Nov 22, 2006

Wajarkah..?

Rabu : 22.11.06 - 6.00 pm

wajarkah G2 Auto menambah loan MARA / Belia?

Sedang berkira2 utk memohon loan sebanyak rm70,000 - rm100,000. pelbagai aspek yg perlu diupgrade di bengkel termasuk alatan mesin, sparepart, membesarkan bengkel, menambah ruang operasi di belakang bengkel, upgrade jalan ke belakang bengkel dan sebagainya. termasuk juga kelengkapan utk kerani yg terer akaun.

Wajarkah dilakukan sedemikian? apa pandangan sdra-mara & pembaca blog ini?


:: GAMBAR 1 ::
Situasi dibengkel pd ari ahad lalu. Semakin ramai kerana penduduk setempat mula mendapat rekmen dan ternampak sticker pd kereta2 pelanggan yg terdahulu. Satu2nya bengkel di smpang renggam yg mengamalkan stiker pd kereta pelanggan...
Alhamdulillah, dengan izin Allah, sokongan isteri , anak2, para pekerja, pelanggan dan doa drp sdra-mara utk meneruskan langkah mula ini.
Walaupun kawasan bengkel ini luas ttp ruang operasi amat terhad, kalu di waktu cuaca cerah, alhamdulillah le.


GAMBAR 2
bayangkan, apabila hujan turun.. oleh kerana ruang operasi yg berbumbung amat terhad, agak sukar pomen2 nak kendalikan kenderaan tersebut. Sedangkan kos pembaikan sudah dikeluarkan tetapi pembayaran belum dibuat oleh pelanggan kerana pembaikan gagal disiapkan dalam tempoh masa yg dijangkakan.... Amat rugi dari segi masa malahan pelanggan juga terganggu utk laksanakan aktiviti yg telah mereka rancangkan.

GAMBAR 3
Pembaikan perlu dilaksanakan juga wpun cuaca tak mengizinkan demi para pelanggan. Hebat sugguh para pekerja bengkel G2 Auto.


GAMBAR 4
Terdapat juga kenderaan yg terpaksa dibiarkan kerana hujan lebat dan kekurangan pekerja mahir.

GAMBAR 5
hujan lebat yg masuk ke dalam ruang operasi dari arah belakang bengkel. Jemmmmm...

URUSAN PEKERJA SEPARUH MAHIR :

Pada Isnin yg lalu, aku telah menghubungi Cikgu Fauzi, tenaga pengajar Auto di Giat Mara Sg Benut Pontian. Merisik khabar tentang pelatih2nya dr simpang renggam. Alhamdulillah, ada 2 org pelatih di sana yg berasal dr simpang renggam dan akan tamat akhir disember ini... Bersabar je le pomen2 yg sedia ada ni.

:: MEETING PENGURUSAN ::

dah beri notis pd ijan & pejon utk meeting pengurusan

TARIKH : 26.11.06
HARI : AHAD
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : GUNUNG LAMBAK RESORT, KLUANG



WAJARKAH PINJAMAN SEJUMLAH ITU DIBUAT?
sila beri respon anda pada ruangan komen...

7 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 11/22/2006 11:50 PM said...

Menjawab secara menyoal:

1. Kalau prospek OK..teruskan.
2. Bagaimana dgn perjanjian sewa tapak..semak dan teliti semula.
3. Syarikat/perniagaan dah didaftar? Pekerja dah dibayar EPF?
4. Bincang dgn MEM BESAR sebelum mesyuarat dgn Ijan dan Pejon.
5. Perniagaan melalui pelaburan yang besar...memerlukan kekentalan semangat dan tidak mudah berputus asa/kecewa apabila yang diharap tidak tercapai.

Zuraidah on 11/23/2006 12:55 AM said...

Congak wang nak bayar dan untuk perkembangan business, kalau rasa boleh, teruskan.

Nampak gaya kene besarkan......

