Nov 24, 2023

24.11.2023 : Klinik Kesihatan Chemor : Temujanji di Klinik Berhenti Merokok

Hari ini aku perlu ikuti temujanji dengan doktor Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. Ini pertemuan kali ke-2. 

Berada di ruang pendaftaran


Dua minggu lalu, aku telah datang untuk pertemuan utk kali pertama. Ada beritanya yang telah dicatatkan. KLIK di sini.

Malam tadi, aku telah ambil kad temujanji dalam fail rawatan dan letakkan di atas meja di sebelah kunci kereta. Di usia ni, aku sering lupa dan bersahaja (daya fokus hilang). 

Menunggu nombor dipanggil di Unit Pendaftaran


Temujanji kali kedua ini tentunya doktor ingin tahu kemajuan tentang keazaman berhenti merokok dan kesan gula-gula getah yang telah dibekalkan sebelum ini. 

Untuk setakat ini, aku kurang selesa dengan gula-gula getah. Kunyahan gula² getah menghasilkan air liur dan perut berasa kembung (berangin). Kali ini, aku cuba berbincang dengan doktor untuk menggunakan kaedah tampalan di bawah ketiak pula.  

Apa kata doktor?

Kting.. kting..

Loceng berbunyi. Nombor 4005 terpamer di skrin. Aku melangkah masuk ke Bilik 4. Pintu dikuak, doktor menyapa.

"Silakan masuk En Azlan." 
"Terima kasih", doktor, balas aku. 

Aku mula bercerita situasi terkini tentang kondisi badan. Doktor check penafasan. Ada bunyi katanya. 

Doktor cadangkan aku ambil "gas" untuk melegakan pernafasan. Juga ambil darah untuk doktor melihat kandungannya. 


Aku ke bahagian kecemasan untuk ambil tindakan selanjut seperti doktor cadangkan. 

Ambil "gas" bagi melegakan paru-paru.

Ambil darah untuk menghurai kandungannya.

Selesai ambil 'gas' dan darah, aku kembali berjumpa doktor. Keputusan darah sudah di tangan doktor. 

"Cantik, kandungan darah ni. Semua result ni memang bagus", kata doktor.

Begitulah, keputusan darah agak memberangsangkan. Kandungan dalam darah, semuanya dalam kawalan. Aku berasa lega. 

Ubat apa aku dapat hari ni?

Aku bergerak ke Farmasi pula. Aku dapat jajan untuk dibawa balik. Ada "pacth' bernikotin. 1Pacth ini untuk gantikan gula-gula getah bernikotin. Ini berguna untuk membekalkan nikotin dan tidak lagi merokok. 

Juga, semburan gas secara manual (inhaler) sekiranya sesak nafas berlaku.
Sebahagian ubatan yang dibekalkan untuk tempoh 2 minggu.

Selamat menjalani kehidupan tanpa merokok..!!
Continue Reading...

Nov 17, 2023

17.11.2023 - Keguguran : Air ketuban pecah

Malam tadi, jam 10.30 malam aku menerima panggilan daripada isteri. Agak mengejutkan. Aku masih berada di Taman Kinding Permai, Ipoh.

"Yang, Amira berasa sakit perut petang tadi. Air Ketuban dah pecah. Kami ke Hospital Tapah", kata isteri di telefon.


"Okay, kita jumpa di Hospital Tapah. Bantu uruslah mana-mana yang patut dulu", balas aku dan terus mengemas pakaian untuk ke Hospital Tapah 

Hampir jam 11.30 malam, aku tiba di Hospital Tapah. Aku ke ruangan menunggu di Wad Kecemasan. 

"Amira dah ada dalam wad kecemasan. Doktor kata, kemungkinan besar Amira perlu ke Hospital Ipoh (HRPB) untuk selanjutnya. Kejap lagi ambulan ada depan ni", kata MemBesar sambil tunjukkan ruang Ambulan ambil pesakit.

Terima kasih kakitangan Hospital Tapah.

