Jun 7, 2007

Rentas Negeri

Khamis. 31 Mei 2005 : SALAM PANTAI TIMUR....

Pagi :
Jam 8.45 pg, aku memulakan perjalanan merentas negeri untuk satu pusingan tawaf Semenanjung Malaysia. Kami bergerak mulai Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Melaka menuju ke Pantai Timur. Dalam kepala aku just melalui Tangkak untuk ke Pahang. Alhamdulillah, aku terima pakai idea Lina untuk melalui jalan baru.

"Abang Lan, nape tak lalu ikut Gemas?", tanya Lina apabila aku maklumkan yang aku akan gunakan jalan Tangkak-Segamat petang semalam.

"Jika ikut jalan Gemas, dekat sikit...jalan pun selesa. Dari sini, ikut jalan Air Kuning, terus ke Gemas dan ikut singboard Kuantan....ikut jer...", katanya dengan kompiden. Aku terfikir-fikir, menarik jugak nih...jalan baru. Aku bertambah yakin kerana dia pernah ikut suaminya bertugas di Gemas 5 tahun dulu. Skrg diaorang dok KL.

Aku buat keputusan....ikut Gemas. Bagus gak jalan ni...lapang dan selesa. Kalu aku ikut Tangkak, jalannya berlengkoi-lengkoi. Kena pulak membuntut lori...kompom tension.

Bila ikut Gemas, aku akan jumpa juga simpang ke Muadzam, Kuantan. Sama jika ikut jalan Tangkak....ini sudah bagus...cepat dan selesa. Perjalanan ari ni agak selesa di jalan Muadzam..kete semuanya bawak laju, maklum le tak banyak lori. Aku pun ikut serta kelajuan kete-keta lain. Mana aci kalu aku tetinggal. Depa ingat kete tua, x leh ikut ke...sorry lerrr.... hahhaha

Jam 11.45 pg, aku tiba di Kuantan utnuk memasuki ke Terengganu. Aku jadi kompiden bila nampak singboard Terengganu. Hehehhe. Sedangkan apa yang menanti aku kat depan, aku pun tak tau lagi....

Petang:
Tepat jam 12.30 thari, aku berentikan kete di tepi jalan. Aku tak kira apa orang nak kata. Walaupun tengah-tengah rembang. Peduli apa aku kat kata orang, yang penting aku tau apa aku buat. Ramai gak pemandu-pemandu lain yang pertikan gelagat aku ditengah-tengah rembang di tepi jalan...hahahha...yang penting aku selesa. Pandangan aku, jika orang tempatan tengok gelagat aku, kompom diaorang ketawa sbb nampak macam jakun je tindakan aku. Kalu orang yang mengembara macam aku, diaorang macam nak buat serti apa yang aku buat...tapi kompom diaorang malu-malu dan fikir, APA ORANG KATA.

Bagi aku, aku peduli apa, yang penting, aku tau apa yang aku buat. Aku nak buat catatan memori dlm blog tentang perjalanan merentasi semenanjung. walupun tinakan aku ni...dah ramai yang buat dan merasainya. Yang penting, aku baru nak rasa...hahahahha. Adakah aku pentingkan diri sendiri....?

Sebenarnya, aku berhenti kat tepi jalan untuk amik gambar famili kat pintu gerbang negeri Terengganu. Tandanya aku melalui Kemaman, Terengganu. SALAM PANTAI TIMUR...

Aku meneruskan perjalanan ikut peta....utk hari ni, matlamat aku ialah KUALA TERENGGANU...ada gak tempat2 menarik yang aku singgah dlm perjalanan tersebut sebelum sampai ke destinasi....hehehhehe (mcm pernah ku dengar ayat itu...hahhaha). yang penting, destinasi utama diketahui dulu....then, menyinggah2 ditempat menarik...ok ja...


Sepanjang perjalanan, cantik pemandangan pantai-pantainya....teruja aku...Contohnya PANTAI KEMASIK.


Sayangnya, pemandangan kawasan sekitar kampung. Agak serabut (maap cakap la).

(bersambung....)

3 Coretan Lain:

OoiL on 6/08/2007 5:21 AM said...

Jauh perjalanan, luas pemandangan
mencari inspirasi, merentasi negeri,
sehaluan,
seiring dan sejalan
perjalananan harus diteruskan,
demi pencarian isi di hati
demi kesejahteraan
demi kesepakatan
demi diri- satu,dua dan banyak lagi

azlanlin on 6/08/2007 10:28 AM said...

Merentasi negeri..
Memungkinkan aku terus mencari, Mencari naluri atau destinasi,
Banyak persimpangan yang ditempuhi,
Perlu disinggahi
Menatapi situasi
Demi pengalaman?
Demi lepas lelah?
Terus mencari demi memahami...

OoiL on 6/10/2007 1:09 PM said...

Mencari dan terus mencari,
merentasi negeri,
menuju destinasi,
dalam memuaskan hasrat di hati dalam menatapi situasi yang penuh bererti,
dalam merungkai kemusykilan yang tersemat di hati,
memburu kesejahteraan
dirimu, diriku dan masa depan yang bakal dihadapi,
akan aku terus mencari,memahami dan menepati janji di hati,
dengan harapan yang dicari akan jelma di sisi,
agar yang dicita akan tumbuh berseri,
membawa harapan yang terpendam dalam diri.
Barulah akan aku memahami & terus mengerti,
maknanya perjalanan yang ditempuhi kini.
sama ada yang dicari terus bersemi di hati

mungkinkah perjalanan akan berterusan kembali?
aku bisikkan kepada jantung & hati
biarlah masa akan menjadi saksi.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template