Sep 21, 2010

SILA HUBUNGI : Waris Keturunan Wan Mat Saman

21.09.2010 - Selasa :

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Kali ini entri saya berkisar berkaitan pencarian waris keturunan Wan Mohammad (Mat) Saman, tokoh terbilang negeri kedah suatu ketika dahulu. Dalam buku sejarah yang terdapat dalam negara kita kebanyakannya berkisar tentang sumbangan khidmat beliau dalam takhta negeri Kedah. Namun demikian tiada sebarag catatan berkaitan waris-waris keturunannya yang tercatat dalam mana-mana buku yang diterbitkan berkaitan beliau.

Tidak dinafikan bahawa pastinya dalam kalangan pembaca dan pengunjung blog ini adalah salah sorang daripada waris keturunan beliau. Tentunya dalam kalangan kita yang pernah mendengar cerita lisan daripada ibu atau bapa, nenek atau datuk kita berkaitan salasilah keluarga sendiri yang ada susur galur berkaitan Wan Mohammad (Mat) Saman. Cerita lisan itu hanyalah sekadar pemberitahuan dan penyampaian lisan sahaja.

Oleh itu, bagaimanakah untuk kita ketahui apakah cerita lisan yang disampaikan oleh ibu bapa kita, nenek atau datuk kita itu adalah benar atau rekaaan? Bagaimana pula untuk kita meneroka ruang cerita lisan itu di zaman ini.? Mampukah kita membuktikan bahawa jurai salasilah kita itu adalah ada kaitan dengan Wan Mohammad (Mat) Saman, saudara/ri bolehlah lawati blog "Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan". Sila klik link tersebut DI SINI.

Semoga kemelut yang bersarang di minda kalian akan cuba dirungkai dan dibantu untuk memahami akan situasi jurai keturunan tersebut.. Marilah sama-sama kita merungkainya...

Continue Reading...

Sep 16, 2010

WARNA-WARNI KEHIDUPAN : Empat tahun usiaku..

16.09.2010 - Khamis :

Tepat jam 12.01, genaplah 4 tahun umurku. Pelbagai lakaran dan coretan yang dibuat. Wujudnya aku hanyalah untuk menghubungkan aku dengan saudara-mara tuan aku. Aku memiliki rangkaian rakan-rakan di kalangan saudara-mara tuan aku. Saudara-mara tuan aku berada di perantauan akibat tuntutan kerjaya masing-masing. Jauhnya ikatan saudara-mara, aku dan rakan-rakan aku adalah sebagai penghubung dan pengikat tali silaturahim sesama saudara-mara tuan aku.

Peringkat awalnya, rupa parasku sangat simple. Tiada aksesori di badan aku. Inilah lakaran pertama yang ada dalam catatan. Lihat DI SINI. Aku ada menyambut kelahiran yang pertama ada ada entri khas yang diciptakan khas untuk aku. Walaupun simple, ianya amat bermakna. Lihat DI SINI. .Putih melepak. Almaklumlah, seawal kewujudan aku, aku tidak banyak rakan kenalan. Namun demikian, hari demi hari, rakan-rakan maya aku semakin ramai.

Kini, semakin lama aku semakin selesa dengan aksesori dan warna baju aku sekarang. Ini mungkin menepati citarasa tuan aku. Aku terima apa saja yang diminati oleh tuan aku. Keselesaannya adalah keselesaan aku jua.

Lakaran kanvas di badan aku bertemakan Warna-Warni Kehidupan. Pelbagai ceritera yang berkisar pengalaman tuan aku, pembacaannya, pemerhatiannya telah diwarnakan di dada aku. Ramai yang membaca secara terang-terangan. Ramai juga yang mengikutinya. Malahan lebih ramai dalam kategori pembaca dan pengikut senyap (silent readers & silent followers). Aku mewakili tuan aku mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran kalian dalam menyemarakkan kehadiran aku di dunia maya. Tanpa kalian, siapalah aku. Aku sangat menghargai kehadiran kalian.