Jam 2.00am, pembantu perubatan hantar mesge ke telefon aku. 

Anak encik masuk wad di hospital ipoh.

Continue Reading...

Nov 10, 2023

10.11.2023 : Cara Berhenti Merokok : Berjumpa doktor di Klinik Berhenti Merokok.

Ramai yang merokok. Ada yang baru memulakannya aktiviti merokok.. Ada yang sedang kesedapan di zon merokok. Ada yang sedang berusaha berhenti merokok tetapi masih gagal. Ada yang pasrah dan dalam menjalani proses berhenti merokok. Pelbagai kategori kelompok manusia berkaitan merokok. 

Hal ini timbul kerana manusia itu terperangkap dalam proses mencuba dan kekal merokok. Akibatnya, menjadi sukar untuk berhenti merokok. Aku juga termasuk dlm semua kelompok itu. 

Minggu lepas, aku telah membuat temujanji dengan Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan Chemor. Hari ini, 10.11.2023 (Jumaat, jam 9.00am) adalah tarikh pertemuan dengan doktor berkenaan berhenti merokok. 



Aku memulakan langkah dengan pertemuan pertama dengan doktor untuk usaha ke arah berhenti merokok. Ini kerana hujung bulan September 2023 lalu, aku telah masuk Wad 5B di HRPB, Ipoh dengan suspek jantung. Ada ceritanya DI SINI dan  DI SINI. 

Rentetan itu, aku berhenti hisap rokok bertembakau kerana demam selepas keluar wad. Apabila demam, tekak dan badan tidak dapat menerima sedutan asap rokok. Tekak kurang selesa dan batuk, nafas jadi tersekat-sekat. Situasi ini sebagai pemangkin untuk berhenti merokok. Ada ceritanya dan KLIK DI SINI. 

Apa kata doktor tentang merokok?

Tunggu, kerana aku masih menunggu di kerusi menunggu dan belum ketemu doktor. 

"En. Azlan", nama aku dipanggil oleh doktor lelaki dan masih muda. 

Aku masuk ke Bilik 4. Duduk di kerusi berhadapan dengan doktor. 

"Encik Azlan dah berapa lama merokok ni?" tanya doktor. 

Aduh, soalan ini yang berat aku nak jawab. "Lebih 30 tahun dah doktor. Sekarton seminggu dan kekadang 4 atau 5 hari boleh habis sekaorton tu. Sekarton ada 12 kotak. Satu kotak ada 20 batang. Bermakna jika seminggu habis sekarton, jadinya, sehari lebih kurang 30 hingga 35 batang rokok. Berat rasa dada doktor," aku mohon simpati sambil memberi penjelasan.  

"Apa yang membuatkan En Azlan berasa nak berhenti merokok ni?" soal doktor lagi. 

Jika soalan ini timbul, aku akan menjawab seolah-olah ada skrip dan lancar aja. Seperti selalu, ceritanya perihal masuk wad dan keluar wad.  Ada sentuhan emosi untuk mahu berhenti. 

Kami berdua berbual dan. berbincang dan akhirnya ada 2 keputusan. Pertama, doktor cadangkan gula-gula getah bernikotin sebagai alternatif untuk elakkan menghisap rokok bertembakau. Keduanya, aku dapat tarikh pertemuan kedua pada 2 minggu lagi iaitu  24.11.2023.


Jom ambil ubat di farmasi iaitu gula-gula getah bernikotin. 

Gula-gula getah. 
Namanya, NICORETTE.


Continue Reading...

Nov 6, 2023

06.11.2023 - Rawatan Susulan : Sakit Jantung (2)

Hari ini, awal pagi lagi telah aku bergerak menghala ke Hospital Besar Raja Bainun, Ipoh. 
Siri Pertemuan di Hospital

Mengapa Ke Hospital?

Hari ini 06.11.2023 (Isnin), adalah  tarikh pertemuan dengan doktor setelah hampir sebulan aku keluar wad 5B pada 30.9.2023 lalu. 