PakTeh on 11/23/2006 3:06 AM said...

Formula komen aku = komen pakngah + komen kakdah.

yg confirm : prospek +ve.

kalau soalan pakngah (no. 2,3,4) tu jawabnya ok:, make sure (tempoh pajakan/sewa tanah > tempoh loan) utk elak risiko. Nak loan - paperwork kena detail, akan lihat banyak kos luar jangka akan wujud. susut nilai, sewa, upah + EPF + cukai, dll. Elakkan company financial crisis (bukan minta) tak kacau tugas sekolah, mem & family. Backup kewangan kena ready jika ada faktor luar jangka/sabotaj kat mana2. Cuba compare prestasi dgn company lain di area dkt2 situ, dari pelanggan, orang awam & sykt hardware pembekal. Ready pedinding. pasang kuda2.

Lain2 : promosi ok, pasaran ada. Cuma kena tambah modal saja utk staf, alatan & renovation.

Kesimpulan: kumpul data, paperwork ready. Kalau ok je.. Jalan terus, jgn reverse2 lagik.

azlanlin on 11/23/2006 1:56 PM said...

TERIMA KASIH ATAS RESPON TUAN/PUAN:

pakngah :
1. sewa tanah :
a. PERJANJIAN PERTAMA :
ikat selama 12 tahun
-kenaikan sewaan 4 thn sekali & tidak melebihi 50%
- dipersetujui kedua2 pihak.. pemati stem

2. PENDAFTARAN SYARIKAT:
dah beres, ujung bln 12 ni kena idupkan semula

3. DAFTAR NGAN MAJLIS TEMPATAN :
dah beres termasuk kelulusan bomba, kesihatan & alam sekitar. dokumen cukup

4. MEETING:
a. tindakan ptam:
dah siap point apa yg yg perlu dibentangkan setelah berbincang ngan mem besar,
b. tindakan ijan:
minta dia prepare ttg
i. kelengkapan alatan
ii. masalah dlm operasi - pekerja, masa, disiplin
iii. pengurusan stok
c. tindakan pejon:
minta prepare ttg:
i. hal2 berkaitan pembangunan fizikal bengkel
- masalah kini & akan datang

*PERSEDIAAN MENTAL & TENAGA BELUM PASTI KRN, APA JA MASALAH AKN TERUS DIHADAPI & SELESAIKAN...INSYALLAH

KAK DAH :
- masih dok berkira2, pengorbanan amat perlu

PAKTEH :
paperwork dah ready, hubungan ngan mara kluang utk support, ok. kebetulan ketua pemuda kluang adalah bos mara peringkat kementerian... ruang & peluang jarang2 sekali datang serentak.

tq for everyone...

Pak Ngah: on 11/23/2006 7:08 PM said...

....Tetapi..lebih wajar jika blog PAKTEH tu tidak le setakat nak testing 1..2..3..je...dan hanya setakat menyelit pada ruang komen.
Gurau je...

MUNGKIN: kalau PAKTEH dan MAKTEH joint sama2 muatkan cerita dan berita serta diselit gambo2 dalam blog tu...rasa2nya BEST le..

PAK NDAK kata..belum masuk internet..tak tau le..mungkin betul..dan mungkin alasan logik yang secara spontan dapat diberi bila disebut soal2 blog ni..
Hehehe..

Zuraidah on 11/23/2006 11:18 PM said...

Font size blog Pak Tam ne, makin lama makin kecil, perit membaca.

Bukan ape, citarasa Kak Dah tetap macam orang muda, tapi mata Kak Dah tak pulak gitu..... tak terdaya nak fokus....Hehe.

azlanlin on 11/24/2006 8:24 AM said...

TULISAN :
maaf le kalu tulisan kecik sbb pilih yg small size, xmakan ruang. Bila dah suarakan...baru tahu kehendak orang lain..belum cekap memahami permintaan orang lain jika orang lain x sebut.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template