Paparan terkini untuk Warna-warni Kehidupan

Dalam tempoh empat tahun ini, pelbagai pengalaman yang telah aku tempuhi. Ada yang baik dan ada yang menarik. Pengalaman yang paling menarik ialah kewujudan aku dihargai oleh Majalah Pendidik. Penghargaan awal yang dirundingkan. Kewujudannya belum pasti. Dikhabarkan bahawa WWK akan menghiasi kolum Blog Guru dalam Majalah Pendidik untuk keluaran Oktober 2010. Semoga impian ini menjadi kenyataan. Kiranya, inilah harapan aku sempena kelahiran aku untuk kali yang ke-4. Selain ini kewujudan aku di alam maya ini menjadi salah satu blog yang senantiasa mewarnai dunia blogger. Setiap warna, ada seninya yang tersendiri.

Sebagai mengakhiri kalam ini, aku tertarik dengan tafsir Surah Al-Jin, ayat 11 yang bermaksud :

"Dan bahawa sesungguhnya (memang ma'lum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan"

(Sumber : Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih - Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (30) Juz)

Continue Reading...

Sep 13, 2010

RAYA KEDUA : Beraya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

11.09.2010 - Sabtu

Aku menghadiri Majlis Suaikenal Kerabat Diraja Kedah dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Jamuan ini adalah bertujuan merapatkan waris kerabat Diraja Kedah yang dikatakan terpinggir dan diketepikan. Wallahualam.

Ramai yang hadir yang telah membuang gelaran Tengku di hadapan nama mereka sejak berzaman. Mereka berjaya mengumpulkan lebih 1000 orang waris di dalam sebuah dewan. Kehadiran adalah di luar jangkaan. Tahniah kepada pengelola.

Follower terHEBAT. Terima kasih Mem Besor.

Lain-lain gambar ada DI SINI.
Continue Reading...

Sep 9, 2010

SYAWAL 1413 (H): Menjelma lagi

Salam Aidilfitri buat semua rakan dan pengunjung blog Warna-warni Kehidupan ini. Semoga kedatangan Syawal memberi kebahagiaan kepada semua. Andai kata terdapat tulisan yang menyinggung hati dan perasaan pembaca, saya mohon ampun dan maaf kepada mereka yang terlibat.



SELAMAT HARI RAYA
Continue Reading...

Sep 6, 2010

SMRS '88 : Pertemuan di Teluk Batik

06.09.10 - Isnin :

Lebih kurang seminggu sahaja pengaturan perancangan untuk pertemuan sesama rakan lama. Terpisah akibat tuntutan masa dan keadaan. Semuanya menerima perpisahan itu. Hampir 22 tahun perpisahan itu berlaku.

Akhirnya, tibalah saat-saat indah, hasil gabungan tenaga beberapa orang rakan yang gigih berusaha mencari dan mengumpul rakan-rakan lama. Bekas pelajar SMRS '88 (Sek. Men. Raja Shahriman, Bruas, Perak) memulakan pertemuan pertama kalinya di Teluk Batik Resort pada 04.09.10 (Sabtu).

Beberapa orang guru lama yang telah berpencen juga dijemput. Guru-guru ini pernah mengajar kami ketika itu. Betapa gembiranya mereka apabila dijemput hadir dan berjumpa anak murid lama... Begitulah suasananya..

Ucapan berbanyak terima kasih kepada Liza Kamaruddin (menyusun atur program dan menjemput rakan-lama), Saiful Faisal (pemilik Teluk Batik Resort), Mohd Fauzi (sponsor makan dan minum). Usaha kalian lebih menyemarakkan hubungan yang telah terputus lama. Rupa-rupanya, semua yang ada bukanlah tinggal berjauhan pun.

Rakan-rakan dan guru yang telah pencen telah dapat berkumpul.