06.11.2023 - Tarikh Pertemuan


Isu Parkir lagi..!!
Isnin, parkir awam penuh di kawasan hospital.  Terpaksa aku meletakkan kenderaan di luar kawasan. Jauh juga untuk berjalan kaki ke Klinik Pakar Perubatan HRPB. Namun, dengan aplikasi Park@Perak agak mudah sistem pembayaran dan boleh tambahan masa menerusi telefon bimbit sahaja. 
Aplikasi PARK@PERAK

Bagaimana keadaan aku?

Hampir sebulan aku keluar Wad 5B pada 30.09.2023, pelbagai hal kondisi badan telah aku lalui. Hilang daya fokus, pening, emosi kurang stabil. Hal ini adalah kesan daripada pengurangan jumlah rokok yang diambil. Minggu ini aku tidak lagi membeli rokok bertembakau. Ini, satu usaha yang memberangsangkan.

Masih menanti utk pendaftaran.


Misi panggil nama aku?

"Azlan Lin", misi memanggil nama keramat itu. 
Aku terdengar juga nama keramat itu dipanggil. Aku tak jadi bangun untuk ke kaunter. Ini kerana ada wanita di hadapan aku telah bangun dan menuju ke kaunter setelah nama itu dipanggil. Aku lihat wanita itu tersengih kerana kesilapannya. 

"Azlan Lin", nama keramat itu dipanggil lagi. Aku bangun dengan kompidennya dan menuju ke kaunter. Betullah, nama itu adalah nama aku bukan nama wanita tadi... !

"Encik, ambil nombor ini dan boleh ambil bacaan tekanan darah dan buat timbangan berat dan tinggi", kata misi sambil serahkan kertas nombor giliran. 

"Baik, terima kasih", balas aku dengan penuh hormat dan sopan. 

"Wah, bagus bacaan tekanan darah ni. bagus encik", kata pembantu perubatan yang mengambil bacaan tekanan darah.
128/78 
Bacaan tekanan darah untuk hari ini. 

"Alhamdulillah, 128/78. Nadi pula 82. Berkat bimbingan dan nasihat doktor dan pengawai seperti encik juga. Terima kasih yea.", balas aku. 

Timbangan Berat : 72kg (berubah sbb aku snap gambar)
(Bacaan asal : 71.7kg)

Bacaan Ketinggian : 166cm

"Eh, Berat saya bertambah juga la tuan. Sejak keluar hospital sebulan lepas, saya kurangkan merokok. InsyaAllah, ke arah berhenti merokok !", tambah aku lagi. 

Catatan/Bacaan Utama
BP : 128/78
P : 82
Berat : 71.7kg
Tinggi : 166cm


Apa kata doktor?


Tunggu....
Continue Reading...

Nov 1, 2023

01.10.2023 - Rawatan Susulan : Sakit Jantung

Hari ini aku bergegas ke Hospital Raja Bainun. Ada dua hal yang harus diselesaikan. 
Pesakit yang ramai di Hospital Raja Bainun, Ipoh. Ini di kawasan Unit Pengambilan Darah.


Pertama, urusan rawatan susulan sakit jantung yakni proses ambil darah. Ujian darah ini untuk mendapatkan keputusan kandungan darah setelah sebulan aku keluar wad tempoh hari. Barangkali perkaitan kesan ubatan yang hospital bekalkan dengan tahap kesihatan jantung. 


Menunggu lebih kurang 1.30 minit, barulah nama dipanggil utk menerima 3 botol kecil utk mengisi darah. Masih menunggu dipanggil lagi utk proses mengambil darah pula.


Kedua, aku perlu ambil stok ubatan susulan yang sama jenis dengan stok awal keluar wad tempohari. 

Beralih pula ke Farmasi Komplek Pakar untuk mengambil stok ubat. 

