(...sambungan)
Khamis - 31.05.2007 - SALAM PANTAI TIMUR
Hakikatnya, rata-rata dalam perjalanan sepanjang laluan pinggir pantai ke Kuala Terengganu, kawasan kampungnya agak tidak tersusun dan tidak terurus. Hampir sama dengan laluan kampung di Pantai Barat. Itulah keadaaannya.
Aku meneruskan perjalanan, di Dungun, perut masing-masing telah mengeluarkan bunyi keroncong. Ini menandakan ia perlu diisi. Semasa aku melintasi bandarnya, mata melilau mencari gerai-gerai makan. Aku singgah, berselera aku sefamili menjamah masakan pantai timur. Aku tetap mencari "kari @ gulai". Ada sikit beza rasanya.
Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Banyak juga pelantar-pelantar minyak yang dilihat.
Jam 4.45 petang, kami tiba juga Kuala Terengganu, singgah di Masjid Zainal Abidin (ingat2 lupa la). Dah selesai semuanya, aku bertanya kepada sorang barder yang lalu sebelah aku.
"Bang, kalau nak ke Pasar Payang, ikut jalan mana?, tanya aku kepada brader tu. Sememangnya aku tergerak hati nak ke Pasar Payang. Kawan aku ada maklumkan, jangan lupa singgah di Pasar Payang.
Aku perhatikan ekor mata brader tu. Dia kerling no plate kereta aku. Dia tersenyum. Hairan juga aku.
"Lepas masjid ni, u belok kiri kat pokok besar hujung sana, then u jalan terus. Pasar Payang tu sebenarnya, belakang masjid ni aje. Kalau u jalan kaki pun sampai. Dekat aje." katanya sambil menunjukkan arah.
Selesai berjabat tangan tanda terima kasih aku kat brader tu, baru la aku paham kenapa dia kerlingkan no plate kete aku dan dia tersenyum. Aku fikir, brader tu pun faham, maklum le aku "orang luar". Aku tak kisah semua tu, sebab aku sememangnya tak tahu kat mana lokasi Pasar Payang tu. Walaupun sekadar balik deh aje.
Aku sefamili bergerak ke sana, memang dekat pun. Hahahahha. Pasar Payang ni macam "multimarket", semua ada. Bangunannya bertingkat. Aras bawah sekali sememangkan jual barangan basah. Kat tingkat atas tu yang jadi tumpuan. Ada jual batik terengganu, keropok dan serba makneka (kata orang kampung aku).
Mem dok melayan anak-anak, aku sekadar cuci mata. Sempat jugak aku berborak ngan peniaga kat situ. Diaorang macam tak puas hati je dengan pembangunan di Terengganu. Khususnya jalanraya yang sedang di bina di belakang Pasar Payang tu. Ini kerana orang yang dapat tender/projek bikin jalan tu ialah kontraktor dari Sarawak, bukannya orang tempatan. Aku melayan je luahan hati dia. Aku takde komen apa2 ttg komen dia. Terfikir juga aku, projek jalanraya, kerajaan negeri tentunya memilih kontraktor yang berkaliber, bukannya "berkakilebar". Jika silap memilih kontraktor, pembangunan entah kemana, projek tak siap, sakit mata memandang....lagi la parah. Entahlah.....yang penting, aku dah sampai Pasar Payang, semacam mana idea kawan aku tu... hehhehe. Aku mana la tau lokasi2 menarik kat sini.
Setelah menjamu mata kat Pasar Payang, aku menghala ke pantai di Terengganu, aku lupa la nama tempatnya. Melayan anak-anak membeli layang-layang plastik yang warna-warni tu. Ketika tu, aku call Zul Fataf, aku tak jadi bermalam di Kuala Terengganu, sbb macam xbest jer, atau aku sendiri yang tak tau tempat-tempat menariknya di malam hari.
Aku nekad lagi, lepas magrib, aku bergerak ke "Penarik Beach". Ikut jalan pinggir pantai, malam-malam pulak tu....waduhhhh. Peta dan signboard saja jadi panduan aku. Pengalaman perjalanan ke Penarik amat bermakna, tambahan pula di waktu malam. Perrrgghhh....
(bersambung...)
0 Coretan Lain:
Post a Comment