Makan-makan dan berbual.

Berderai ketawa apabila Cikgu Aminuddin memberi sebab
mengapa rambutnya masih hitam pekat walaupun telah pencen.

Berbual dengan Cikgu Suhaimi, suami rakan SMRS '88

Rakan-rakan sekelas tingkatan 5 dahulu.

Liza (org kuat Adun Pengkalan Bharu), Aku dan Khairil Anuar (Ambrose)

Dapat bertemu dengan rakan FB (Tok Sidang Kg Changkat Chermin, Ayer tawar).
Kami yang selalu berbicara berkaitan Politik Beruas.

Berbual dengan rakan-rakan di lobi resort setelah rakan-rakan lain
pulang ke rumah masing-masing.

Itulah dikatakan jika kita manfaatkan kemudahan FaceBook dengan baik, kebaikanlah yang wujud. Begitu juga sebaliknya. Ketuk kepala, tanya minda...

Selamat Hari Raya AidilFitri..

Continue Reading...

Sep 4, 2010

RAYA LALU : Kenangan yang abadi

04.09.2010 - Sabtu :

Hari ini bermulanya cuti persekolahan. Anak-anak yang tinggal di asrama mula pulang ke rumah ibu bapa masing-masing. Cuti persekolahan kali ini bersambungan dengan cuti raya. Agak panjang juga untuk ibu bapa membuat persediaan hari raya.

Entri ini dibuat apabila aku kelebek folder gambar-gambar lama dalam CD simpanan lama. Aku jumpa beberapa keping gambar yang menimbulkan nostalgia abadi. Kenangan yang sukar dilalui semula. Namun, kita masih boleh melakukannya sekali lagi sekiranya kita berkehendak.

Bagi sesiapa yang masih memiliki ibu dan bapa di kampung, pastinya ada tempat tuju dan berkumpul adik beradik. Di situlah akan tersingkap pelbagai ceritera. Gelak-ketawa, usik-mengusik akan bersilih-ganti. Namun, semuanya akan hilang sekelip mata apabila tunjang kedua ibu bapa telah tiada. Masing-masing akan dengan haluan dan perjalanan hidup yang harus diteruskan.

Oleh itu, seharusnya kita memulakan road tour sepanjang musim perayaan untuk mengimarahkan hubungan sanak-saudara. Sementelah itu, berkunjunganlah untuk menyemarakkan hubungan sesama adik beradik, sanak-saudara mahupun rakan-taulan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua sanak-saudara dan rakan-taulan.





Dalam kesempatan yang ada, kunjungilah mereka yang masih menunggu ketibaan anda.

:: Mood syahdu..heheh

Continue Reading...

Sep 1, 2010

NIKON DSLR D90 : Milik bersama.

01.09.10 - Rabu

Setelah kembali dari Kedah, aku bawa famili ke Port Kelang pada 28.08.10 (Sabtu) untuk ketemu dengan Tengku Abu Bakar. Di khabarkan salah seorang waris warisan. Kami sekeluarga ketemunya.

Selepas itu, kami lajak ke Kuala Lumpur dengan hasrat mengempiskan poket. Merayau di Lowyat untuk meninjau 'perakam nostalgia'. Ke kedai satu untuk mengetahui selok belok DSLR Nikon D90. Pelbagai perkara ditanya tentang fungsi lense dan flash. Mendapatkan jumlah harga. Berganjak pula ke kedai 2 dengan tujuan yang sama. Begitu juga ke kedai yang ketiga. Pelbagai cadangan dan pendapat berkaitan apa yang ditanya.

Sefamili di Lowyat
(Hasilan Samsung WB1000 - kompak)

Akhirnya, aku membuat keputusan. DSLR Nikon D90 menjadi hak milik. Bertitik-tolak daripada body kamera D90, lensa asalnya ditukar. Tamron 18-200 jadi pilihan. Jenama ProTAMA untuk Wide dan Macro Converter Lens jadi lensa tambahannya. Termasuk juga dengan flash kokak dan bateri yang boleh dicas semula untuk flash tersebut. Rabak dan berpinau seketika dengan harga yang dipersetujui. Semua itu untuk hadiah kepada Mem Besor sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-14 pada 20.08.10 lalu.