Farmasi Kompleks Pakar

Stok ubatan untuk 2 bulan

Sudah hampir sebulan aku keluar wad berkaitan suspek sakit jantung, aku telah ambil beberapa pendekatan untuk menjaga badan diri. Pertama, pengurangan jumlah merokok yang agak ketara. Dulu, seminggu sebanyak satu karton (12 kotak). Kini, seminggu sekotak sahaja. Kedua, selepas pulang dari tempat kerja aku akan bristwalk di tempat riadah Tanjung Rambutan. Badan terasa bersemangat untuk bersenam. Juga tidak lagi berasa lesu.
BriskWalk di tapak lokasi riadah Tamjung Rambutan (berhadapan dengan Petronas)

 Alhamdulillah, terdapat perubahan positif pada badan diri. Apakah perubahannya?
1. Tidur lebih berkualiti (nyenyak dan mudah bangun pagi).
2. Tiada lagi berkahak sebelum dan awal bangun pagi. 
3. Tiada batuk-batuk sewaktu tidur (sebab tidak terjaga lagi ketika tidur akibat batuk).
4. Mula bersemangat untuk melakukan aktiviti kehidupan (sebelum ini berasa seperti mayat hidup shj. Malas dan tidak bersemangat utk melakukan sesuatu aktiviti).
Continue Reading...

Oct 26, 2023

26.10.2023 - Tersentuh emosi : Mendaftarkan nama di Klinik Berhenti Merokok

Hampir sebulan, amat berkurangan jumlah rokok yang diambil. Seingat aku tak sampai 4 kotak dihabis untuk tempoh sebulan. Perubahan yang baik. Kini, semakin kurang dan disusuli dengan batuk dan demam. Hal ini menyebabkan ketagih rokok dapat dikurangkan. 




Hari ini, aku ambil keputusan untuk ke arah berhenti merokok. Selama sebulan, pelbagai simptom awal pada badan kian terasa. Seolah bingung, pening, mual dan emosi kurang stabil. Benarlah begitu apabila aku buat sedikit bacaan di internet tentang kesan pada tubuh badan untuk tempoh berhenti merokok.

Simptom yang awal sedang lalui. Beberapa simptom lain bakal berlaku adalah seperti ini :

·       Sakit kepala

·       Mual

·       Insomnia 

·       Nafsu makan meningkat

·       Tidak dapat menumpukan perhatian

·       Berpeluh

·       Gelisah

·       Cepat marah dan hilang sabar

·       Kemurungan


Sumber : Klik di sini

Alang-alang aku melalui dan menempuh hal ini, ada baiknya aku ambil keputusan untuk berhenti merokok secara beransur dan dengan bimbingan serta pemantauan doktor pakar. Aku ada dua pilihan. Pertama, aku berhenti merokok dengan lakukan sendiri tanpa pemantauan mana-mana pihak. Kedua, aku berhenti merokok dengan pemantauan daripada doktor di Klinik Berhenti Merokok yang berhampiran. Jadi, aku memilih pilihan kedua. Sekurang-kurangnya ada juga sijil berhenti merokok apabila selesai proses ini nanti.

Aku yakin bahawa bukan mudah untuk berhenti merokok. Tubuh badan berasa kurang selesa. Tumpuan semakin berkurangan. Haisss.... aku perlu lalui juga.

Hari ni, 26.10.2023, aku telah ke Klinik Berhenti Merokok (KBM) untuk mendaftar tarikh pertemuan dengan doktor untuk sesi 1. Aku akan ke KBM pada 10.11.2023 (Jumaat) - 2 minggu lagi.


Aku juga telah membuat bacaan tambahan perihal Klinik Berhenti Merokok. Ada modul yang disediakan untuk perokok yang mahu berhenti. Pihak KBM menggunakan modul ini untuk membantu perokok tegar yang berniat dan bertindak untuk berhenti..



Sumber : Klik di sini

Continue Reading...

Sep 29, 2023

29.09.2023 - Tersentuh emosi : Ke arah tabiat berhenti merokok.

