Jun 16, 2007

Ronda-ronda Perak

(...sambungan)
Rentas Negeri (5)

Isnin (04/06/07)

Jam 8.00 pagi, Farah dan Ramli datang ke Bumi Hijau dari Manjung. Ramli ada meeting di Taiping. Farah pun nak ikut sekali ke Taiping. Ini le kali pertama aku tengok cucu menakan. Lynn. Alamak aku dah jadi Tok Tam. Hahahhahahah. Muda2 lagi dah jadi tok. Muda ka aku lagi ni?.hehhehe

Jam 9.00 pagi aku sefamili termasuk Kak Yah, bergerak ke bandar Seri Iskandar. Saja nak pi tengok umah yang beli....tetapi x pernah tengok langsung...

Dapat gak info staff yg tolong bukakan pintu umah tu....kalu disediakan serba sikit alatan umah, boleh sewakan pada student UiTM. Menarik gak idea tu...

Then, jam 12 aku tiba di pekan Batu Gajah. Aku singgah di Pusat Kesihatan Kecilkat bandar tu. Aku jumpa ngan member aku yang baru jadi member. Perggg...siap amik gambar lagi. Bergaya sakan kami berdua. Saja untuk kenangan. Lepas tu kami semua g minum jap kat kantin klinik tu. Seronok gak layan member aku dok bercerita...xde hal...aku layan jer, yg penting, orang selesa untuk bercerita kat aku. Kalu nak tunggu aku yang bercerita..mmg payah sikit. Sesapa yg pandai korek cerita drp aku, kira hebat ler...

Selesai saja...aku lajak ke depan lagi. Jumpa Cikgu saipol pulak. Cikgu yang sama ngajor satu sekolah ngan aku hingga thn lepas, cuma thn ni dia dpt pindah. Aku pegi melawat tapak bsness baru dia. TERNAK LINTAH. Stakat ni, dia adalah bakal menjadi pembekal terbesar di Malaysia...ada 26 buah kolam yang sedang dikorek.Semoga rezekinya bertambah.



Lepas melawat, aku lajak ke umahnya pulak di Ipoh. Dia masih teruskan dgn usaha tuisyen di umah. Bincang-punya bincang, katanya bengkelnya yang dibuka kat Ipoh dah tutup. Sedangkan usia bengkelnya seusia dgn bengkel aku. Bila diteliti aku dpt kesan kenapa tak dpt bertahan. Bukan kerana tiada pelanggan. Puncanya, bila PEKERJA dan BOS tidak sehaluan dlm menerajui organisasi mencapai matlamat, abisssss....

Aku pun apa lagi, bodek le tool2 yang masih belum dijual. Dapatle banyak jugak barang2. Aku terus buka cek utknya RM2000.00. Kebetulan pulak, kat aku mmg ada buku cek. Siap deal ngan lori utk antokan barang tu ke bengkel. Spanar2 semuanya aku masukkan dlm kotak dan bawak guna kete aku jer...Alat berat seperti compressor dan jack, naik lori la..Katanya dlm 3 hari, barang akan sampai ke bengkel.

Alhamdulillah. Jika nak buka cawangan bengkel di bandar Kluang utk Pejon nanti, senang la sikit, x banyak sangat tool yang perlu dibeli.

Setelah selesai, jam 5 petang aku sampai di Bumi Hijau semula. Malamnya, Teh, Kak Nurul dan Syahmi datang ke Bumi Hijau. Kami semua berborak kejap kerana aku ada urusan dengan Fahmi di luar. Terpaksa aku tinggalkan diaorang kejap. Sebenarnya aku nak bawa sorang budak Tanjung Ara yang dikatakan berminat utk ke Johor mencuba nasib dan mencari pengalaman sebagai mekanik. Berborak la aku mlm tu ngan mamat tu, Pizi namanya. Rasa2nya mcm hati kecik je nak merantau ke negeri orang.....aku layan jer.

Jam 10.00 mlm aku balik semula ke umah Kak Yah, Aji Man dan Kak Nurul masih ada. Kami berborak kejap sebab lama tak jumpa. Bila Aji Man balik....kami semua tidur sbb esoknya dah nak balik semula ke Johor.

---------------------------------zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz-----------------------------------

0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template