DSLR Nikon D90
(Hasilan Samsung WB1000 - kompak)

"Kamera ni ayah belikan untuk mama tau," ujar aku kepada anak-anak apabila meninggalkan Lowyat. Anak-anak mengangguk tanda faham. Mem Besor tersenyum simpul. Nikon D90 dicop mohorkan untuknya.

DSLR Nikon D90
(Hasilan Samsung WB1000 - kompak)

Semalam, terdengar suara-suara sumbang daripada anak sulung aku.

"Ma, sapa yang guna kamera tu?", ujar anak sulung aku. Itulah ayat menusuk kalbu aku. Mem Besor menyengih juga.

"Alaaa...ayah guna ke, mama guna ke, sama saja. Yang penting gambar kita ada dalam tu..kan?", Mem Besor memberi penjelasan. Terima kasih Mem Besor. Aku tidak perlu memberi jawapan spontan.

Lantaran itu, aku mempelajari selok-belok mengedit gambar berdasarkan HDR (High Dynamic Range). Warna dan paparan hasil editing nampak lebih menarik. Sebenarnya, HDR adalah salah satu daripada pelbagai teknik editing gambar. Walau bagaimanapun, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan lama di Kluang perihal editing ini khusus kepada Sifoo Zuri dan Sep_Epol. Merekalah yang memberikan gambaran asas berkaitan dengan Teknik HDR ini.

Bangunan yang baru siap di Pintu Timur, UPSI.
(ProTAMA - Wide Lense Converter)

Bangunan Gimnasium di UPSI.
(ProTAMA - Wide Lense Converter)

Pintu utama KTM Tanjung Malim
(ProTAMA - Wide Lense Converter)

Semut Merah
(Macro Lense Converter)

Jurai yang bertalu
(Macro Lense Converter)

Merenung jauh...
(Macro Lense Converter)

Semakin merekah, semakin tinggi nilai estetika.
(Normal Lense - Tamron AF18-200)


Sekilas pandang di Proton City, Tanjung Malim.
(Normal Lense - Tamron AF18-200)

Di luar Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
(Normal Lense - Tamron AF18-200)

Continue Reading...

Aug 31, 2010

MAJALAH PENDIDIK : WWK menghiasi kolum Blog Guru



31.08.10 - Selasa

Minggu lepas, 3 hari aku berada di Kedah. Memandu seorang diri dari Tanjung Malim ke Sungai Petani, Kedah. Pelbagai lakaran ceritera baru dalam sejarah kehidupan aku dan sejarah negeri Kedah sendiri telah tersingkap. Perjalanan aku ke Kedah berkisah pencarian "Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan". Sedikit sebanyak, ceritanya ada di sini.

Mercu Tanda di Bandar Sungai Petani, Kedah.

Pada hari kedua, sewaktu aku memandu ke Sik bersama Bang Jan dan Tengku Zainol Rasyid, MissBerry aku berbunyi. Nombor yang tertera, tidak aku ketahui. Aku menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Cikgu Azlan ke?"

"Ya, saya," balas aku.

"Saya, XXXXXX. Wartawan daripada Majalah Pendidik. Saya berminat untuk membuat kupasan berkaitan blog cikgu untuk Majalah Pendidik keluaran Oktober 2010 nanti. Apa pandangan Cikgu?" jelas sekali suara lelaki itu di corong telefon.


Contoh paparan muka hadapan Majalah Pendidik.

"Ermmm...blog yang mana satu? Saya memiliki beberapa buah blog untuk beberapa tema yang yang saya garapkan. Boleh saudara sebutkan tema blog yang sdara pilih tu?" aku bertanya lagi.