Di usia 50an, kudrat dan otot semakin melemah. Kesedaran ini harus ada dalam diri agar segala tingkahlaku dan kerja buat seiring dengan usia dan tenaga.

Pada 29 September 2023, jam 1.00 petang, aku ke wad kecemasan Hospital Besar Raja Bainun Ipoh akibat sesak nafas dan dada terasa ketat. Doktor lakukan ECG,ambil tekanan darah dan x-ray. Keputusan belum peroleh. Setelah ada katil kosong,  aku diletakkan di wad 5A untuk pesakit lelaki dengan suspek masalah jantung. Selama 3 hari 2 malam aku berada dalam wad. Doktor bekalkan pelbagai ubatan hospital untuk tempoh sebulan. Ada ubat darah tinggi, ubat cair darah, dan macam-macam lagi.

"Tak boleh berterus sebeginilah", kata hati kecil aku.


Nikotin dan tar dalam tembakau menyumbatkan aliran darah. Benarkah? Aku jenis jarang ambil tahu perihal kesihatan. Kini, aku mula ambil berat tentang kesihatan kerana di usia ini, kesihatan adalah harta percuma yang paling mahal nilainya.


Kolestrol : 5.35

Walau bagaimanapun, aku masih confius dgn keputusan ECG, X-Ray dan Ujian darah untuk meletakkan aku dlm kondisi sakit jantung...


Continue Reading...

Feb 12, 2023

12.02.2023 - Rim Bengkok : Terima kasih rakan Mercedes Perak.

TERIMA KASIH RAKAN MERCEDES PERAK.

Bulan lalu, tayar depan sebelah kiri sering keluar angin. Terpaksalah pergi ke kedar tayar untuk pastikan sama ada tayar bocor atau tidak.

Tayar sudah kehabisan angin

Mekanik tayar buat pemeriksaan. Tayar tidak bocor. Ada kebocoran kecil antara tayar dan rim. Penyelesaiannya, cuci tayar kerana diandaikan ada pasir² halus yang melekat antara tayar dan rim. Tak mengapa, cucilah dulu. 


Ada kebocoran kecil antara tayar dan rim

PARAH NIH...

Selang beberapa hari, angin tayar masih keluar. Aku perlu ke tempat pam tayar di Petron Taman Kinding.
Setiap hujung minggu, aku perlu pam tayar lagi. Parah ni.


Akhirnya, aku menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bro Mus, orang kuat rakan group mercedes Ipoh. Beliau cadangkan membaiki rim. Bagus juga cadangan tersebut. Dapat pengalaman baharu di Ipoh ni. Berlokasi di Kawasan Perindustrian Silibin.


Sabtu, aku menghantar rim di bengkel membaiki rim tayar. Rim ada sedikit bengkok. Dengan kos dipersetujui (RM130.00) rim menjadi seperti baru. Siap cat lagi.
Continue Reading...

Jan 26, 2023

26.01.2023 - Si Pekak dan Si Buta

Guruh tak terngiang telinga Sang Pekak
Kilat tak menyilau mata Sang Buta

Masyarakat moden kini kurang berminat dengan bahasa yang memiliki kata bidalan. Umumnya, penutur Bahasa Melayu lebih menggemari bahasa yang ringkas dan mudah difahami.  

Mengapa begitu?

Bahasa yang mempunyai kata bidalan memerlukan penaakulan yang lebih mendalam.  Sesungguhnya, Pada masa kini  kata bidalan seperti di atas amat jarang diketahui oleh masyarakat umum. Keunikan kata bidalan ini sama erti dengan "Akulah Si Buta dan Si Pekak".

Penaakulan bahasa mampu menguak ruang pemikiran secara positif terhadap makna setiap ujaran manusia. 

Selamat berbahasa...


 

Continue Reading...

