May 30, 2007

lain rancang, lain jadinya

Planningnya pagi ni, lepas subuh aku akan ke pantai timur. akhirnya ubah plan atas sebab-sebab yang terpaksa aku tempuh juga...not ready. Maka, terus buat keputusan..

"Yang, kita balik Melaka dululah. Esok pagi (Khamis) baru kita ke Pantai Timur...lebih selesa sikit bila semuanya dah ready", kata aku sambil tolong semak-semakkan barang yang sememangnya belum dikemaskan lagi...Aku nengok mem makin menyengih jer...maklum le boleh balik Melaka dulu.

Dalam kepala aku, terus buat plan baru...apabila sampai di Tangkak nanti aku akan singgah d Kolej Komuniti Ledang, nak jumpa ngan lecturer unit automotif...saja nak riki2 kalau ada budak simpang renggam yang boleh buat praktikal kat bengkel aku bulan 7 nanti...cantik gak.. saja plan banyak-banyak utk memenuhkan ruang dalam setiap perjalanan.

So kejap lagi aku sefamili mula gerak ke Melaka... Start the journey... jeng-jeng..jeng

Harapan:
Esok menjadi le kut perjalanan ke pantai timur...sebenarnya, plan asal aku ialah pada isnin lalu (28/05/07) utk mula bergerak. sayangnya...mem masih kesibukan...x jadi le... Tujuan aku memilih tarikh tu ialah, hadiah birthday mem pada hari itu...ermmmm...saja nak buat gempak la sikit...

3 Coretan Lain:

OoiL on 6/01/2007 11:44 AM said...

Lain padang, lain belalangnya
Lain orang, lain rasanya,
lain parang, lain tajamnya..

Hidup bagaikan satu perjalanan yang banyak persinggahan, setiap membawa kenangan mesra,
menjadi pedoman dan renungan
Yang dikenang tetap jadi kenangan,jangan yang dikendong berciciran, yang dikejar kehampaan.

Yang dirindu, tetap dirindu
Yang disayang, tetap menyayang
Yang mencari, tetap dicari
Sehingga dinihari...


Dari Philly ke Keluang,
Mengenal teman menerusi gelombang,
Hanya gurauan menjadi pengisian,
Menghiburkan hati dalam renungan.

OoiL on 6/02/2007 10:15 AM said...

Khas untuk teman dalam gelombang,


Asam garam kehidupan,
Mendewasakan kita,
Mungkinkah semua ni hak perjuangan?
Namun, Perjuangan tetap diperjuangkan.
Perjuangan untuk siapa?
Perjuangan untuk apa?

Adakah untuk menegakkan kebenaran hati,
Atau untuk ketenangan jiwa,
Atau untuk mengisi kekosongan yang melanda tanpa sedar?

Namun, dugaan tetap dugaan,
Yang dirindui, tetap dirindui.
Dalam menyelami lautan bergelora,
Sambil menyelam minum air,
Biar berhati-hati,
semakin minum, semakin haus,

Lautan tiada sempadannya,
Perjalanan masih berpanjangan,
Tetapi perjalanan tanpa noktah,
ada hikmah sebaliknya.
Tepuk dada tanyalah selera,
Masa akan menentukan,
Kini dan segala-galanya.

Nukilan Hati dari seorang pengembara

OoiL on 6/06/2007 11:35 AM said...

asam garam kehidupan mengajar erti hidup....nampak senang tetapi payah, nampak mudah tetapi sukar...


Nampak indah, tapi membawa padah,
nampak ringan, tapi berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.
kan semua tu sungguh indah khabar dari rupa

Perjalanan yang belum sampai penghujungnya, bak perjuangan yang tak akan mempertemukan perwiranya.
Namun, perjuangan akan tetap jadi perjuangan,
hanya akan tinggal sebagai coretan hati tanpa perwiranya,
kata-kata hanya kata-kata tanpa maknanya
tanpa inti dan patinya.

Semakin jauh perjalanan- mungkin membawa satu kepastian,
mungkin membawa satu pendirian
tapi sepastinya akan membawa satu renungan
yang bakal meniti satu nafas baru.

Sejauh mana perjalanan, tak semestinya ikan akan pulang ke lubuknya, sirih akan pulang ke gagangnya.
Namun yang pasti, setiap persinggahan akan membawa pedoman.
Mungkin kah membawa kecelikan hati
Mungkinkah membawa satu ketetapan

Hati yang mengharap,
yang ditunggu akan menjelma,
tapi yang pipih tak akan dating melayang,
yang bulat tak akan datang mengolek
tapi yang menunggu tak akan kehampaan,
sungguhpun bukan kini,
namun tetap satu hari

kerana aku tetap aku,
dari titik pertama sehingga kini ...
sehingga perjuangan membawa erti kehidupan yang dicari-cari,
yang mempertemukan perwira-perwiranya
bukan di medan perjuangan
tapi di setiap persinggahan,
sudah membawa errti sebenarnya, hati yang mencari …

Nukilan hati dari seorang pemikir jalanan.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template