"Warna-warni Kehidupan," katanya.

"Ok. Itu blog peribadi saya. Apa yang boleh saya bantu?" balas aku.

"Begini cikgu, saya akan hantarkan beberapa soalan untuk cikgu jawabkan. Saya akan hantar melalui email cikgu. Saya harap, cikgu dapat hantarkan beberapa keping gambar berdasarkan situasi yang bakal saya nyatakan. Boleh cikgu?", jelasnya lagi

"Baiklah, tapi sekarang saya berada di Kedah. Weekend nanti saya akan balik ke Tanjung Malim. Saya akan ke jawab soalan-soalan yang bakal sdra nyatakan nanti. Errmm..jika siap editing untuk dimuatkan dalam majalah tu, saya MINTA sdra hantar kepada saya dulu untuk pengesahan. Biar saya baca terlebih dahulu sebelum disiarkan. Boleh sdra ?" Pinta aku sebelum terjadi sesuatu diluarjangka. Langkah berjaga-jaga adalah lebih baik sebelum terlambat.

Pada 29.08.10 baru-baru ini, aku telah menjawab beberapa soalan yang telah dihantarkan ke email. Boleh tahan jugak soalan-soalan yang ditanya.


Malahan beberapa keping gambar yang dipintanya telah ditunaikan. Salah sekeping gambar bersama laptop, telah digayakan di Proton City. Offline saja. Janji memegang laptop..hahhah.

Gambar yang diedit semula menggunakan teknik HDR (High Dynamic Range)

Aku sendiri pun belum pasti bahawa WWK ini akan disiarkan dalam Majalah Pendidik untuk keluaran Oktober 2010. Selagi belum tiba waktunya, selagi itulah ketidakpastiannya belum terjawab. Sama-samalah kita nantinya.....

Beberapa buah kedai menjual buku/majalah Tanjung Malim yang telah aku riki, belum jumpa kedai yang jual majalah itu. Mungkin aku belum temui. Kedai mana yang ada jual Majalah Pendidik di area ini....? Kut-kut, Mr Dun, Ust PowerRangers di Kalumpang ada idea dan pandangan?.Heheheh
Continue Reading...

Aug 10, 2010

RAMADHAN 1431H : Menjelma lagi untuk semua



100810 : Selasa -

Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk mendapat keberkatan di bulan Ramadhan 1431H ini.. Semoga kita beroleh keberkatan bulan ini seperti mana yang telah dijelaskan seperti di bawah ini.

Sila KLIK DI SINI untuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa mengikut negeri dan zon masing-masing.

Kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sumber : Ibnismail

Continue Reading...

Aug 4, 2010

Majlis APC 2009 : Guru-guru dihargai dan diraikan...

04/08/2010 - Rabu :

Kemuncak setahun hasil penat lelah guru akan dihargai oleh warga Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Para guru yang dianugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk setiap tahun akan diraikan kehadiran mereka. Guru-guru umpama VIP. Kehadiran mereka disambut. Itulah nikmatnya berkhidmat sebagai guru. Kerjaya yang mulia untuk mendidik anak-anak bangsa.

Hakikatnya, ketua jabatan telah memberikan penilaian berdasarkan merit dalam kerjaya sebagaimana yang telah ditentukan. Pencapaian dan sumbangan guru untuk profesion, kejayaan pelajar, interaksi guru sesama rakan setugas dan anak-anak didik, penerapan disiplin dalam diri anak didik, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan segala macam lagi diambil kira. Penilaian secara holistik akan diambilkira.

Akhirnya, pihak pegawai dan staf sokongan di PPD akan bertungkus-lumus untuk menyediakan segala kelengkapan untuk Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang agar berlangsung dengan jayanya.