Jan 22, 2022

22.01.2021 : Tahniah Cikgu Norzety : Pelancaran Buku "3 Little Puffer Fish"

Tahniah kepada Cik Norzety binti Abdul Aziz. Guru Prasekolah - Seri Mawar, IPG Kampus Ipoh telah membuat pelancaran buku cerita Bahasa Inggeris Prasekolah "3 Little Puffer Fish" sempena Program One Fun Day With Kids telah berlangsung pada 20.1.2022 di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.

Setelah pelancaran tersebut, buku ini bakal diterbitkan juga bagi membantu proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Prasekolah dan disebarluaskan ke prasekolah di negeri Perak.

Pelancaran Buku 3 Little Pufer Fish

Program One Fun Day With Kids adalah usahasama antara Unit Perpustakaan IPGKI dan Unit Prasekolah Seri Mawar, IPGKI. Aktiviti yang berlangsung dalam program tersebut ialah aktiviti bercerita daripada empat (4) orang pelatih UiTM  yang menjalani latihan industri di Unit Perpustakaan, IPGKI. Selain itu, pelajar prasekolah Seri Mawar turut menghasilkan penanda buku dengan bimbingan ibu bapa masing-masing.

"Jabatan Ilmu Pendidikan menyokong usaha murni penerbitan buku "3 Little Puffer Fish" untuk kegunaan pelajar prasekolah Seri Mawar, IPGKI dan akan disebarluaskan ke prasekolah di negeri Perak", kata En, Zulkufli bin Mahayudin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKI.

Selain itu, program ini turut mendapat perhatian dan liputan secara langsung oleh wartawan Perak Kini iaitu En Ramli bin Ahmad Rozali. Berita tersebut telah dimuatnaik di Facebook Perak Kini (Klik di sini).

Rakaman video daripada FB Perak Kini


"Program ini mendapat sokongan sepenuhnya ibu bapa pelajar prasekolah Seri Mawar, IPGKI sepanjang program berlangsung. Nilai murni hubungan mesra ibu bapa dan guru terhadap anak-anak didik prasekolah ini dapat dirangsang sepanjang program ini berlangsung", kata En Ahmad Jalalulail bin Abd Manaf, Ketua Unit Prasekolah yang setiasa menyokong dan membantu perjalanan program yang dirancang oleh Cikgu Norzety.

Kebersamaan membawa penyatuan dan kejayaan

Cikgu Norzety yang sentiasa mesra dengan pelajar prasekolah


En Ahmad Jalalulail, Ketua Unit Prasekolah sentiasa
menyokong usaha murni aktiviti Prasekolah Seri Mawar, IPGKI



Continue Reading...

May 30, 2020

CARA MEMATIKAN ANAK POKOK YANG TUMBUH MELIAR

Anak-anak pokok yang tumbuh di kebun dan perlu dimatikan supaya tidak mengganggu pokok tanaman yang lain.

Pelbagai cara boleh dilakukan. Ada yang akan mencabut pangkal pokok, ada yang memangkas, ada yang membakar dan sebagainya.

Saya terjumpa satu cadangan daripa seorang  rakan fb (Azeman Mohd) iaitu meletakkan racun khas. Agak menarik untuk saya.

Alatan yang diperlukan ialah racun berjemana TriEaster 32(250ml) dan 1.5 liter diesel.

Caranya ialah :

1. Campurkan racun 32(25ml) dengan diesel. (Tidak pula dinyatakan kuantiti campuran untuk kedua-duanya).
2. Gaulkan keduanya hingga sebati
3. Ambil berus cat dan celupkan ke dalam campuran tersebut.
4. Sapukan berus itu ke pangkal pokok yang mahu dimatikan.
5. Lihat kesannya dalam tempoh 2 minggu. Dedaun akan kelihatan kekuningan.

Selamat mencuba :

****"
Saya lampirkan penulisan asal penulis tersebut.


HAW TO KILL ANAK POKOK RUBBER
1st .... you go to kedai racun and buy TriEaster 32(250ml) and 1.5 litre diesel.
2nd... than you mix kedua-duanya sekali and you kacau kacau sampai sebati
3rd... you sapu at pangkal anak pokok getah allround like the picture. You can use berus cat untuk dolet2 this racun.
You wait after two week and you look the daun kekuning2an.
Ok by Happy mencuba.
#tugasanonlinePKPB😀

*****



Continue Reading...

