Jumaat, 29 jun 2007
Betul:
Abis kuliah jam 10 pagi. Rakan-rakan kursus sekelas aku dah berpakat utk buat muka sedih dan letih utk memulakan kuliah ari ni. Maklum le keletihan kerana semalam baru balik dr lawatan sambil belajar!
Alhamdulillah, menjadi! Jam 10 am, kami di benarkan berehat atau pulang ke sarang masing. Masing2 ada plan tersendiri, termasuk juga aku.
Betul @ Kebetulan 1:
Rabu, 27.06.07 -
Semasa lawatan di KL, aku ada call sifoo aku dan forex. ManKL namanya. Aku belum pernah jumpa walaupun byk ilmu aku perolehi termasuk beberapa indikator yg sesuai utk menentukan nilai harga matawang asing! Nice. Jam 11.00 mlm aku dpt gak jumpa ngan ManKL. Sanggup dia dtg dr Gombak semata-sama nak berjumpa dan nak peturun ilmu baru dgn indikator baru yang lebih realistik. Ilmu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan!. Thanks manKL..go bro!
Faham dengan tak faham..sama banyak je...ttg apa yg dia ajar aku. Malahan datacard aku plak xleh berfungsi dgn laptop aku yng cute nih!. Tu yang agak merengkam nih!. Nak beli converter datacard kat LowYat, mahal gak hampir rm350.00. Aku x jadi beli krn dlm kepala aku ada beberapa plan ttg datacard nih!... Alamak, tersasar pulak aku bercerita ttg manKL nih!. Berborak dan berbincang, ManKL ni nak bikin fulltime dlm forex!. Mantap, aku nengok akaun dia pun dah power!. Sehari hampir 200 pips...perrgghh!. Bayangkan dgn 1 pips = usd1.00...fiuyoooo..! Aku pulak masa xde nak ngadap...
Maka, aku nak try ngan indikator MUREE baru...mana la tau, meletop!....alhamdulillah.
Masa tak cukup utk aku pelajari MUREE nih!. Aku dah plan ngan ManKL yg ujung minggu ni aku turun KL lagi! Nekad!. Arap2 mem aku paham la dgn kedahagian aku nih!.
Betul @ Kebetulan 2:
Jumaat, 29.06.07
Lepas kuliah, aku gerak ke KL. Kat Alor Gajah aku call manKL. Katanya dia nak ke KLIA jam 12.30 thari, amik mem dia. Dia suruh aku ke KLIA jumpa dia then ikut dia ke umah!. Semasa di sana (KLIA) , aku "terjumpa" KAK DAH!. betul atau kebetulan?
Perghh, hebat Kak Dah la nih!. Lagakgaya, keintelektualan serta kepimpinannya terserlah sama sekali!. Sesuai banget! Semenjak jd Pengerusi Puspanita Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan pendamping, pencetus dan pembakar semangat kepada Pengarah PKK. Tahniah, amat terserlah sekali!. Cara Kak Dah survive, best!. Kagum aku bila berborak kejap ngan Kak Dah semasa di KLIA tu. Pengerusi Puspanita...amat sesuai!. Katanya ada dinner di...?(lupa la pulak...hehehe). Bang chik pulak ada di Bangi, meeting kut!.
Aku tak dapat borak lama ngan Kak Dah coz masa dah suntuk. ManKL janji ngan aku, jumpa jam 2.00 ptg... Jam tangan aku plak dah tunjuk jam 2.00 ptg. Cemburu betul le jam ni kat aku. Tu belum kira cemburunya hp buruk aku. Sekali dia berbunyi....bingit amat!. Nak berborak ngan kakak ipar pun susah!. Dah la susah kami nak berjumpa....masing2 dok jauh!. Aku terlupa plak nak bergambar ngan Kak Dah dan kawan dia..hehhehe.
Jam 2.10 ptg, manKL call aku, katanya, mem dia dah sampai!. Aku ikut diaorg pulang ke KL (Gombak kut!). Aku main ikut jer....mana aku paham jalan di sana!.
Tu la kelemahan aku bila drive ikut orang...view sepanjang perjalanan, aku payah sangat nak ingat, maklum le membontot kete dia jer!.
MUREE...kembali lagi...akan ke gelanggang le aku dgn lengkap pencak silat dan perasap kemeyan semata2 memorex!. hehhehhe.
1 Coretan Lain:
bro..muree tu buatan indon...arge usd15 jer..klu hang dh beli dgn arge yg lebih mahal...alamatlah hang dah tekena..."trading software is not the same trade like no others"
Post a Comment