Pesakit yang ramai di Hospital Raja Bainun, Ipoh. Ini di kawasan Unit Pengambilan Darah.
Pertama, urusan rawatan susulan sakit jantung yakni proses ambil darah. Ujian darah ini untuk mendapatkan keputusan kandungan darah setelah sebulan aku keluar wad tempoh hari. Barangkali perkaitan kesan ubatan yang hospital bekalkan dengan tahap kesihatan jantung.
Menunggu lebih kurang 1.30 minit, barulah nama dipanggil utk menerima 3 botol kecil utk mengisi darah. Masih menunggu dipanggil lagi utk proses mengambil darah pula.
Kedua, aku perlu ambil stok ubatan susulan yang sama jenis dengan stok awal keluar wad tempohari.
Beralih pula ke Farmasi Komplek Pakar untuk mengambil stok ubat.
Sudah hampir sebulan aku keluar wad berkaitan suspek sakit jantung, aku telah ambil beberapa pendekatan untuk menjaga badan diri. Pertama, pengurangan jumlah merokok yang agak ketara. Dulu, seminggu sebanyak satu karton (12 kotak). Kini, seminggu sekotak sahaja. Kedua, selepas pulang dari tempat kerja aku akan bristwalk di tempat riadah Tanjung Rambutan. Badan terasa bersemangat untuk bersenam. Juga tidak lagi berasa lesu.
Alhamdulillah, terdapat perubahan positif pada badan diri. Apakah perubahannya?
1. Tidur lebih berkualiti (nyenyak dan mudah bangun pagi).
2. Tiada lagi berkahak sebelum dan awal bangun pagi.
3. Tiada batuk-batuk sewaktu tidur (sebab tidak terjaga lagi ketika tidur akibat batuk).
4. Mula bersemangat untuk melakukan aktiviti kehidupan (sebelum ini berasa seperti mayat hidup shj. Malas dan tidak bersemangat utk melakukan sesuatu aktiviti).
0 Coretan Lain:
Post a Comment