacam ini?"
"Ermmm...sat lagi nak pergi Pantai, bolehlah carikan teksi sekali", balas si suami tanda setuju sambil mengurut-ngurut kaki kanan anak bongsunya itu.
==> bersambung...

17 Coretan Lain:
:: pembetulan fakta... anak yg ke-9... cuma 7 orang yang masih bernafas... 2 orang dah tiada sejak kecik... Awang dan Azmi iaitu abang dan adik kepada Lebai Yan/Pak Ndak... kalau tak silap la...
Memang betoi....sebab dah dibetulkan oleh PakNgah...heheheh
:: tak semua bermula dgn "A"... 2 orang terkecuali... sorang di Borneo dgn "M"... dan sorang di Bumi Hijau dgn "R"... hehehe... sesaja nak ganggu kelancaran pengkisahan...
hahahahha....malahan memberikan pengkisahan yang sebenar...
Perkisahan riwayat sudah bermula....masih menunggu sambungannya.
Nak minta jasa bagi mesej kat Toknabe, boleh?
Toknabe, napa OD tak boleh tinggal komen dan juga mesej kat blog Toknabe? Penat tau taip. Ni mesti Budin yang block nih... gegegegege... nak duit raya!!
Salam Azlan, tadi OD bubuh komen rupanya tak keluar.... OD tunggu sambungan kisah yang Azlan tulis tu... mana dia? Tak sabar nak baca!!!
Erm..Menarik jalan ceritanya..Eh..Pak Ngah ngan Azlan ni adik beradik ke???
Tak sabar tunggu sambungannya nih...;)
TOKNABE & DEAN & OD:
Tunggguuu....arap2 di Melaka nanti, line internetnya canteeekkk le...idea tgh mencurah2 mcm air hujan di Kluang sekarang...Kalu idak, weekend depan la pulak gamaknya...hehehhe
DEAN:
kenapa kata azlan dan PakNgah tu adik beradik pulak? ada yang terkait ke atau menagit-ngait? hehhehe
Erm...sebab komen pak ngah tu seperti menggambarkan ada hubungan persaudaraan antara anda berdua..Saya agak saja...Hehehe.. ;)
DeanRadzy:
Ye ker..cuba2 le buka blog PakNgah dan teliti segala maklumat tentang PakNgah..boleh ke?
yea.. segerakan penyambungan nya....
x sabo ler...
heh heh
hai..assalamualaikum, salam kenal... tumpang baca boleh?
EYLA : insyallah, jika ada kelapangan yang mengizinkan...ada...
MAKSU :
sentiasa mengalu-alukan kehadiran maksu....terimakasih kerana sudi jua meluangkan masa untuk mengamati blog ini...sekadar berkongsi pengalaman dan pengamatan! teruskan...
Cerita yang hebat, teruskan. Jarang2 ada orang yang boleh cerita senario yg berlaku semasa dia lahir. Jangan lupa pasal "kasut rimau". Kasut klasik hitam belang oren.
:: fakta... fokus cerita dan gaya penyampaian pasti menjadikan pengkisahan semakin menarik... cerita selanjutnya sentiasa dinanti dan ditunggu... termasuk menjadi "ayam tambatan" main bola di sekolah dan "di stadium bt 51"... depan rumah.
PakTeh:
Cerita kasut rimau dan kasut Johnson pasti identiti yang merangsang minda separuh sedar dalam menguasai tindakan.- mungkin dlm bab 2 @ 3 kut...hehehhe
PakNgah:
Tentunya ayam tambatan main bola friendly game d sek keb segari masih segar dlm ingatan....mungkin jd bab 5 @ 6 nanti kut..
sabo je le....
Post a Comment