Para Pegawai PPD sedang menyelia tugasan

Bagi daerah Batang Padang, esok 05/08/10 (Khamis) akan termetrai majlis tersebut di MRSM Trolak dalam keadaan yang sederhana namun tetap memberi impak yang cukup berkesan agar semua guru dalam daerah tersebut terus berkhidmat dengan cemerlang.

Pengkisahan entri ini ada kaitan dengan ENTRI INI.

Continue Reading...

Aug 1, 2010

KMJ 2010 : Kenangan Mengusik Jiwa

1/8/2010 - Ahad

Tarikh keramat mengumpulkan semula rakan-rakan yang telah terpisah hampir 20 tahun yang lalu. Rumah Pn Fazidah di Shah Alam menjadi lokasi pengumpulan semula rakan-rakan yang membawa haluan masing-masing dalam kehidupan tersendiri. MukaBuku (Facebook) menjadi penghubung dan penyambung semula. Sebagai langkah mula, masing-masing akan cuba menyediakan sedikit masa untuk mula berkumpul dan bercerita. InsyaAllah.


Rumah ASP Pn Fazidah Mohd Yusuf
(Anak PakNgah Coh - kedai di simpang 3 d Kg Hj Ali, Pantai Remis)

Pengumpulan semula rakan-rakan yang terlibat dan berkaitan dengan SMKDI (Sek. Men Dato Idris), SMAB (Sek Men Ahmad Boestamam. Kononnya, Club39.. hehheh. Peta ke rumahnya telah diuploadkan dlm FB...untuk makluman rakan-rakan.

Jumpa di sana..... Club39 : KMJ 2010
Continue Reading...

Jul 31, 2010

PENGGEMAR CINCIN : Cara menyukat saiz cincin



31/7/2010 - Sabtu

Cincin dijari manis memberi perlambangan pada pemakainya. Jika wanita/gadis yang memakainya, barangkali melambangkan gadis itu sudah ada pemiliknya. Bagi lelaki pula yang memakai cincin agak berbeza perlmbangannya. Ada yang berminat untuk 'melawa', ada juga ingin menimbulkan 'aura'. Wallahualam.

Gambar hiasan

Hakikatnya, cincin dari segi warna batu cincin dan rupa bentuk pengikat cincin itu ada peminatnya yang tersendiri. Hanya yang berminat sahaja yang mampu menjelaskannya.

Gambar hiasan

Sebelum ini, aku sememangnya gemar melihat cincin yang penuh 3 atau 4 jari sekali gus pada mana-mana lelaki yang agak berumur 45-an ke atas. Kadangkala batu cincin yang mereka sarung di jari, sangatlah besar dan memenuhi jari mereka. Mengapa mereka minat? Mengapa mereka suka? Namun, tidak pula pernah aku selidiki tentang kenapa dan mengapa minat mereka terhadap cincin.

Apabila sesekali angin bertiup, sesekali air bah..aku juga terpalit akan minat yang sebegitu. Kenapa dan mengapa, aku juga tidak tahu. Yang pastinya, aku suka. Heheheh. Jangan ditanya kenapa dan mengapa...hanya yang melaluinya sahaja yang mengerti.

Sebelum ini aku lebih kepada cincin yang berbatu kecil dan bertatahkan batu kilat dan diikat dengan suasa. Kini, minat dan selera itu beralih kepada batu cincin yang agak besar dan berwarna gelap!. Setakat ini masih memenuhi jari manis tangan kanan. Namun demikian, masih belum memenuhi jari anak, manis dan hantu. Wallahalam. Hehheheh.

Apa-apa pun bersediakan kita untuk salah satu kesan untuk penggemar cincin seperti di bawah? hehehheh.
Sumbangan Pokcik Google

Hari ini aku mencari untuk cara mengukur saiz cincin yang sesuai dengan jari. Beberapa panduan ada di bawah. Maklumat ini aku peroleh di SINI.

******************************


Panduan Menempah Bingkai Cincin dari kami.

