Jul 15, 2010

APC : Bukan kita yang menilai diri....

15.07.2010 - Khamis

Aku tersentak. Bunyi hon di pintu pagar. Aku panjangkan leher menjengah ke luar. Nampak kuda besi warna hijau. Terdengar bunyi pintu kereta ditutup.

Keletuk.. keletak... keletuk... keletak.... Bunyi tapak kasut di luar rumah.

"Assalamualaikum...ada orang tak?" terdengar suara MemBesor kat luar rumah.

"Wa'alaikumusalam. Orang dalam rumah kata tak ada dalam rumah. Masuk le kalau tak malu..." balas aku.

Pintu dikuak. Beg bimbit diletakkan di atas sofa di ruang tamu. Mem Besor berjalan menghampiri aku di meja makan yang sedang mengadap laptop.

"Apa ke dok goyang-goyang kertas tu? Panas ka?" tanya aku apabila MemBesor menghampiri aku.

MemBesor diam. Senyum ja. MemBesor duduk mengadap aku. Screen laptop diturunkan.

"Awatnya? Mcm nak tunjuk jaaaa... Meh nak tengok!" balas aku.

Kertas ditangannya dihulurkan kepada aku. Aku membelek kepala surat, tajuk surat dan butiran-butiran penting yang terkandung dalam surat itu.

"Waaaa....TAHNIAH!. Alhamdulillah. Tapi, mana aci camniiiiii.....! Dah potong laaaa..." kata aku pada MemBesor. MemBesor menyeringai bangga dan bersyukur.

"Alhamdulilllah. Setiap tindakan dan tugas kita biar ikhlas dan ada susulan dengan minat untuk belajar. Bukannya hanya mengomel dan merungut bila boss bagi kerja. Biasanya boss akan berikan kerja bergantung kepada kemampuan seseorang, bukannya depa nak mendera" sambung aku...

"Apa-apa bentuk bunyi-bunyi langau di tepi telinga, abaikan. Itu proses biasa. Tok sah dok pertikai orang sana, pertikai orang sini. Semua tu boleh merosakkan 'hati'." Aku semacam beri tazkirah. Aku bersalam mengucapkan tahniah pada MemBesor.

"Ishhh..tak awal sangat ka? Ramai lagi yang dok ada tu belum terima. Baru masuk tahun kedua di sini ja," tanya MemBesor. Kegusaran yang wujud walaupun dalam riak yang tenang.

"Takpa aihhh.. Ingat la satu perkara. Bukannya layak kita nak menilai antara sesama kita. Pentadbir yang menilai kita. Kalu faham konsep tu, hati jadi senang." sambung aku.


Gambar Hiasan :
Editing hasil drp Pakcik Google


Aku menghubungi rakan di PPD BP untuk ketahui tarikh sebenar majlis penyampaian dan perjumpaan untuk hal itu. Aku dapat jawapannya. Terima kasih geng. 5 Ogos tarikh yang masih dalam perancangan...nantikan, InsyaAllah.. Berkemungkinan besar di Trolak.

* Hal ini berlaku pada hari Selasa yang lalu... Mood belum datang untuk membuat entri ini ketika itu.. hehhe.

12 Coretan Lain:

Pak Ngah: on 7/15/2010 7:38 PM said...

:: tahniah kepada penerima anugerah dan suami penerima yang sentiasa menyokong kerja buat isterinya.. RM1K dalam tangan.. rezeki tu.. syukur alhamdulillah.

www.arzone_71.blogspot.com on 7/15/2010 8:30 PM said...

Tahniah..
Kejayaan isteri tu kejayaan suami jugak...x gitu?? he he

azlanlin on 7/15/2010 10:36 PM said...

Alhamdulillah..
Nampak gayanya, tukang terima RM1K ..ialah penerima anugerah dan tukang ngabiskan orang lain..hehhehe.

Itulah namanya..kerjasama...

azlanlin on 7/15/2010 10:39 PM said...

ArZone:

Kejayaan untuk bersama....hehhehe

Kujie on 7/16/2010 7:59 AM said...

Tahniah.... area sana syurga durian , kan...

Jemputlah kita datang kenduri pulut durian..:P

zeck_kk@yahoo.com on 7/18/2010 11:45 AM said...

Sekalung Tahniah daripada zeck as.

azlanlin on 7/18/2010 2:41 PM said...

Kujie :

Kurang tertarik dengan musim durian sebabnya bukan peminat buah durian. Makanya, xde kenduri pulut durian.

Mai la, x semestinya ada kenduri durian ja..hehhe

azlanlin on 7/18/2010 2:42 PM said...

ZAS:

Terima kasih atas ucapan....

salwa said...

congrats sahabat.

azlanlin on 7/23/2010 11:36 AM said...

To Salwa:

Juga TAHNIAH utk salwa yg juga milikinya utk thn ini...

GPI on 8/04/2010 11:08 PM said...

oleh sebab baru tau, baru la nak ucap tahniah...

azlanlin on 8/05/2010 7:59 AM said...

Takpa...baru sama-sama tau...hehhe.

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template