Jun 16, 2007

Di Kelantan

Rentas Negeri (4)
(...sambungan)

Jumaat (1.6.07) - Kota Bharu / Pantai Cahaya Bulan

Aku check out dari Penarik Inn pada jam 12.00 tengah hari. Aku meneruskan perjalanan ke Kota Bharu dengan melalui jalan tepi pantai. Panorama di sepanjang laluan sama je macam di pantai barat. Walaubagaimana pun tetap menyingah-nyingah. Hahaha, maklum le aku baru tiba dan belum tahu kawasan sekitar. Hampir jam 1 petang aku singgah di sebuah kampung untuk solat Jumaat. Apa nama kampung tu pun aku tak perasan. Yang pastinya bendera PAS berkibar di merata-rata tempat.

Aku tiba di bandar Kota Bharu jam 2.10 petang.

Pantai Cahaya Bulan:
Sasaran aku ialah Pantai Cahaya Bulan (Pantai Cinta Berahi?)... Jam 4 petang aku tiba juga di sana. Lihat persekitaran laut dan pantainya...ermmmm rasanya Pasir Panjang kat Pantai Remis lagi lawa....hahhaha..

Ini berkemungkinan kawasan PCB tu kawasan menghadap laut lepas...sekali air bah, sekali pantai bersepah sampahnya. Tercari2 aku mana2 chalet atau resort yang boleh aku bermalam. Jenuh juga ya jika musim cuti sekolah ni ya.. Sesambil tu sempat juga aku menyinggah kedai2 yang menjual baju-baju batik di sepanjang jalan ke PCB.

Akhirnya aku cuba call nombor telefon yang tercatat pada signboard iklan. Ermmm alhamdulillah, ada juga untuk kami bermalam. Konsep HOMESTAY. Bermalam di sebuah rumah yang ada dua bilik tidur dengan bilik air masing-masing. Ruang tamu juga disediakan sebuah tv dan ruang dapur yang siap dengan sinki dan pinggan mangkuk.

Bila berbincang ngan pemiliknya, aku setuju je bila dikenangkan payah nak dapat tempat bermalam yang bersesuaian dengan poket aku. Hehheeh. Aku ingatkan dah berapa aku kena bayar.. Rupa-rupanya, RM60 sahaja. Biasanya, rumah tu disewakan utk 2 buah famili yang datang beramai-ramai utk bermalam dan harganya RM80 semalam. Oleh kerana kami 5 beranak je, Pak Aji tu bagi diskaun RM60.00....alhamdulillah.

Petang tu juga aku call Zulfataf (member lama satu sekolah di Johor yang telah berpindah ke Kelantan 4 tahun lepas). Kami 2 famili pi pekena ABC kat bandar Kota Bharu. Berborak sakan la kami. Lajak terus ke umah mak mertua dia untuk makan malam..aku ikut jer apa yang Zul rancangkan kat aku.

Jam 10 malam, aku balik semula ke umah sewaan aku. Anak-anak dan Rozita dah letih. Apalagi...tidur je le diaorang. Aku pulak belum boleh tidur. Aku keluar semula pi cari baju batik sehelai. Cun jugak dan sesuai ngan kulit aku. hehehhehe.

Lepas tu dok melepak jap kat PCB...panasnya malam tu, maklum le tepi laut. Aku call dan berborak jap ngan member aku. Maklum le member aku ni memang terer bab jalan-jalan cari pengalaman ni... hehhehehe.

-----------------------zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz---------------------------------------

Sabtu (2.6.07) - Kota Bharu / Pengkalan Kubur / Rantau Panjang

Seawal pagi aku dah carikan sarapan. Aku tetap sambar nasi dagang dan beberapa menu lain untuk mem dan anak-anak aku. Jam sempat juga aku basuh kete sebab nak jalan lagi. Kebetulan kat depan umah sewaan aku tu ada paip air, apa lagi...tarukkkk je ler.

Pengkalan Kubur:
Jam 9.00 pagi, aku check out. Aku dah berjanji dengan Zul untuk berjumpa. Zul bawa kami ke Pengkalan Kubur. Kami tiba di sana jam 10.15 pagi. Tak dak apa2 yang menarik pun. Aku just belikan baju adidas untuk staf-staf G2. Alaaa.... orang muda, tentu suka punya.


Setelah memenatkan betis dan menjamu mata, kami lajak ke umah dia di kampungnya. Kebetulannya, umah dia baru dibina kat sebelah umah bapaknya. Kena la perancangannya sbb kampungnya adalah sehala untuk ke Rantau Panjang. Sempat juga aku berborak ngan bapak Zul. Sememangnya aku kenal bapak Zul ni kerana orang tua dia selalu juga datang ke Kluang semasa Zul berada di Kluang. Ramai juga member bapa Zul ni...boleh dikatakan merata negeri, ada je membernya.

Zul kira bertuah le, buat umah sendiri di tanah sendiri dengan tangan sendiri. Sememangnya dia adalah keturunan tukang umah. Bayangkan bata-bata dibuat sendiri. Kayu bingkai tingkap dan daun pintu, guna kayu 'nyatoh'....tebang dan ukir sendiri... Dinding dan bumbung adalah hasil tangan dia, abang dan bapaknya. Perggghhh...besar juga. Kos baru RM40,000. Dijangkakan RM10.000 lagi siap la, katanya.

Selepas Zohor dan makan tengah hari dan dirumah bapaknya, kami mula bergerak ke Rantau Panjang. kami tiba disana jam 3.15 petang. Zul juga bawa famili dia. Bertuah sungguh, Zul sendiri belum pernah bawa mem dia ke Rantau Panjang...Hahahahhaha.

Rantau Panjang:
Harga di sana tak la murah sangat pun. Macam sama je kat mana-mana pun. Aku cuma layan mata jer. Bagi peluang mem layan mata dan nafsunya. Hahahahha.

Jeli :
Jam 5.30 petang kami mula bergerak keluar dari kawasan kesesakan manusia yang melayan nafsu. Zul hantar aku ke persimpangan jalan untuk aku menuju ke Jeli untuk terus ke Perak. Ini le kali pertama aku melalui jalan timur-barat. Lengang kiri-kanannya. Berbukit2 perggg. Kete aku cuma standar kancil 660 je ler apabila melalui jalan berbukit2.Hahahah. Aku lebih selesa melalui kiri jalan untuk memberi laluan kepada kenderaan lain memotong aku.

Aku sempat singgah di puncak bukit, Hentian Titiwangsa dalam perjalanan tu.

Akhirnya jam 7 petang, hati aku ceria kembali....aku dah nampak sgnboard menghala ke Grik... Aku dah selamat sampai ke Perak. Yahoooo. Jam 9.30 aku tiba di umah Kak Azizah di Felda Nenering. Depa anak beranak dah memang sedia untuk makan malam bersama. Jam 10.20 kami baru makan malam. Memang malam sungguh.

Lama jugak aku berborak ngan Kak dan Abang Mail....sampai pukul berapa aku terlelap pun aku tak perasan dah....hahahhahahh

---------------------------------zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz---------------------------------------

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template