Mental aku sudah siap siaga untuk meneruskan perjalanan yang tak kutahu hujungnya. Maklumlah, belum pernah aku mengelilingi Semenanjung Malaysia. Apa-apa pun aku perlu layani staff G2 d Umbai..makan ikan bakar. Aku sememangnya sempoi, malam tu, aku pakai jeans Camel dan t'shirt kelabu (ntah apa brand pun aku tak tau)...ermmm, sempoi...yang penting, selesa.
Lepas Maghrib, sketsa bermula. Muka aku ni memang tak malu. Aku berhajat nak pinjam kereta Wira adik ipar aku, kebetulan dia juga ada di Melaka.
"Lina, abang Lan nak pinjam Wira tu....baru le nampak romantik sikit bila dating ngan Kak Rozie le malam ni kat Umbai. Kalau naik Nissan tu nampak macam orang tua-tua je. Macam mana nak romantik nanti...heheh", kataku sambil menyengih minta simpati kat Lina. Sebenarnya, aku dah malas nak naik Nissan, banyak barang dalam kete Nissan yang masih setia kat bonet, maklum le esok aku nak jejak bertapak.
"Alaaa...pakai jer....yang penting, balik nanti minyak penuh sudah", kata Lina sambil serahkan kunci Wiranya kat aku. Apa lagi...aku dah memang bersedia mental aku utk malam tu naik Wira automatik. Awalnya kekok juga aku, maklum le...dah terbiasa naik kete tua dan manual.
Sementara nak sampai ke Umbai, jenuh juga aku nak hayati semua simpang yang aku lalui. Maklum le malam-malam, sukar buat keputusan sama ada nak belok atau pun tidak. Lebih kurang sejam perjalanan, sampai juga aku ke tempat yang nak ditujui. UMBAI...MEDAN IKAN BAKAR....
Awalnya, aku makan ngan mem je, maklum le staff aku lagi 3 orang mamat yang muda trang tang-tang tu belum sampai. belasah le aku....IKAN PARI DAN TERUBUK BAKAR berlaukkan nasi putih. hehehe. Tengah sedap menjilat jari...baru le mamat staff aku sampai...
"Pejon, hang pi la tengok, apa yang berkenan, hang order saja....tapi biar le padan ngan saiz perut hangpa...", sambil aku tunjukkan ke arah ikan-ikan yang tersusun rapi bertindihkan ketulan ais batu atas meja yang dihias rapi.
Banyak perkara juga yang kami bualkan...terutamanya untuk Airil, mamat praktikal kat bengkel aku tu (Kolej Komuniti Tangkak). Dia agak terkejut apabila G2 akan keluarkan surat penghargaan dan tahniah utknya sepanjang praktikalnya kat bengkel aku. Yer ler...bagi aku, kalu aku tak bantu diaorang, sapa lagi yang nak bantu.
Prinsip idup aku mudah, jika nak capai impian kita, kita mestilah capaikan impian orang lain dulu...insyallah, impian kita akan dicapai tanpa disangka-sangka dengan izinNya. Aku yakin benar dengan prinsip itu.
Jam 11.30 malam, kami bergerak ke Felda ikut haluan masing-masing. Aku dan mem amik keputusan ronda-ronda Melaka. Maklum le semenjak duamenjak ni aku makin mahir selok-belok bandar Melaka. Then, aku singgah kat depan Graha Makmur...
Relaks dalam 10 minit, aku ngan mem terus gerak ke Felda..untuk berhat kerana esok pagi aku akan jadi seorang pengembara berteraskan peta yang aku beli kat shell semalam
0 Coretan Lain:
Post a Comment