Jan 19, 2020

KAU BUNUH CINTA


KAU BUNUH CINTA

Kerna cinta kau lahir
Kerna cinta kau berzahir
Kerna cinta kau mahir

Sayangnya
Kau bunuh cinta
Cinta pada Pencipta
Cinta pada makhlukNya
Cinta pada alamNya

Sayangnya
Kau bunuh cinta
Akibat lebur cinta pada takhta
Akibat lebur cinta pada harta
Akibat lebur cinta pada wanita

Sayang
Kembali pada Pencipta
Baru sedar bahangnya cinta
Baru sedar tenangnya cinta
Baru sedar kehidupan cinta
Kembalilah duhai cinta

ABL, Ipoh
19.01.2020 - Ahad
1.42am.


Continue Reading...

Jus buahan dan sayuran

Kondisi tubuh badan pada peringkat umur menginjak ke 50an, amat terasa berbeza dibandingkan dengan umur ketika 30an. 
Dengan tiada disiplin pemakanan yang seimbang, posisi perokok tegar, kekurang latihan bersukan merangsang badan diri cepat letih dan kurang bermaya.

Suatu gerak laku perubahan diri perlu dilakukan. MINUM JUS SEGAR. Bertujuan untuk kesihatan badan diri. Ayuh, kita buat jus buahan dan sayuran segar. Sistem penghadaman (usus) menjadi lebih lancar. Sistem tubuh badan juga memerlukan enzim daripada buahan dan sayuran segar.

Campuran lemon, timun cina, tomato, kunyit, daun sadri, lobak merah.

Segar

Continue Reading...

Feb 9, 2019

Jom Menulis Kisah Hidup..!

Menulis!.
Hanya satu perkataan sahaja. Mudah ditaip dan mudah dieja. Apatah lagi mahu dibaca, memang senang.

Bila direnung, mahu merangkaikan bait perkataan membina ayat sememangnya sukar. Kekadang, idea mencurah, kekadang idea kering-kontang. Kekadang, lancar menaip. Kerap kali pula memandang skrin komputer tanpa berbuat apa-apa. Tutup laptop.

Itulah dia..!!

***
Hari ini, hati tersentap. Memandang iklan yang rakan hantarkan menerusi whatsapp. Hanya sekeping gambar iklan. Simple saja, tetapi bermakna sehingga meregut tangkai jantung.

"Aku nak join", gerutu hatiku.

Aku membaca dengan teliti, ayat-ayat iklannya. Aku terus menghantar message kepada rakan.

Join la, balasnya.


Ayuh, mari kita menulis. Menulis kisah hidup, memang menyeronokkan. Visualisasi menerawang sejak kecil hingga kini, tentunya punyai pelbagai kisah dan ragam. Ketik aja aksara di keyboard.

Continue Reading...

Dec 27, 2018

KOSONG : TIADA ADA

Tahun 70an, hidup berumah di kampung berlantaikan papan dan berbumbung atap. Masa berlalu, hari berganti hari, kehidupan sedikit berubah. Ayah meneruskan pencarian rezeki sebagai nelayan. Abang-abang juga sudah mulai bekerja dan membantu biaya pembinaan rumah secara beransur-ansur.

Dinding rumah papan sudah berganti batu dan simen. Bumbung pula sudah berganti atap kepada zink. Lokasi rumah yang sama, rupa bentuk yang berubah. Begitulah, masa berlalu, kehidupan juga sedikit berubah.


*********

Kini, minda aku seolah kosong dan tiada idea tetapi otak tetap ada. Aku tetap tersenyum. Minda sudah tidak seligat dahulu untuk menggarap idea penulisan. Apakah aku sudah berumur dan tua?

Alam fikiranku KOSONG, Tiada Ada.








Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template