Mengukur Jari anda:-
Seringnya jari disarung ke jari manis atau jari
pilihan anda.Untuk keselesaannya ia mestilah selesa dan sesuai.
Kami juga menawarkan bingkai cincin menarik untuk anda.

Dibawah kami menyedia panduan untuk anda mengukur sendiri
Jari anda sebelum menempah dari kami :-

1) Ukurlah jari anda pada waktu kering,sebaiknya tengahhari kerana
waktu ini jari biasanya mengembang.

2) Jangan mengukur jari sewaktu masih basah .

3) Lilitkan seutas benang/kertas pada jari pilihan

4) Tandakan kedua-dua hujung bertemu.

5) Ukurkan benang atau tali itu dengan pembaris – ukuran “mm”

6) Bahagikan nilai itu dengan 3.14 ,untuk mendapatkan nilai
sebenar ukur lilit jari tersebut.

7) Rujuk paduan dibawah:


Sumber : Koleksi Hikmah

Anda juga boleh melihat contoh penghasilankan cincin yang berkualiti DI SINI. Ini first time aku cuba mencari maklumat berkaitan ini.

Sumber : Si Tukang Cincin

Continue Reading...

UPSI : International Management Education Conference 2010 (iMEC)

31/07/2010 - Sabtu

Penemuan-penemuan terkini dalam kajian yang dilaksanakan secara ilmiah oleh para ilmuan dalam bidang pengurusan pendidikan akan dibentangkan dalam konferen. Konferen untuk tahun 2010 adalah dikendalikan oleh UPSI dengan kerjasama HSIPIS dan Kerajaan Negeri Melaka.


iMEC 2010 is a platform to bring together local and international academia, educators, planners and teaching professionals to exchange views and insights on the best practices and future directions on educational issues.

Organized by: Faculty of Business & Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris


Registration Fee

Presenter/Participant : RM750
Early Bird : RM650 (before 31 May 2010)
Group of Five : RM650 each
Student : RM350

Maklumat berkaitan konferen ini boleh diperolehi di laman web. Anda boleh klik DI SINI, DI SINI dan DI SINI.

Continue Reading...

Jul 27, 2010

KEPIMPINAN GURU : Daya juang dan tidak ber'wang'..

Rentetan sejarah pernah membuktikan peranan guru dalam politik mampu menggegarkan persada negara. Laungan merdeka pertama kalinya oleh seluruh rakyat 53 tahun lalu adalah hasil gabungan tenaga, minda dan kata-kata mahupun lisan dan bukan lisan kalangan guru. Peranan guru mula mendapat tempat dalam membentuk barisan kepimpinan dalam masyarakat. Ketahuilah..itu dulu!

Ini berlaku kerana guru memberi khidmat dalam membentuk masyarakat secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan wang ringgit, malahan wang ringgit sendiri yang terpaksa dibelanjakan demi negara, bangsa dan agama. Makin lama negara makin maju. Rakyat semakin hidup dalam keselesaan dan mewah. Semakin ramai golongan korporat diwujudkan secara bertatih mahupun segera.. Akhirnya, barisan kelompok korporat mula mengambil alih dalam menerajui kepimpinan masyarakat. Pemimpin juga harus berfikiran yang memiliki unsur "perniagaan" agar mampu menjana negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Impak bermatlamatkan perniagaan dalam kepimpinan, unsur wang mula memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Para pemimpin dan masyarakat mula menerima kewujudan unsur wang seolah-olah menghalalkan cara. Kerosakan minda masyarakat dan barisan kepimpinan mula kelihatan. Wang menjadi raja dalam membentuk kepimpinan dan jawatan. Seolah, semakin banyak wang, semakin banyak pengaruh dan semakin 'hebat' kualiti kepimpinan. Barisan kepimpinan kalangan guru mula terhakis dan terkikis. Ini kerana barisan guru tiada memiliki kuasa wang dalam barisan kepimpinan. Yang ada hanyalah daya juang membentuk masyarakat. Akhirnya, masyarakat semakin tenat, negara semakin penat.

