May 9, 2017

Emosi : Stabil atau Huru-hara.?

Kehidupan manusiawi di abad ke-21 semakin rencam dan menuntut kepelbagaian emosi untuk menghadapi kehidupan ini. Kepelbagaian emosi seseorang dalam kehidupan ini jelas kelihatan daripada tingkahlaku manusia itu sendiri. Ada yang kelihatan sibuk, ada yang sedang termenung, ada yang mundar-mandir ke hulu dan hilir seolah mencari sesuatu yang tidak pasti, ada yang yang ketawa berdekah-dekah, ada yang bermuram-durja dan sebagainya. Perhatikanlah di sekeliling kita, apakah reaksi mereka?

Kemudian, perhatikan pula pada diri kita sendiri. Apakah tingkahlaku yang sedang berlaku? Apakah diri sendiri sedang memikirkan sesuatu perancangan yang tidak pasti lagi untuk masa hadapan? Apakah diri sendiri sedang mencari arah hala tuju hidup? Apakah diri sendiri sedang sedih, susah-hati, resah-gelisah, jiwa-kacau, atau sebaliknya? Apakah diri sendiri dalam keadaan tenteram, bahagia, tenang, gembira, bersemangat dan sebagainya?

Emosi seseorang yang sering berubah-ubah. Mengapa perubahan itu berlaku?

Agak malangnya jika diri sendiri berada di dalam situasi yang tidak selesa, stres, jiwa-kacau, bermuram-durja dan seolah-olah menyesali hidup di dunia ini. Lebih kritikal lagi sehingga berasa mahu membunuh diri sahaja akibat kehidupan di dunia yang tidak menyebelahi nasib diri.


Mari sama-sama kita perhalusi situasi ini. Emosi manusia awam yang sering berubah-ubah dan tidak stabil. Seolah-olah manusia awam gagal berada di satu titik ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Mengapa situasi ini berlaku? Seringkali manusia awam menganggap bahawa emosi seseorang berubah akibat persekitaran yang dihadapinya adalah pelbagai. Ini menjelaskan persekitaran adalah sebagai faktor utama. Secara logiknya boleh dianggap begitu. Manakala manusia khusus pula dikategorikan seseorang yang tenang menghadapi apa jua situasi. Senyuman sentiasa terukir di wajah manusia khusus ini.

Pendekatan psikologi juga menyatakan persekitaran adalah penyebab perubahan tingkahlaku yang selari dengan emosi ketika itu. Misalnya, seseorang bertemu dengan seseorang yang tidak digemari. Sudah pasti emosinya berasa tidak selesa untuk hadapi situasi itu. Persoalannya, benarkan begitu?

Situasi 1.
Emosi negatif individu itu muncul apabila hadapi situasi negatif

Situasi 2.
Emosi positif individu itu muncul apabila hadapi situasi positif

Situasi 3.
Emosi tenang individu meliputi tatkala hadapi situasi positif atau negatif.

Berdasarkan 3 situasi itu, di manakah kedudukan diri kita? Apakah sering berada di situasi 1 dan situasi 2 sahaja? Apakah kita berjaya berada pada situasi 3 yakni sentiasa tenang menghadapi apa jua situasi yang berlaku?


0 Coretan Lain:

 

Blog Archive

About Me :

My photo

i'm everywere
Email : azlanlinn@yahoo.com

E-Journal

Pendidikan ::

* Bahagian Tajaan - Blog
* Bahagian Tajaan - Rasmi
* MPM
* KPM
* Kemudahan OKU
*

target="_blank"

Text

Klik Banner

Warna-warni Kehidupan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template