Krisis kepimpinan mula berlaku akibat perebutan jawatan dalam kepimpinan. Ketidaksabaran dalam meniti jawatan kepimpinan mewujudkan kelompok-kelompok dalam menjana pengaruh. Akhirnya jelaslah kelihatan rakyat mula bangkit untuk mencari kebenaran.

Kepincangan demi kepincangan mula menular dalam barisan kepimpinan negara. Hinggakan kini, sudah terang lagi bersuluh, bangsa dan agama menjadi mainan ahli-ahli barisan kepimpinan. Melayu dan Islam menjadi bualan dan gurauan oleh rakyat, termasuk juga kepimpinan bukan Melayu dan Islam. Apa sudah jadi? Apa sudah jadi? Pemimpin Melayu mula hilang TELOQ. Melayu dan Islam dibodoh-bodohkan. Satu persatu negeri tergadai. Sudah tergadai, sukar ditebus kembali. Masyarakat mula berkecamuk. Itulah pendekatan pecah perintah berkonsepkan Yahudi. Melayu berpecah-belah. Ini kerana barisan kepimpinan sedia ada mula mementingkan diri daripada kepentingan rakyat.

Gambar hiasan : Ehsan Pokcik Google

Kini, kepimpinan sedia ada dalam negara mula mencari arah. Kelompok barisan kepimpinan guru mula diberi perhatian. Keikhlasan dan semangat daya juang barisan kepimpinan guru mula diberi ruang. Adakah kelompok guru akan dikambing hitamkan atau sememangnya mula diberi laluan? Wallahulam.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Apabila melihat laporan di Berita Harian menjelaskan yang kelam. Laluan sudah mula dibuka. Langkah masih jauh tetapi memulakan langkah mula amat penting.

Lihat laporannya di bawah :

*****************************************************

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru satu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan supaya tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terbabit dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama
Continue Reading...

Jul 22, 2010

IKATAN PERSAUDARAAN : Di mana kedudukan kita?

22.07.10 - Khamis

Salam sejahtera buat rakan-rakan pembaca.

Mari kita renungi siaran akhbar online bertarikh 21.05.2010 lalu yang bertajuk 21 tahun tinggal berjiran tidak sangka adik-beradik. KLIK DI SINI. Apakah perasaan mereka? Bagaimana pula jika kita renungi dalam diri kita. Apakah reaksi kita? Apakah tindakan kita? Persoalan-persoalan ini akan terjawab jika direnungi sketsa itu. Terdetikkah di hati kita?


Lihatlah paparan gambar mereka yang berjiran selama 21 tahun rupa-rupanya adik-beradik tiri.

suka - duka - hiba -sayu - gembira -bersyukur

Situasi ini berlaku kerana mereka adalah adik-beradik tiri. Sudah pasti ada cerita yang tidak diceritakan membuatkan mereka terpisah dan berpisah sekian lama. Allah membuka ruang untuk mereka bertemu kembali. Alhamdulillah..

Bagaimana pula situasi kita sesama adik beradik seibu dan sebapa? Yang bermain, bercerita, bergaduh, bermasam muka, ketawa bersama...semuanya bercampur-baur suatu ketika dahulu. Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, pastinya masih ada ruang untuk berkumpul dan menyediakan ruang untuk menjengah ke kampung. Bagaimana pula dengan yang telah ketiadaan ibu dan bapa? Sedekahlah Al-Fatihah agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.


Hal ini, ada juga diutarakan oleh Aki Lok Man. Kenalan FaceBook (FB) aku. Aki adalah seorang yang memilik pengalaman yang cukup menarik dan boleh berkongsi dengan rakan-rakannya di FB. Aku tertarik dengan persoalan yang diutarakannya. Mari kita bersama renungi sejenak... di manakah kedudukan kita....?

Continue Reading...
 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template